27/11/2011

(✿◠‿◠)


Aku tak taw nak post apa, tapi aku nak post.. Hurmm.. boring la.. nak tengok mat luthfi kat Youtube.. tapi hampeh punya line internet.. meluat sungguh sungguh sungguh.. Terpaksa la aku tengok pada pukul 1 pagi...

Aku copy n paste apa yang ada kat fesbuk ja la noh.. 

Menitis air mata bukanlah tanda jiwa seseorang lemah, namun kekadang titisan air mata dapat menyuburkan jiwa untuk kembali berakar menuju kepada Allah. Siramilah hati dengan titisan air mata penyesalan jiwa dan taubat kepadaNya, agar ia kembali suci dan bersih dari dosa.
Sesungguhnya mukmin sejati jiwanya kental dan kuat dalam menghadapi segala dugaan dunia, tidak pernah ada perasaan ingin mengalah meskipun selalu jatuh dan rebah. Tidak pernah kenal erti berputus asa, kerana setiap kebangkitannya adalah kerana Allah Ta'ala.
‎::♥ |Peliharalah DiriMu Wahai Kaum Hawa| ♥::
|Perempuan yang suci --->> Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah<<---|Tidak sedikit pun Allah membenarkan Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya --->> Walaupun hatinya…|Kerana Allah teramat mencintainya ♥
::Tetapi andai kita bergelumang Dengn --->> cinta lelaki yang palsu imannya <<---::Di mana Allah untuk menjaga kita...Allah seakan melepaskan kita::Kepada seorang manusia --->>Yang lebih banyak mengecewakan kita <<---
♥ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan--->> cinta seorang lelaki yang munafik <<---♥ Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
::Mengapa masih ragu-ragu?-->|Kekuatan|<-- usah ditunggu tapi harus dicari...Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri… 
 ‎~✿..Dengan DOALAH kita menjadi KUAT..jika merasa diri LEMAH, itu mungkin sebenarnya kerana kita KURANG BERDOA..kurang meletakkan PENGHARAPAN sepenuhnya kepada Allah..✿~
>>> Hari ini kita hanya menghargai NIKMAT, tetapi kita sering LUPA akan PEMBERI NIKMAT..(✿◠‿◠)

Sekian, terima kasih.

26/11/2011

Sarapan~ breakfast

Assalamualaikum

Lelaki         : Hi, Awak da BF?
Perempuan : Hello, banyak orang dah mintak saya jadi GF diorang, cuma saya je tak nak.. Awak pon jangan harap la nak jadi BF saya, faham..
Lelaki         : Maksud saya, awak dah BreakFast...?
Perempuan : Errr...

Ok, Dialog di atas tak ada kena-mengena dengan yang hidup mahu pon yang meninggal dunia. Aku just share dialog tu dari fesbuk, sebenarnya aku reka sendiri ja dialog tu sebab aku dah lupa apa ayat orang yang buat ayat tu kat fesbuk.. Cuma theme dia adalah breakfast la.. hehex..  Walaupon aku buat entri ni petang, bukannya pagi, tapi tak semestinya nak buat entri pasal breakfast kena buat waktu pagi.. Ok, sudah-sudah la mukadimah..

Banyak orang ingat bila makan sarapan, gemuk.. Ternyata itu salah, kajian yang dijalankan oleh Food Facts Asia dengan kerjasama 4 universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 - 12 tahun yang mengamalkan sarapan pagi, ternyata lebih langsing gitu dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan... Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3 000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan megekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan aka breakfast...

  Antara kebaikan bersarapan...

  • First, mesti la tak lapar bila nak buat kerja ka buat kerji ka kerju ka..
  • Dapat meningkatkan daya tumpuan 
Dapat apa lagi wey?..  Aku lupa la.. Aku bagi cadangan hampa cari je kat Google.. ok, settle..

Sebenarnya sarapan tidak perlu terlalu berat.. Hari tu penceramah mai sekolah aku, dia kata walaupon hampa kaya, parent hampa beli susu dutchlady ka ladydutch ka, first tu minum air kosong dulu, sebab air kosong ada  oksigen.. lebih kurang macam tu la dia kata.. 
p/s: Aku bukan takmau breakfast, tapi bila makan pagi ja mesti aku sakit perut, meluat aihhh..  

25/11/2011

terima kasih~



Assalamualaikum

Hikhik~ tadi aku usha-usha shoutbox, lepas tu cik pieQa tegur kata tak boleh nak komen kat entri.. huihui~ aku pon check la balik, and now dah boleh ( kodd).. hikhik~ selamat cik pieQa bagi taw... trimass ye... Biasalah aku baru edit blog ni, ada la yang silap ...  Lagi sekali, terima kasih yerk.. 

Hurmm.. aku nak kena check + edit lagi ni.. Ada lagi yang something wrong  ni...  

Mari melawat blog cik pieQa yang cun melecun..~hiphip hurayy~


BlogSkin

Assalamualaikum

hello! aku ni tengah penat lorh.. badan aku penat, hati aku pon penat.. Imagine la.. aku spend time about sehari setengah untuk edit blog aku, kenapa aku nak edit blog aku?.. sebab blog aku berat la.. so, aku cuba-cuba la nak buat blog skin sebab banyak orang kata blog skin ni ringan.. Yang aku ni pon buat la buat... Lepas tu, tak jadi! Aku pon jadi rimau la, apa lagi.. sebab tu la hati aku pon penat..  code dia ni pelik-pelik sikit la kan..

Aku nak post entri ni pon tadi jadi macam gila sikit.. Takut jugak la aku.. tapi lepas tu ok dah.. Aku rasa macam  dah serik la nak edit blog.. hakhak~ tapi aku rasa serik sekarang ja, esok-esok edit lagi, lepas tu penat lagi.. aku ni memang la.. Ketegaq.. 

Orang nak edit blog, dia pon nak edit blog, now padan muka ang.. hikhik~ kutuk diri sendiri..

 

23/11/2011

oh line internet ku...

Assalamualaikum

FED UP ..... THAT's the word (???) .. Line internet aku la.. sejak tukar daripada perpaid ke postpaid, daripada boh duit guna topup ke bil mai rumah, daripada guna "tak line" kepada "line" ... sejak tu la bila aku nak guna internet ja .. HUH! memang menguji kesabaran dan ketabahan hati dan sanubari aku yang dah memang tak sabar ni.. Haisyaa.. bayangkan.. aku nak main game fesbuk, aku loading game tu lebih kurang sejam lebih lebih lebih kodd, tu belum lagi bila aku dok tengah main tetiba dia suruh refresh la connection terputus la kadang-kadang tetiba je dia hang .. GRRRR... mau tak marah.. meluat arr.. takkan la bila aku nak main game ja aku harus menghayunkan kaki aku ke CC yang berdekatan.. huh.. jauh jugak kodd... kalau nak kena pi CC, baik aku takyah susah nak tukar line internet ni dulu sampai sesat jalan.. 

Tu baru cakap pasal game fesbuk, tak cakap lagi pasal Youtube.. Ni lagi satu problem, nak tengok youtube tu, Ya Allah... punya la seksa.. imagine .. bila aku mula-mula bukak lagi memang dia dah buffering dah.. aku sabar ja.. tunggu la sampai warna putih tu habis (hampa paham kan.. ). Lepas tu bila putih tu dah habis, aku ingat kan dia takkan la nak buffering lagi, rupa-rupanya tak bergerak terus.. haaa.. ambik hang, puaih.. Ni pon aku kena p cc ka... huwaaa.. tensyen, stress, fed up, hate.. semua ada aih.. 

Lagi satu, dah youtube tak boleh guna, aku pon nak dengar la lagu guna blog.. kod-kod la tak buffering kan.. mana nak taw.. Tapi! hampa hati ku bila dia pon buffering,, haiyaaa... fed up gila tahap gaban dan gila kentang.. Aku nak bukak blog, nak update blog pon nak tunggu lama.. mampuih la lagu tu.. aku tak tahan dahhhhh.. 

Masa yang youtube dia buffering and tak bergerak terus tu, aku ingat youtube gila, biasa la kadang-kadang kan memang youtube gila sikit, tak pa la, aku tunggu sampai lusa pon dok macam tu jugak.. haiyaa.. memang nak kena ar .. lepas tu adik aku kata malam tadi dia tengok OK ja.. Clear, tak buffering langsung, tak tersekat-sekat.. maksud malam dia tu pukul 1 @ 2 pagi la.. memang la.. line orang tak guna, semua orang tidoq.. yang aku ni.. nak tunggu sampai pagi-pagi buta ka.. well, memang dulu aku tidoq pagi-pagi  buta, tapi sejak cuti sekolah panjang, adik aku balik dari asrama, dia la pulak dok tidoq pagi-pagi buta.. 

Aku rasa lawak la pulak... tak pernah-pernah aku taip punya panjang and now bila dah marah kat line internet ni, aku taip, ambikk hang, extra king burger punya panjang.. biaq la.. bukan ada orang nak baca pon.. hikhik~ tapi kan bila dah dah luahkan ketidakpuasan hati aku ni kat blog, lega la sikit beban aku ni.. nak cerita kat orang, aku maleh la pulak nak keluarkan suara, sebab bila aku dah start cakap, aku tak boleh nak berhenti..  hikhik~ gila betoi.. wey.. aku nak main game...!!! .. 

19/11/2011

If I let u go...

Day after day 
Time pass away 
And I just can´t get you off my mind 
Nobody knows ... I hide it inside 
I keep on searching but I can´t find 
The courage to show ... 
To letting you know ... 
I´ve never felt so much love before 
And once again I´m thinking about 
Taking the easy way out ... 


But if I let you go 
I will never know 
What my life would be 
Holding you close to me 
Will I ever see 
You smiling back at me 
How will I know? 
If I let you go ... 


Night after night 
I hear myself sayin´ 
Why can´t this feeling just fade away? 
There´s no one like you ... 
You speak to my heart... 
It´s such a shame we´re worlds apart ... 
I´m too shuy to ask ... 
I´m too proud to lose 
But sooner or later I gotta choose 
And once again I´m thinking about Taking the easy way out ... 

16/11/2011

huwaaa...

Assalamualaikum

aku geram ni.. tadi elok2 dah aku taip, siap dah siap taip lagi #gila# tapi dia hilang.. haiyaaaa... buat penat ja aku   taip, habis dah idea yang aku nak taip.. so sekarang kita merapu ja la.. nak talk about apa? ha.. tadi aku makan mi kuah. sebelum tu aku makan nasik. sebelum tu aku makan nasik lemak, sebelum tu aku makan.. hermmm..  aku makan apa erk ?.. aku lupa la.. (-_-").. tapi yang PENTING aku tak pernah tak makan setahun... #Makan ja taw# 

kedai ramen feberet Naruto!

ramen Naruto.. macam mi kuah yang aku makan tadi ja.. hahax

Taukey kedai ramen.. 

Anak taukey ramen tu.. lawa seh~

Last but not least.. terimalah lagu yang aku nyanyi khas buat hampa.. ehem3..

alien yang datang menakluki bumi demi koko yang di cari2..
 mereka kan tiba tak lama lagi..
 apa mungkin terjadi.. 
jadi kita perlukan penyelamat bumi..
 boboiboy

terima kasihhhhhhhhhh!



struggle !

Assalamualaikum

 Bebudak SPM  mesti tengah struggle tahap gaban bewak kan.... Semoga berjaya dalam peperiksaan la hendaknya..Internet aku dah elok la.. hahax.. hepi kodd.. tapi mak aku mesti konfem tak hepi sebab ada internet, aku takkan tidor awal.. paling awal 3 pagi.. bil karen naik la der~ haiyaaa.. bila internet ada aotomatikoli nafsu tidurku terganggu gugat ubat gegat... 

Esok kena p sekolah, nak ambik rm100... aku ni bab-bab duit memang sensitif dan peka.. kadang-kadang tu pekak jugak.. but sensitif tu still ada meh~ aku sebenarnya tak taw nak taip apa, walaupun banyak benda yang aku nak tulis but aku rasa malas nak tulis.. tak dakk mood~ 





|


A K U  R A S A  A K U  D A H  S E W E L  L A |


15/11/2011

i can fly.. believe me

love in your eyes
sitting silent by my side
going on holding hands
walking through the nights
hold me up hold me tight
lift me up to touch the sky
teaching me to love with heart
helping me open my mind
i can fly
i'm proud that i can fly
to give the best of mine
till the end of time



Now everyone can fly


09/11/2011

Assalamualaikum

Hari ni aku update blog dekat cc.. hahax.. Internet aku kureng asem.. 
so, tak boleh la lama-lama sebab nanti mahal, mampuz aku nak bayar.. Aisyoo.. 
Aku pon tak taw nak post apa, so aku nak boh gambar ja.. 
Gambar apa erk?..


naruto punya fox..

gumiho yang dah memang fox

kakashi!!! aku suka..

biar betoi ni muka dia?????!!!!
hensem.. hahax




02/11/2011

Bloggie..

Assalamualaikum...... 

So, apa cer?.. Aisyoo.. tak taw nak tulis apa, so merapu ikan kerapu, merepek kerepek ubi  ja la.. Sebenarnya tadi aku dah karang ayat baik punya tapi bila dah bukak blog nak post... Tiba-tiba dia *Bomm!* .. hilang.. tu la, aku dah nasihatkan diri aku ni untuk jangan karang ayat kalau tak bukak lagi blog, satgi hilang. Tapi biasalah, orang yang otaknya hanya memikirkan hal duniawi sahaja memang begitu. Ambik ang, puas.. haha..

Sekarang ni aku suka ber-bloggie.. Haiyaa.. aku suka pergi menerjah blog tu, mengekodeng blog ni , merempat kat blog tu, merayap merayau kat blog ni.. Uishh.. Hidup macam orang tak tenang gitu.,. haha.. Tapi memang tak tenang pon, selagi aku tak dapat result PMR aku, memang hidup aku takkan tenang lorhh.. Oh kertas jawapan ku yang sedang di-check orang, harap-harap penge-check mu orang yang senang bagi markah gitu... so boleh la aku score A.. preghh~ jangan dok mimpi la.. aik! bila aku mimpi? aku kan tak tidoq lagi walaupon waktu sudah semakin pagi.. haiseymen.. hari-hari ang tidoq lambat noh Diana.. patut pon bila pi sekolah, mata bengkak tahap extra king burger...  haha.. #ang taw tak pa#

Tadi aku baca satu blog. Best wooo... ayat superb gila tahap pedang setiawan di awan.... Layan la blog tu sambil-sambil chat dengan orang kat fesbuku.. Aish.. Sempat lagi tu chat dengan orang... Mesti la sempat, benda semol de pises.. haha.. cantik ayat BI, menanggis cikgu BI aku.. Cikgu, tak usahlah kau menitiskan air mata jernihmu itu, simpanlah ia hanya untuk suamimu yang tercinta.. sehh~ Aku konfem cikgu BM aku pulak dok syok, aku buat ayat BM yang power gitu.. (-_-") 

Last but not least,  majulah bloggie untuk diri sendiri.. Adios..  Assalamualaikum...


01/11/2011

no title .. hui hui~

Assalamualaikum.. ( tak jawab dosa, jawab suka saya..???)
Ish~ ingat aku gila sangat ka nak tulis "tak jawab dosa, jawab suka saya".. aku saja ja tulis coz banyak kodd orang anto mesej aka sms kat aku mula dengan ayat boleh blah cam gitu.. Hui hui~ hahax.. 
Ada jugak yang hantar "100% dlm masa 15 min aku akan mati buat slmya.." laaa.. nak mati pon nak mesej aku ka?.. Aiyaa,, boring la tu and then send kat nombor yang ntah apa-apa.. ingat orang nak layan kah orang gilak macam kau tuh.. pasti tak lah.. 
Lagi satu,, ada kah patut kah "Assalamualaikum" sewenang-wenangnya di popularitikan dengan short form "semekom" , "cekom" , and bla bla bla bla.. Aku pantang betul la.. Kalau nak short form pon taip je la "Salam" ka "Asslmualikm" ka.. Aish.. Fenomena ini kerap kali terjadi di laman-laman so.. sial , mesej aka sms dan sebagainya sehh~ 
Cop.. yang aku ni apa hal .. dah la pukul satu pagi ni dok bersengkang mata mengadap benda alah ni.. haiseymen,, hahax.. esok dah la sekolah, kot la aku ambik mc dari Dr. Ku Punyasuka.. tadi pon lambat pergi sekolahnya aku... *bahasa apakah?* 
Diana !!! sleep now or i will slap u with my slipper.. Preghh~ BI tak boleh blah.. *hak tuih!* (aku tak prnah taip 'hak tuih' lagi.. ini la first and last time coz aku saja nak try feelingnya bila taip/guna ayat tu, and aku rasa.. #ewww.. so .. apa-apa aja bha..# ) hahax.. 

KEDEBOOM!!.. Bunyi apakah itu? .. Jangan-jangan... han**.. .. baik aku cabut.. Run for your life !