31/10/2011

My vampire.. gone??..

Assalamualaikum......

Hui hui~ hahax.. aku pon tak taw apasal aku suka kata "hui hui " sekarang ni.. Ehh! silap bukan "hui hui" tapi "hui hui~".. ada benda '~' .. hahax.. 

"Tut.. tut... tut.." ada mesej aka SMS .. Miah hantar la.. 
"Salam denon, unx jumpa xgi tjuk cite vampire cina ensem 2... klau xjmpa unx cari paper arie jumaat lepas.. ntv7  pkol 12 lebih.. mlm..nie la yg aku nak bgtau unx td.. tp lupa.."

Laaa... dah lepas la ni.. napa la miah ang tak bagi taw aku awai-awai.. Huwaaaa.. ang macam tak taw aku mana beli paper-paper ni kecuali ada cerita panas.. Hmm.. so how?.. aku nak cari kat Google kah?.. aku dah cari.. dia keluar yang bukan-bukan bha.. Aisyoo.. melepas la nak triple-kan watch that movie.. best kodd cerita tu.. haiya..

Aku kena search kat Google lagi sekali ni.. huish.. leceh arr.. 

by the way, Miah, trimass for the information.. Hui hui~ melopas and melopong la kita nak tengok movie tuh.. Huwaaa..

 aku search kat google image, gambo ni yang keluar.. haisyoo.. walaupun gambar vampire ni hensem la jugak tapi ni bukan my vampire aku.. Vampire aku orang betul and hensem lagiiiiiii dari ni.. ..

29/10/2011

Line Internet ni kan.....

Assalamualaikum...

aku tengah geram ni.. Dah la aku tengah sibuk chat dengan orang kat FB, masa tu jugak la line internet problem.. Apasal pulak la kau ni line?.. Hari lain ok je, but hari ni, i mean malam ni (sebab siang tadi ok ja)  jugak lah kau nak berproblem pon.. Aish..  Kacau aku saja bha.. Dah la tengah chat hal mustahak.. 
Aku dah la nak download benda penting pulak ni.. Haiyoo.. 






~if that's not a problem, so don't make its a problem~


Buy wisely..

Assalamualaikum..

Hye.. Apa khabar?.. Tengok tajuk.. "Buy Wisely", beli dengan bijak / bijak berbelanja @ apa-apa sahajalah yang berketurunan sama dengannya.. 
Aku nak cerita yang aku dan Syeir tadi dok pulun tengok baseball jacket atau senang sebut sweater.. Tapi tengok gambar je la.. beli online.. hui hui~  Ada yang aku tertawan hati tapi harganya pon memang tertawan sungguh.. 

Perghh.. aku nak print screen gambar sweater tu tapi mak ai.. gila pulak jadinya.. 
tak pa la.. esok aku cuba lagi and aku story lagi.. 



anime and edit blog


Dari pagi tadi pukul 7, aku dah bukak benda IT ni.. First, aku tengok cerita anime la,,  tajuk apa ntah, aku lupa dah.. nyanyuk la aku ni, baru pagi tadi tengok dah lupa.. Hmmm,,, nak buat macam mana, dah tadi terjadi sesuatu yang tak diingini,, sebab tu sampai sekarang aku still takut dan tak happy!
Lepas tengok anime tu, aku start edit blog aku yang memang tak lawa tu.. haish..  Sampai la sekarang (pukul 1:06am), aku ni asyik tidur lambat ja,, biasalah, minat cerita vampire @ horror la katakan.. ha! cakap pasal horror ni, post aku yang pasal santau tu gila horror kan kan.. hahaha.. aku masa tu kepala berat sangat-sangat dah.. tengoklah pukul 3 pagi kodd... itu pasal la post yang bukan-bukan sikit, tapi berguna apa untuk keselamatan kita.. kan kan.. 


27/10/2011

santau?

Assalamualaikum..
sekarang pukul 3:03am and aku stilll awake (again!)..

Pernah dengar pasal santau?.. takut tak?.. aku takut.. selalunya orang kena santau kat kedai-kedai makan  and nak dijadikan cerita, kebetulan pulak kita ada kat kedai tu, preghh~ tak pasal ja kena.. sebab itulah kita kena selalu ingat pada Allah, insyaAllah, kita akan selamat.. aku ambik kat fb ja ni.. 

‎-Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris- 

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


contoh gambar lauk-pauk erk.. aku cari kat google image ok..


26/10/2011

Cerita sedih~



-Selamat Tinggal Ibu-

“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,”
kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku.

“Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”

“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment? Buat apa tadi?’’

“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”

“ok,”
Jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori.

Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!


TANGGG!
Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital.
“Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.

“Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.

“Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.

“Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.

“guess what, sayang?”

“What?”

“ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.

“Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.

“Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’

“Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.

“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.

“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’

“Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.


HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.

“Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.

“Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.

“Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.

“Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’

“Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.

“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’

“Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu.

Jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.

"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.
"Ibu, I love you!’’

“Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.


“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung.

Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.

“ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.

"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa.Wajah ibu amat syahdu sekali.

Sambil berdiri, ibu berkata, "Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.

"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’


"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.

"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.

"Ibu…’’

"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.

"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’

"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.

"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.

"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”

Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

♥<3bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa

25/10/2011

~lalalala~

Assalamualaikum wbt.....

So, apa khabar? Sihat?.. Alhamdulillah.. Aku stress ni.. ntah.. tetiba ja.. ha.. malam ni ada jamuan kelas 3 Cengal but aku still blurr pasal jamuan tu.. wey, aku pon bayar duit kodd. Apa hal plak aku tak taw apa-apa pon ni.. haih! Nak kena bukak fb, check status kat group 3 Cengal 2011 plak.. Dah la aku malas nak bukak fb sekarang ni.. Aik, pelik arr.. Sebelum PMR memang gila fb, bila dah habis PMR malas pulak nak bukak. ~tak paham la~ Dah la shoutbox aku jadi crazy.. apa-apa je la.. malas nak pikir!!!!!

24/10/2011

Crows Zero



Assalamualaikum..

 aku tak pergi sekolah hari ini so aku pun update la blog ni.. Aku bukan saja-saja tak pergi sekolah.. macam ni, hari ni ada pertandingan bowling antara kumpulan-kumpulan dekat Passific ( betul ka aku eja ni?). Setiap kumpulan wakilkan 4 orang,, aku malas la nak masuk. biar la dia orang yang masuk.. jadi aku boleh la dok rumah tengok cerita Detective Conan.. tapi bila dok rumah bukannya aku tengok cerita Detective Conan tapi aku tengok Crows Zero pulak.. huhuhu..

Aku ingat nak cari sinopsis cerita dia and just copy and paste kat blog, tapi bila aku cari, mak ai.. gila panjang.. so aku pon malas la nak nak copy and paste walaupun itu hanyalah copy and paste..

Aku tengok kan muka Genji (Crows Zero) macam muka Shinichi (DC) dalam live action.. Tapi adik aku kata  mana ada.. tak sama teruk tu.. ( biasa la sejak duduk kat asrama bahasa melayu macam apa gi. Contohnya lagi dia kata, bajet nak tengok DC, lek lu bai.. dll... ) tak paham aku.. aku pon dah terikut cakap dia dah..


                                                          


                                     

15/10/2011

blogging VS vlogging..



Assalamualaikum.. and hello there... cewah~ macam anwar hadi pulak.. huhuhu.. siapa itu anwar hadi? Aku dulu pun tak taw but hari ini before this time lah... sekarang ni pukul 1:45 am .. sebelum pukul itulah aku kenal.. dia ada kat youtube .. ha.. aku suka matluthfi90.. hahhaa.. dia cool.. best.. anwar hadi pun best jugak tapi aku kenal matluthfi90 dulu sebab hari before tu, aku pi rumah teah and teah watch dia punya vids kat youtube.. haha.. best giler der..

hmm.. why diana? at this time, u still awake? the answer is aku nak internet.. adik aku balik dari asrama and dia akan online sampai malam or pagi (main game)... ni pun aku buat dunno je kat dia... ok fine. esok, i mean hari ni (siang hari) hang bukak lah internet sampai gila.. hahha.. aku rasa aku yang gila ni.. tu la .. pagi - pagi buta main internet.. orang sembahyang hajat ka, tahajud ka, sembahyang taubat ka.. hmmm.. macam manalah result pmr aku nanti kan.....

p/s: vlogging is video (kat youtube tu) .. kita blogging.. menaip.. dia orang merakam.. best jugak...


  vs 

12/10/2011

kaito kid-sama

Assalamualaikum..
  Konnichiwa minna-san.. Ogenki desu ka?
hmm.. sudah dua hari watashi tak pergi sekolah.. huhuhu.. hari ni hari kedua.. sebenarnya watshi dah ready nak pergi sekolah but my friend, nabila-niichan, hantar mesej kata " Diana, ari nie aku x pi kolah..." Hmm.. so watashi pon malas la nak pergi sekolah.. watashi pon keluar ke halaman rumah untuk menghirup udara nyaman di waktu pagi dan nampak lah syeir-kun dengan basikal merahnya.. nak pergi sekolah la tu.. aik, rajin pulak dia.. wahaha~

Ahh! sudah.. esok memang kena pergi sekolah sebab kena hantar BUKU TEKS.. wah! berat gedabak lah beg watashi esok.. oh men.. hahaha..

------------------------------------------------------------------------------------------------
YEYEYE! SIAPA SUKA KAITO KID-SAMA?.. WATASHI LAH!! and orang lain.. so, 


here, me, DIANA NAKAMORI present u some episode that KAITO KID-SAMA appears.. huhuhu.. 
preghh~ gelong punya orang.. eh silap, mereng punya orang.. huhhuhu.. ^_^






Episode 76: Conan vs. Kaitou Kid (1 Hour Special)
Episode 132-134: Magic Lover's Murder Case
Episode 219: Gathered Detectives! Shinichi vs. Kaito Kid
Episode 356: Kaito Kid's Miracle Midair Walk
Episode 394-396: Big Adventure in the Eccentric Mansion
Episode 469-470: Kaito Kid and the 4 Masterpieces
Episode 472-473: Shinichi Kudō's Childhood Adventure
Episode 515: Kaitou Kid's Teleportation Magic
Episode 537-538: Kaitou Kid vs the Strongest Vault
Episode 585: The Love of Sakura that Exceeds the Time
Episode 586: The Kirin's Horn that Disappeared Into the Darkness
Episode 587: Kid vs. the Four Spirits of the Detective Boys
Episode 627-628:The Ryoma Treasure Battle Between Conan and Kaito Kid



p/s: =====>   have a nice day.. ^_^