21/12/2012

Kenapa laksa, bukan bihun sup ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh 

 Dalam perjalanan pulang dari bank petang tadi, aku terfikir satu perkara. Sebenarnya dah lama perkara ni berlegar-legar dalam benak aku ni. Apa yang bermain di fikiran aku adalah, kenapa kebanyakkan orang jual laksa. Kenapa bukan bihun sup ?

Kalau kita perhatikan betul-betul, gerai-gerai yang berdekatan dengan sekolah kita kan, semua jual laksa. Aku sedikit kecewa di situ sebab bihun sup tak dijual. Laksa juga dijual dengan harga yang sungguh berpatutan. Serendah RM0.50. Kalau yang RM0.50 tu , makcik tu bubuh dalam plastik je, letak dengan straw sekali. Well, to sekolah aku. Tak taw la sekolah hampa jual apa kan.

Aku dah la hantu bihun sup. Aku tak berapa nak suka laksa sebab kalau makan, mulut bau ikan. Lol~ --"  .. kalau makan kat rumah tak pa  :)))) . kalau free lagi besttt ^^_^^

 Padahal kalau masak kuah laksa kan susah dari sup? Laksa kena rebus ikan, buang tulang ikan. dan bla bla. Kalau sup, rebus ayam/ daging je kan . Jadi di sini aku dapat la jugak hadam kenapa laksa menjadi pilihan penjual berbanding bihun sup.

1. Laksa tak ada ayam / daging
= Laksa hanya menggunakan kuah yang berasaskan ikan. Tak perlu lagi isi ayam dan daging. So, bajet dapat dijimatkan.

2. Tak perlu perhiasan yang banyak
= Maksudnya adalah laksa kita hanya hias dia dengan timun, cili dan bawang. Kalau bajet lebih skit boh la daun salad, bunga kantan. Kalau bihun sup, kena bawang goreng, sambal lagi, daun bawang, daun sup . Kalau mak aku lagi la. Tauge, sawi mak aku celur boh skali. Bhahaha~

3. Makanan kegemaran
= Orang suka makan laksa. Kecuali aku. Aku makan cuma tak berapa suka. Free, lain cerita. Lol~ --"

4. Kos yang rendah
= Rujuk nombor 1 dan  2 . Lol~


Okay tu je lahh. Aku malas nak menaip panjang-panjang.


P/S : Macam chef dah aku. 

P/S/S : Nak bukak sekolah dah. Sebulan lebih tak tulis , tangan dah kaku. 

20/11/2012

Kedah Mari.. mar.. haha!


Lagu spangebob versi utara

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia? Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak!

Boikot ~

‎" Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia " kata manusia yang 'bijak' pandai.

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng, satu berger dan satu cawan pepsi.

18/11/2012

New beginner


Assalamualaikum...

Kelmarin aku attend wedding . Pi pukul 9.00 pagi balik pukul 7.00 malam. So fun. Yang paling tak tahan tu bila kupas bawang untuk laksa. Preghhhh~ masa kupas kulit bawang tu, memang mata aku dah  mula nak berair-nanggis dah. Then bila potong... ayaq mata keluaq macam aiyaq paip baq hang! Huhuhu... So pain. Merahhh jaa.. yang abang Nurul dok kata kat aku, " Diana, esok sekolah jumpa la marka tu. Sedih sangat aihh tak leh jumpa marka." . And I was like, " Dafuq?" Marka pon tarak. Tolong la jangan cakap benda-benda cam gitu. Melawak tak melawak, sapa cakap pasai marka-marka , aku pecah... haha! dalam hati jew la..



Ok, bye. 

13/11/2012

Suka Duka Form 4

Haee~ 


Hari ni aku rajin nak update. Yup. Bukan selalu dapat update, sekali update, ambik hang, nalaaa punya banyak. Macam banyak sangat. Well, lebih dari satu tu kira macam arr der~

Tahun ni, tahun AIR MATA aku. Tahun ni banyak air mata aku tumpah mehempas bumi. Air mata mengalir bagai arus sungai Sedim masa musim hujan. Hehehe~ Menanggis sebab sekolah, kawan, family, diri sendiri, cerita Jepun, Anime, cerita Korea, cerita Cina, Hindustan, Tamil, menanggis bila dengar lagu. Semuaaa adaaa waaa cakapp luuu~!

Tahun ni, masuk kelas Sains yang orang kata banyak peluang kerja boleh dapat kalau ambik Sains, dengan rela hati. Namun, langit tak selalu cerah. Markah peperiksaan aku jatuh gedebukkk! Macam nangka busuk. Nama pon busuk, sapa suka?.

Aku tension dengan Fizik. Cikgu tu pernah kata kat aku something yang merobek hati aku dan air mata aku jatuh . Nasib baik kurang dari sepuluh orang ja ada dalam Lab masa tu. Yang lain pi Quiz Asian. Nasib baik juga Lab tu gelap sebab cikgu tu guna PowerPoint. Sebab gelap, depa tak nampak ayaq mata chek yang dok mengaliaq...

Tak kurang jugak dengan AddMath. Ujian Pernilaian 1 , aku dapat 3%. Total mark. Betul 1 soalan ja. Di darab, dapat 3%. Bayangkan . Aifaa, 33% dan dia masih kata, "Diana, kami gagal. Kami gagalllll... "... Aku macam nak hempuk kepala dia dekat dinding. Weyyy.. aku 3% . Hang 33%. Beza markah kita 30%! bukan 3%. Tolong laaa bersyukur. Aku sampai menanggis bila cikgu tengah mengajar kat depan, sebab tak paham sangat-sangat. Dah la duduk depan. Sebab tu jugak aku masuk tusyen . First time masuk tusyen luar. Selamat cikgu tusyen tu aku paham.

Aku suka sanagt bila dapat pi lawatan. Lawatan dengan kawan-kawan. Duduk sebelah Allysa. Ya. Aku suka Allysa. Suka kawan. Aku bukan lesbian ==" . Elly, kawan rapat aku, paham aku, dan aku suka jadi gila dengan dia. Aku memang tak suka snap picture dengan orang. Tapi dengan Elly, aku suka. Ya. Love you friend.



P/s : Dekat "About", aku tulis 17 y/o. Sebab apa? Sebab tak sabar nak ambik SPM. Haha! Tak mungkin.  Sebab aku jarang update, so tulis siap-siap. Tak sampai berapa hari lagi ja nak tahun depan pon. Bye 2012. Hello 2013!


Jungle Trekking di Sedim

Assalamualaikum~

Hari ahad lepas aku pi Sedim. Jungle trekking yo~! . Mula-mula tu cikgu kata 2 jam ke 2 jam setengah macam tu, last-last sampai 3 jam. Ayooo~ tak larat habaq hang! Dah la lintah banyak.

Budak-budak perempuan yang kena lintah, tudiaaaaa, menjerit-jerit macam orang yang tergedik-gedik. Bukan nak kata, tapi memang nampak macam tu pon. Ada yang sampai menanggis-nanggis sampai tidur kat tanah. Aiii chik kak, kata takut, habis tu apasal sampai tertidur-tidur tuhh~.

Tengok macam aku ni, kena lintah, 2 kali pulak tu, dua-dua belah kaki pulak tu.. Tak cuak pon. Cuma ada perasaan ingin membuang haiwan kecil berkenaan daripada kaki aku ja. Ayooo~ first time kena, kaki kanan. Lintah tu gigit, tak mau lepas, aku agak cuak. First time in my life , kena lintah. Ya. Lepas tu ada budak darjah berapa ntah, tolong buang. Aku dah tarik dah, tapi dia tak mau lepas. Aku rasa aku buang lintah tu sampai badan dia macam terbelah dua. Aku tarik ekor dia, tapi badan dia ada lagi, sebab mulut dia tu cengkam kulit aku. Hahahaha! Liat ooo nak buang dia. Budak tu twist-kan lintah tu, lepas tu dia buang. Haha~ Lyn kata, "Owhhh... Dah tau dah cara nak buang. Nanti aku buang kalau naik lagi."


Lepas tu naik pulak kat kaki kiri aku, Ohh Yeahhh~!! Ohsem lorhh.

Ok. Bye!


29/09/2012

Final Destination



ASSALAMUALAIKUM

Lagi sebulan SEMINGGU nak exam akhir tahun. Aku rasa macam baru sebulan ja aku dapat tau yang lagi sebulan lagi nak exam akhir tahun. Tediaaaa.. ayat macam bangla. 

Aku tak sedia lagi. Yaaa! tak sedia lagi. so, yup. tak sedia. Berapa kali mau repeat? 

tahun depan SPM. So, yeah. 

Aku rasa menyesal masuk kelas Sains. Bak kata cikgu Fizik aku lah :

Kalau dah taw diri tu bodoh, buat apa masuk kelas Sains. Ingat Fizik ni senang ka? Kalau senang, satu sekolah ambik Fizik. 
Ayat sentap gila kot! Tapi kelmarin aku macam dah sedar diri sikit bila cikgu Biologi cakap yang :

Kita dah masuk kelas Sains ni, kena work hard. Allah dah takdirkan kita masuk kelas Sains. Dah bagi peluang kita masuk kelas Sains, kita kena la rebut peluang tu. Work hard. Kita dok kelas Sains kena rajin lebih sikit dari kelas-kelas yang lain. Kalau segan, haaa.. masuk kelas lain la. Ingat, kelas Sains ni susah, susah tak susah la, sebab tu kena rajin. Kalau malas, apa tak jadi.  
Menyesal tak guna dah. Hang dah masuk kelas ni, so work hard ja la. Dok menyesal-menyesal apa?!! Allah dah bagi peluang untuk cuba, cuba la. Cuba la rajin sikit. Solat jangan dok tinggai. Macam mana Allah nak tolong kita kalu solat pon kita tinggai?

Esok bila result SPM hang macam mangkuk, padan muka.

P/S: Aku tension :')

22/09/2012

Loike seriousleyy





Hari ni ada Hari Anugerah Kecemerlangan kat sekolah. Yea. Of course la kat sekolah. Takkan la kat rumah tok anda pulak kan? 

Teah dengan Lyn buat persembahan. Nyanyi lagu Korea Jepun. Best wooo~ rugi hampa tak dengar. Rugi macam aku. Errr~ aku dengar masa  rehearsal ja sebab masa live tu aku dah balik. Bukan balik la. cuma pergi dari sekolah tu dan pergi tempat lain seperti pergi ke Longwan Kepala Batas. 

Persembahan kelas aku pulak. As usual. Hampeh. Miss Lee? Dia Beliau marah la, apa lagi. Dia Diana  Beliau kata masa rehearsal lagi bagus. And I was like baby.. baby.. baby.. ooo. like baby.. baby.. ooo  Hurmm.. don't get mad Miss Lee. Nothing much we wanna say except ; We're sorry. 

"I don't know what are you saying. Broken English." ...  I loike it. Loike seriousleyy. 

15/09/2012

.

Assalamualaikum~ 

Ada orang nak kawan yang cantik, bergaya, kaya, dan popular.  Haha.. konon boleh tumpang popular sama la. Tapi aku tak mau kawan macam tu. Aku just nak kawan yang macam aku. Yang macam aku tu pon macam mana? Yang statusnya macam aku. Muka ala-ala macam aku. Badan ala-ala macam aku. Kepala hotak pon ala-ala macam aku. Bila aku cerita apa-apa kat dia, dia dengar dengan penuh perasaan dan aku pon dengar cerita dia dengan penuh perasaan! Minat pon sama dengan aku. Minat ni tak kisah, asalkan saling faham-memahami sudah. Aku harap sangat bila aku pindah kat sekolah lain, aku akan dapat kawan yang macam tu. Well, harap sangat kott! Education pon sama arr~ bila aku tak paham apa yang cikgu dok berleter kat depan, dia boleh terang kat aku dan bila dia pulak yang tak paham, aku pulak yang tolong terang kat dia. Lepas tu, kami sama-sama berjuang untuk kurus! haha.. nama pon badan sama-sama se-saiz.  

Haha~ sedih habaq hang. Lani semua kawan-kawan aku kurus-kurus ja, kepala hotak pandai-pandai ja, muka segak-segak ja. Muka ni tak taw la boh apa. Licin tak terkata! satu jerawat kurap pon tak mau dok. Bukan macam muka aku, tediaaa~ muka jalan tar. Dengan hitam, berminyak, jerawat. Gigi pon jonggang. Aku kadang-kadang ada perasaan hasad dengki tak terkata, boleh pi berdoa supaya muka depa, badan depa, kepala hotak depa, gigi depa, se-fesyen dengan aku. Aku rasa macam tersisih kot. Kalau tangkap gambar sama-sama, muka depa segak ja. Macam muka aku pulak dok bagi gambar depa tu jadi buruk. Sebab tu aku benci kalau ambik gambar dengan depa. Tapi aku suka ambik gambar diri aku sorang-sorang. Biar aku sorang ja yang tengok. Buruk pi la macam mana pon. Muka aku. 

Kalau kat dalam kelas, semua orang layan kami sama ja. Ni tak! Aku ni sekarang dalam kelas, macam halimunan. Serius! Kalau pi mana-mana kan, contohnya pi makmal atau pi library ka, depa tak habaq kat aku pon. Sedih kan... Sebab tu aku kena alert . Kalau pi mana-mana kena terus ikut depa, kalau tidak, memang tak taw la sampai ke sudah. Tu kalau kawan sebelah aku tak dak la.. Kalau ada, depa habaq kat dia yang kena pi mana-mana. Dan aku still jadi halimunan. Apa-apa pon, mesti sebut nama kawan sebelah aku. Well, aku kan halimunan. Depa tak nampak. Aku dah cuba dah kawan dengan depa. Tapi masih sama. Aku cuma nak depa taw yang aku cuba nak jadi kawan yang terbaik buat depa. Tu ja. Mungkin depa tak suka kawan dengan orang yang tak segak macam aku kot. 

 Gigi aku kan jonggang, tu la kalau nak senyum, aku malu-malu. Acehh.. macam iklan pelekat gigi palsu dalam tv tu pulak. " Kalau nak makan rendang, saya malu-malu". Rendang ka? Ntah. Pi kat hang la.. Dulu sekolah rendah, depa selalu gila ejek aku jonggang. ahaha.. sampai aku nak tarik gigi aku ni, bila aku tengok gigi aku kat cermin. 


Tu la perasaan aku. tu la yang aku rasa. Mungkin orang akan kata, "Dia ni kuat touching gila. Muka dia biasa ja pon". Hampa mungkin kata macam tu, bila hampa baca apa yang aku tulis atau taip ni. Tapi sebelum hampa baca ni dan hampa terjumpa aku, hampa takkan kata macam tu. 

Haha.. aku mengaku. Aku mengaku, yang aku memang kuat touching. Yes, I am. 


TAPI


Itu dulu. Sekarang ni aku dah matang sikit. Aku bersyukur atas apa yang Allah ciptakan, kurniakan kepada aku. Cuma aku harap, manusia di luar sana pon dah matang, tak kutuk, ejek, hina, orang yang macam kami ni. Sebab kami tak mintak kami dilahirkan sebegini rupa, Allah yang cipta kami macam ni. Jadi, hampa sapa nak kutuk ciptaan Allah ? 


Sekian, terima kasih. 



09/09/2012

Physics oh Fizik

                                                               Assalamualaikum~



Seperti tahun-tahun terdahulu, bila dah syok cuti raya, kena la ganti sekolah sekolah ganti. And i'm kinda hate it. Ok. STOP! sekolah ganti ke ganti sekolah? Ahhh! Aku pon tak taw. Biar lah~

Nak dijadikan cerita, kelmarin la hari sabtu (8/9/12) bersamaan dengan 21 Syawal 1433 Hirah *tengok kalendar, dan kena sekolah ganti. Aku geram betul la kena sekolah hari sabtu ni. Ia seolah-olah sedang merentap masa rehat, masa cuti dan masa tidur aku! Aku lebih rela cuti raya sikit daripada kena sekolah ganti. *acehh... blah la lu. Dah pakat dengan kengkawan aku, kami pon dengan berat hati tak datang sekolah, dengan senang hati. *terrorkan? . Dah la kena ikut jadual hari Khamis. Walaupon hari khamis, beg aku tak berat sangat sebab semua subject buku sikit-sikit, nipis-nipis je, tambah-tambah fizik, lagi nipis buku teks dia, tapi disebabkan ada fizik jugak la yang membuatkan aku tak mau pi sekolah. Well, I'm kinda hate physics. Tapi kalau ikut jadual hari jumaat, sah aku pi. biasa la hari jumaat tak dak fizik. dah la tak dak subjek alahan tu, balik awal pulak. syok aihh.. bukan selalu dapat balik sekolah pukul 12. Hari jumaat ja.

Menurut kawan kelas sebelah, ramai budak kelas aku yang tak mai sekolah. alahai... Sep sikitt! Yang datang pon pengawas, tu pon sebab diaorang kena tangkap gambar pengawas. Menurut kawan kelas sebelah aku lagi, cikgu fizik tu punya la marah sebab budak-budak pengawas tu tak mau belajar. haha.. macam mana kawan kelas sebelah aku boleh taw yang cikgu tu marah? sebab cikgu tu pi kelas depa and kata "Haram aihh.. aku nak hajaq depa, depa tak mau." haha.. aku dapat bayangkan macam mana cara dia cakap waktu tu. haha.. aiyooo~ lawak! mungkin hampa rasa cikgu aku tu agak kureng sikit sebab guna perkataan haram, tapi bagi kami orang Penang. Penggunaan perkataan sedemikian, tak ada yang pelik pon. Sebab tu ada orang kata yang orang Penang ni kasar. What The Heckz? Kami orang Penang memang sempoiii! Bukannya kasar, tapi kami cuma mesra je. =,=" Apakah?

Mungkin jugak sebab aku teringat sangat kemarahan cikgu tu, sampai aku termimpikan kemarahan dia. See? Dah kalau dalam mimpi pon kena marah, dalam dunia nyata ni, dah tak terbilang dah berapa kemarahan dia kat aku. Aku rasa, aku ni memang peberet murid kemarahan dia la, acehh! tapi aku suka jugak cikgu tu. walaupon dia suka marah aku. =.="

05/09/2012

Kenapa ... Aku ???

Assalamualaikum...

Tadi kat sekolah ada pembubaran AJK Unit Uniform tahun 2012 dan pelantikan baru AJK untuk tahun 2013. Ok. Lantak arr~ malas aku nak ambik port. Sebab aku memang tak kesah pon. Aku dok usha la sekeliling. Kat dewan terbuka tu, ada unit PBSM ( unit aku la tu!) dan Bomba. Kalau hari yang tak hujan, unit kami ja kat situ, tapi disebabkan hujan, Bomba pon ambik port gak. Hoho~ Menumpang seketika =P .

Lepas tu cikgu announce AJK 2012 dan bubarkan depa. Cuma Pengerusi ja yang tak dak sebab Pengerusi kan form 5, trial SPM gitu~ Tiba-tiba nama aku diseru~~ Cehh! Alya, budak Form 2 tu boleh calonkan aku jadi Pengerusi. Ishh! aku mana layak jadi Pengerusi. Jadi Pengetua ja yang layak pon. Joke! Calon-calon Pengerusi ada 3. Aku, Nina dan Afiqah. buat-buat undian. kena kat aku pulak. ni yang meluat ni.

Aku rasa serba-salah taw dakk! tahun ni dah la aku jadi Pengerusi SPBT, dan aku bukannya buat kerja pon.  nak ambik attendance pon depa dok kutuk suara pon slow. Wei, aku dah panggil nama hampa pon dah besar rahmat dah taw dakk. And lagi satu sebab aku rasa tak best ialah, SEPATUTNYA Nina la yg jadi Pengerusi, bukannya aku yang useless ni!

Tahun 2012, Nina yang jadi Naib Pengerusi, dia ajar kawad, aku cuma kawad ja... Ajar kawad memang sorry la, memang aku tak reti. awkward!~ so, Nina la yang layak pon. bukan aku. Aku ni tak guna. aku dah la tak reti buat kerja! Aku bukannya jenis orang yang suka meng-offer-kan diri untuk menolong cikgu. Melainkan cikgu suruh, baru aku buat. Aku tak reti nak bodek-bodek, melawak-lawak dengan cikgu, Aku bukannya jenis orang macam tu (--") , aku memang bukan jenis yang macam tu. bukan aku sombong, tapi aku tak reti. paham dakk. tu la masalahnya, orang tak paham aku ni macam mana. yang orang taw, dok salah tafsir kat aku~

 Aku bukanlah orang yang kaya dengan senyuman. Tapi kalau hampa tegur aku, aku tegur balik punya~ melainkan aku tak perasan hampa tegur, memang aku tak tegur balik la kan. dah aku tak perasan. bukannya buat-buat tak perasaan. lain kali tegur la kuat-kuat sikit. kenapa tiba-tiba mai bab sombong-sombong pulak ni? (--") 

Ahhhhh!!! Aku still tak puas hati! sepatutnya Nina!!! bukan aku!!!! jahatnya aku ni!!! perampas jawatan orang!!! sedih gilaaaaa.. nak menanggis la niiii!!!!  NiNa! sorry! bukan aku mintak jawatan ni. aku tak mintak pon. depa yang undi. tak guna betul. ahhh.. tensyen ! tahun depan kena ambik attendance pulak.. kena buat latihan suara la aku lepas ni~ >_<!!

P undi S jadi pengerusi : Budak-budak SPM, buat trial elok-elok la nohh.. ><" 

03/09/2012

Konichiwa minna !


Assalamualaikum

Lama gila tak menaip kat belog buruk ni. hoho~! 







ok! chow lu... bubye~! 

P kirim salam rindu dekat S : Duit raya banyak dapat ? 

19/07/2012

No more MR. Nice Chicken



mulai hari ini, aku tak mau jadi orang baik! bila jadi baik, orang pijak kepala! Ceh! buat macam dulu aku baik~ 


sedih betul laaa!


Kenapa ? Hermmmm~~~

Apabila air perigi sudah kering, baru kita tahu bertapa berharganya air. 

Randomness

Assalamualaikum and aloha yawr~!


Aku tak suka hang! awat hang masuk kelas aku? macam bagus jewrrr! dah arr buat pala. buat bagus. buat pandai. buat kuat. buat apa lagi? macam-macam buat la! memang la hang tu pandai, tapi takyah nak buat bagus sangat la der~! buat macam orang suka hang pa???!!! semua orang tak suka hang la. kalau muka tak segak tapi akhlak elok takpa la jugak. ni dua-dua zero! 

dah tu suka pelekeh orang! lu ingat lu terer addmath, math, fizik, bio, kimia, ahh! semua la, hang dah cukup bagus sampai takyah nak respect orang ka? boleh blah ! eeeeiiiii! aku marah ni !!! 

hehe... saja ja! pandai dakk aku acting? boleh dapat anugerah pelakon harapan negara? tak dakk aihh.. besa-besa ja.. 

P/S : bosan. internet lembab! dan aku tak suka hang!  

09/07/2012

Perhaps one of the best anti-smoking ads ever created

Assalamualaikum~

Hari ahad a.k.a kelmarin, aku online ler fesbuk , then ada one page ni, nama apa ntah. lupa dah aku, post pasal video Perhaps one of the best anti-smoking ads ever created  kat youtube. so, aku dengan semangat yang berkobar-kobar, nak tengok la that vid. BUT tak boleh sebab line ternet aku memang tak boleh pakai. so ada sapa-sapa boleh bagi taw tips-tips nak cepatkan line ternet yang sungguh menguji keimanan ? ok, back to the story, aku tak boleh tgok that vid, and this morning. aku bukak youtube saja-saja ja. tengok-tengok boleh bukak. walaupun lambat jugak! lenggai sungguh! taw lenggai? lembab ler.

Ads ini dibuat oleh ThaiHealth , ThaiHealth ini macam Jabatan Kesihatan la lebih kurang. video ni dirakam tanpa perokok-perokok ini sedari. ads ini mengisahkan tentang 2 orang budak, lelaki dan perempuan (cewah! pasangan kekasih kot. haha. ) pergi tanya dekat orang-orang yang hisap rokok tu (lelaki & perempuan) "ada lighter tak" sambil dok tunjuk rokok kat tangan depa. depa buat-buat macam nak nyalakan rokok tu . nyalakan? betul ka penggunaan perkataan itu ?


 lepas budak-budak tak cukup umur tu mintak api. macam-macam reaksi la individu-individu yang mengisap rokok ini tonjolkan. siap nasihatkan lagi dengan mengatakan rokok ni bahaya la, boleh ada penyakit kanser, boleh nampak tua dan sebagainya lagi.




lepas tu budak-budak tu tanya tanya depa "Jadi kenapa anda merokok?" preghh! ayat sentap tangkap didih!


lepas tu budak-budak tu bagi satu kertas kat depa




Apakah kandungan surat  kertas itu ? 


Apakah reaksi mereka?





Sekian untuk update kali ni. Assalamualaikum~  


Last but not least ; the actor and the actress 


anddddd....

the Director >>


Hakhaktuii~  *ketawa pesyen baru. muka tak boleh blah!

25/06/2012

Let's Learn Japanese !

Assalamualaikum.... Yo! Wassup?

ok now, let's begin the class! bring in on, bebeh! haha!

Ni ada sedikit pelajaran untuk beginner.. Selamat belajar.. (^_^)

Tajuk: AISATSU

Aisatsu adalah kata-kata sapaan atau ucap selamat. Antara contoh-contoh aisatsu adalah:

おはようございます– Ohayou gozaimasu – Selamat pagi
Selalunya diucapkan ketika pertama kali bertemu seseorang pada waktu pagi. Diucapkan seawal pagi sehingga pukul 11 pagi. Untuk teman akrab atau orang yang kedudukannya di bawah kita, kita boleh mengucapkan おはよう(Ohayou).

こんにちは– Konnichiwa – Selamat tengahari
Konnichiwa diucapkan bermula waktu tengah hari, sampai matahari tenggelam.

こんばんは– Konbanwa – Selamat malam
Ucapan selamat yang diucapkan pada waktu malam hari.

おやすみなさい – Oyasuminasai – Selamat tidur
Diucapkan ketika kita berpisah dengan seseorang untuk tidur, atau berpisah ketika sudah larut malam.

はじめまして – Hajimemashite – Salam perkenalan
Diucapkan ketika memperkenalkan diri kita ketika bertemu pertama kali dengan seseorang.

どうぞよろしくお願いします –
Douzo yoroshiku onegai shimasu – Terimalah perkenalan dari saya
Ucapan ini dipakai ketika kita mengakhiri ayat dalam salam perkenalan. Boleh disingkatkan menjadi どうぞよろしく saja. Jawapan untuk ucapan ini adalahこちらこそ よろしくおねがいします yang bermaksud“Senang juga berkenalan dengan anda, mulai sekarang, saya juga akan memerlukan bantuan dari anda”.

さようなら – Sayounara – Selamat Tinggal
Merupakan ucapan ketika akan berpisah untuk suatu jangka waktu yang lama, ataupun mungkin tidak akan bertemu lagi.

すみません – Sumimasen – Maaf
Digunakan untuk meminta maaf atas kesalahan kita, atau berterima kasih ketika orang lain melakuka hal yang seharusnya tidak perlu dia lakukan untuk kita. Secara tidak formal ungkapan ごめんなさい Gomennasai, atau ごめん Gomen boleh digunakan.

ありがとうございます– Arigatou Gozaimasu – Terima kasih
Di ucapkan ketika orang lain telah membantu / memberikan sesuatu kepada kita. Boleh dibalas dengan ucapan どういたしまして (Douitashimashite) yang bermaksud sama-sama.

06/06/2012

rajin pulak aku update. haha!

Assalamualaikum...
Ohohoii~ Apa khabar you all ?

Haha! sebenarnya hari ni aku dah bertekad, berazam, bersemangat nak buat homework. walaweii ! tiba-tiba pulak line awesome! aku pon tak jadi arr nak buat homework. nampak tak permainan dia?




Tapi aku nak buat kerja sekolah wey! lagi berapa hari ja lagi nak bukak sekolah. dah la fizik tu 50 soalan. addmath lagi. macam mana? sob sob ...



KU TAK BERHARAP KAU CINTAIKU,
KU TAK BERHARAP KAU BALAS CINTAKU,
YANG KU HARAP....

KAU IZINKAN AKU MENCINTAIMU . 

#tiba-tiba 

05/06/2012

School Rumble

Assalamualaikum


Rupa blog ku bertukar lagi. so what? haha! haaa.. tengok tajuk : >>> School Rumble . Apa kena mengena? sebenarnya takdakk kena mengena. aku suka anime tu, sebab tu promote sikit. aku memang ada bakat jadi promoter. aku taw itu.

by the road way, cuti masih berbaki. di ulangi. berbaki. bukan berdaki. masih berbaki 5 hari. kalau tak silap aku la. haha! jap aku kira.

hari ni hari selasa. ada 3 Janji. minat cerita tu? aku , mesti la tak. Mak aku yang minat. minat ka? tak kott. mak aku nak tengok ending ja. ahh! dok mengarut kat 3 Janji pulak dah. ok. berbalik pada cerita tadi. kira kira. hari ni selasa bersamaan 5/6/2012. masuk sekolah selepas cuti 2 minggu pada hari isnin bersamaan 11/6/2012. ada lagi 5 hari. haaaa. betoi la !

aku dengan kasut sekolah baru basuh kemarin. tu pon pukul 4 ke 4.30 petang . hari ni pulak hujan dari pagi sampai sekarang ( 5.41 PM). mungkin hujan ini berlanjutan sampai malam.. haha! best la tidur. ye dokk? fizik tak siap gi woiii. addmath pon. fizik tu pon sebenarnya aku tak taw kena buat apa. depa kata buat pembetulan mid year. ada depa tu kata pulak buat peka. yang mana betoi? hangit la aku. #hangit takpa asalkan masak. haha! -..-"

15/05/2012

tuesday

Assalamualaikum...
kum apa kombet, bet apa betmen, men apa mentol, tol apa tola.. la apa laksa, sa apa satu, tu apa tunang, nang apa, nangka, ka apa kayu, U apa, U bodo.

* kombet tu pa benda hah ?

ahh.. ni la implikasinya setelah usai menjawab paper biologi yang memang ________ .  speechless .


Esok paper PJK. selamat . tak yah la aku guna otak sangat. penat la otak aku pon. 
--' . 
khamis kimia. wahhhhh... so goooooddddd... =,=" 
jumaat lagi la goooodddd... fizik terus. ayooo.. 


11/05/2012

exam pertengahan tahun punya part II

Assalamualaikum~

Well hello there !
Yo~! What's up ?

Dah habih dah mukadimah. bhahaha~! ok. sambung cite pasal exam. entry yang lepas tu aku cite pasal paper bm. ok. now aku nak cite pasal paper ADDMATH !!! Fuhh~~ dengar addmath. orang konfem ketaq. tapi aku besa ja. Wakakaka~! tapi jangan tak taw. aku ni mula-mula ja wat lek. tapi bila exam tu lagi beberapa ketika lagi nak start, ke-cuak-an aku mula terserlah. Dan bila aku bukak ja paper addmath tu. BOOMM !!! semangat yang hilang... kita panggil pulang.. wowowowo...

=.="

Konfem aku FAIL lagi addmath.  nakhangus aihh..  ok biarlah yang berlalu itu berlalu pergi. biarkan angin bawa ia jauh dari sisi. let bygone be bygone. Jangan kenangkan ia lagi..

Aku dok risau pasal BIO, KIMIA dan FIZIK ~! Paling horror sekali, konfem la fizik. cikgu tu dah la tak sebulu dengan aku. ish. aku kalau dengan cikgu tu nak berbulu ja la...  hari tu dia tanya kami sekelas "nak tak pen yang boleh tulis sendiri". ada la sorang hamba Allah kata "nak cikgu". Then cikgu tu kata "ok, esok saya bawak". Fuhhh.. esoknya dia betul-betul bawak pen 2 kotak. dia bagi kami sorang satu. dia kata hadiah sebab lulus fizik. and aku pon pelik la. bila masa kami jawab paper fizik ? then dia kata "korang kan lulus fizik. kan kan".  =.="  . lepas tu sebelum dia keluar dia kata sapa gagal fizik pen tu bagi balik . bukan itu saja. sapa yang dapat 39-30 . 8 kali kena lari pusing keliling padang. sapa yang dapat 29 ke bawah darab la 8 lagi. ayoooo... mati la wa macam ni. sah la aku orang tu.

PHYSICS IS EASY YEAH~! EASY TO FAILED !=.="

P/S: sebenarnya cikgu tu baik jugak. manusia kan. mesti ada perasaan jugak. ahhh~! tapi kenapa dia dengan aku ja mesti tak sebulu. ish. berbulu betoi la aku pon. --' 

07/05/2012

Exam ~ pertengahan tahun punya XD

Assalamualaikum~

tadi exam. first day. kami exam sampai minggu depan. 2 minggu. aku tak baca buku. yang aku baca adalah muka buku. dan jugak blog. dan juga twitter. Fuhhh~! tadi exam paper bahasa melayu . atau nama singkat-annya BM. asehhh~! tu pon nak habaq ka?. aku pon taw la yang bahasa melayu singkat-annya BM. errr ?. suka hati aku la nak tapi taip apa pon. kalaut kalut pa.

haaa... back to the story-mory-tale-story-true-story-not-fake-story. tadi paper 1 BM , masuk la kelebihan laman sosial di Internet. and i was like ---> whatdehal ? Aku hentam wokkk.. dah la aku lupa nak eja twiiter tweeter twitter macam mana. fuhh.. aku pakai taruk ja twitter. selamat betul. nasib. aku pon satu. dah dok main tweet-tweet, tak pernah nak usha pulak ejaannya.

Yang paper 2 lagi teruk. aku lagi blur. lagi blank. memang konfem fail lahhh~! dah la tak cukup masa. 2 jam 30 minit masih tidak cukup buat aku. agak berpeluh jugak lah nak jawab exam pon.

esok, paper english. and i think , i will hentuk myself to the glass's window again. haahh ? aku taw la my english was broken here and broken there. tapi tak payah la nak 'haahh' segala bagai. ok la. aku translate . aku rasa aku akan hentuk kepala aku kat tingkap punya gelas. ehh ? ala.. tingkap la.

ok ok. aku nak chow luuuu.. bubai ~!

xoxo kaina~♥

25/04/2012

hah ? blank~~~


Preghhh... mula-mula log in blog tadi, aku terkezut. Kenapa aku klik dashboard blogger, dia naik macam ni :




Aku rasa macam ketaq la jugak. wakakaka. ye lorr. apa hal pulak dia naik cam gitu padahal, aku tak klik apa-apa pon.   -.-" 

lepas tu, aku pon pandai-pandai la klik benda yang warna oren tu .. yang aku dah petakkan dalam gambar di bawah ni :


Lepas tu dia naik la macam ni pulak :


Legaaaa... ingatkan blog aku ni dah jahanam . tapi best jugak bendatang ni.. Bendatang ? . abaikan penggunaan perkataan itu ye kawan-kawan .. 

Haaaa lagi satu . sekarang ni Facebook dah tambah Symbols ke kat tepi update status dan add phote/ video ? Ishhhh.. aku baru tau hari ni . ngek betul. tapi best jugakk.. wakakakaka .. tapi yang tak bestnya sekarang ni ialah bila aku bukak facebook, bukan ada orang nak chat dengan aku pon. kawan-kawan aku pon tak bukak. aku pon tak chat dengan orang. nak tengok youtube, hampeh punya line ternet . lambat mengalahkan kure-kure punyer nenek merangkak. 

Sudah la nasib aku dua tiga hari ni malang bebenorrr... Hidup aku ni diibaratkan seperti "Sudah jatuh ditimpa tangga konktrik, ditimpa pula dengan tangga batu, ditimpa lagi dengan tangga besi." haaa.. HAMBEKK KAU~! 

22/04/2012

Menyesal ~ =,="

Assalamualaikum~

Pernah tak korang buat something, and then korang rasa menyesal . Acehh.. kalau tak pernah, memang nampak beno nipunyer. aKu pon sama laaa. sekarang ni banyak benda aku menyesal. salah satunya adalah , tadi mak lang aku datang rumah. ok . takpa la. aku pon pegi la salam. anak dia pon mai rumah aku gak. anak dia mai la salam dengan aku. yang aku ni banggang sangat pi tarik tangan aku. Ya Allah................ kenapa dengan aku ni. kang budak tu pikir aku ni sombong gila babesss.. wey. the truth is.. ayooooo.. malu la nak bagi taw. ok . tadi mak aku masak gulai. korang paham-paham je la. bau gulai kan kuat. so aroma gulai dia tu lekat kot kat tangan aku. macam mana ni ... dah la anak mak lang aku tu kuat mengadu. konfem dia mengadu kat mak dia. aku menyesal laaa... huhu ;

Benda yang aku menyesal lagi ialah telah meng-unfriend kawan fesbuk aku. kawan yang aku dah lama chat dengan dia. huwaaa. dia pon satu. hari  tu dia carik pasal dengan aku. aku pon ringan ja tangan klik button UNFRIEND  . Sedihh woo.. hari tu dia telah selamatkan aku dari bangun lambat ke sekolah. dia buat apa ? ada la... 

Benda yang aku menyesal lagi ialah...












































































 aku tak siap lagi kerja sekolah and esok hari isnin . bhahahaha~! kemarin sabtu dan sabtu tu kena sekolah ganti. aku malas gila arr.. dah la banyak kerja sekolah pulak tu. Kimia cikgu dah kata dah siap-siap. 
ehem-ehem... "Hari isnin ni saya nak kutip buku kimia amali. so, kena siap la kan.. "

Bio lagi. math mode. add math . karangan . rumusan . and banyak -banyak lagiiii...  

lagi satu, esok padang sekolah kami akan dipinjam oleh sekolah lain untuk sukan . MSSPP. main bola baling la bola jaring la. ntah aku pon tak taw. and aku sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah atau nama manjanya PBSM  atau aku mengelarnya sebagai Class of The TiTans of Red Bull (apakah ?) , kena jaga budak-budak itu. aku kena jaga masa petang. 12.00 pm. -5.00 pm. .. sapa yang cedera tu, siap la korang.. hahahhahahahahahhhaha~! 

babai ~ 



xoxo Kaina~  

16/04/2012

I'm a Vampire . haruslah takut ~ ♥


cantik kan gigi dia . Kalau gigi aku macam tu kan best . Eh. Silap ~! memang la gigi aku macam tu. aku kan vampire , mesti la ada taring . di ulang . taring . bukan taring and then pegi sambung anu . jadi taring anu. tu negeri kott. jauh beza dengan gigi . 

Aku sebenarnya nak update blog dengan menceritakan pengalaman aku pergi trip ke Lost World of Tambun (LWOT) . Tapi aku tak jadi . kenapa ? why ? takkan lupa kott. ahaha. idokk ler luper. baru kemarin kelmarin kott. cuma kalau nak update pasal trip tu, kena la selitkan gambar-gambar sikit. ye dokk ? tapi kawan aku Cik Aifaa. dok upload kat Fesbuk , tak timbul-timbul lagik . so, kena tunggu dia timbul dulu la yerk.  

tapi kalau tak timbul-timbul jugak ? macam mana ? tu namanya tak dakk rezeki la aku nak cerita. ahhahaha..  

ok. babai.. ahaha.. tajuk punya la gila. tapi isi .. hurmmm.. haprakk.. 


ok, babai .. Assalamualaikum.

p/s : Aku selalu TER-taip babai  jadi babi , so , kepada sesama yg pernah kena. harap jangan la salah paham. 



Dush~!!! mati la kau.. 

XOXO  Kaina~

01/04/2012

nak kata apa ntah ?



Assalamualaikum

Yeah ~!  berzaman tok naduk aku tak hupdate belog aku niyh... huwa huwa . tadi pon aku sampai lupa password belog ni. Muahahahha.. tudiaaa, punya la lama tak hupdate belog, sampai lupa password. iye dok ? Habih macam mana hang boleh hupdate ni kalau hang lupa password ? 

Besa laaa... Allah bagi aku ingat balik. Alhamdulillah. 

Aku sebenarnya tak taw nak tulis pa ni. cehh. TAPI sebenarnya tadi, kemarin, kemarin dulu. aku dah pikir dah nak hupdate apa, cuma besa la. aku kan forever young, so dia lupa seketika. sementara. hurmm.. maap la yerk. sebenarnya lupa terus. Aku siap dah karang ayat sempoiii punya. TAPI lupa bhaii.. 

Besa la kan. manusia. memang selalu lupa dan tak sunyi dari buat kesilapan. 

Aku sebenarnya tak seterika baju sekolah lagi ni. entah bila aku nak seterika, aku pon tak taw. besa laaa kan, aku memang pemalas tahap kesatria. 

haaa... cuba kira dah berapa kali aku taip "besa laaa" .

besa la. aku tak taw nak taip aku kan. so taip je lahh. 

Jap, aku nak search satu gambar. cun wooo gambar ni.

Ish... tak leh nak copy la gambar tu. Aihhh... 

             Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung


Huehue. hampa baca la artikel di atas ni. lepas tu usha sekali gambar dia yang gambar kasut tu. aku rasa cun la gambar tu. muahaha. gila betoi. orang baca petikan. dia boleh dok usha gambar. apa punya orang. ^_^"  

 alang-alang la katakan. 

13/03/2012

GuGurl GiveAway by Anis Athia



Giveaway ni senang gila nak join.. tak yah susah-susah nak like apa-apa... 

Nak join ? klik banner atas tu yerk.. 

syarat-syarat :

simple sahaja, anda hanya perlu
  1. buat entry bertajuk "GuGurl GiveAway by Anis Athia"
  2. copy banner di atas dan letakkan dalam entry anda serta link kan banner tersebut ke entry ini (click banner then right click, copy/save image)
  3. hantar link entry anda di ruangan comment entry ini sahaja



1st Giveaway Forever Young By Nazihah Hsn


Sebab nak pensel case yang osem itu :-

Pensel case tu aku tak mau bagi kat sapa-sapa pon... untuk diriku sendiri... pensel case tu nampak macam besar, dan nampak macam dapat memuatkan sebuah kalkulator.. pensel case yang aku guna sekarang kechik dan tak dapat memuatkan sebuah kalkulator yang beratnya hanya beberapa mega gram... so, masa fizik aku akan terkedek-kedek kira guna otak sebab terlupa bawak kalkulator masuk lab.. and cikgu selalu akan suruh aku yang jawab soalan dan aku pon terkedek-kedeklahh jawab... dan bila aku tak dapat jawab, cikgu kata "Tu laa, tido lagi..".   sedih kan... haha.. sekian.. wasalam...





tag:
Harap menang yo~!

Future Doctors Give Away 2012


Tag : 



Sponsor :

  • amirnawawi.com       LIKE Fanpage

  • Ichigo                        LIKE Fanpage

  • Gojez Houz.com        FOLLOW Blog manually and LIKE Fanpage

  • AiMie CHan Naga   FOLLOW Blog and LIKE Fanpage SINI dan SINI

  • Lovely Shawl            ADD Facebook and LIKE Fanpage

  • ANA ADNI COLLECTION    FOLLOW Blog and LIKE Fanpage

  • Airin Ayda          FOLLOW Blog and LIKE Fanpage

  • Indah Catalyst   FOLLOW Blog and LIKE Fanpage SINI dan SINI

  • CikFiniey Shop   LIKE Fanpage

  • HijaBook             Follow Blog and LIKE Fanpage

  • Nur Saudah Alifah  LIKE Fanpage (Must)  and Follow Blog (Optional)    
  • 1st GA by Zureen & Aisyah

    Join 1st Giveaway by Zureen and Aisyah....
    Dah penuhkan syarat-syarat anda.. harap boleh menang yo!
    Takde banner, so aku tulis la benda ni.. haha.. kalau ada banner senang sebab aku post jew banner tu.. hoho ^^
    sapa nak join klik SINI 

    11/03/2012

    Blog Reviewing by Haruno Hana


    TAG :

    Aku pon tak taw segmen ni benda apa,.. aku main join ja.. huahuahua..

    Aku sudah malas lorrrh

    Assalamualaikum......... 

    Hollooo~! yo ~! wassup~! brasap~!

    Aku sudah malas la... Malas nak apa ?
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    Malas nak :
    |
    |
    v

    !) Berfesbukk
    = Cehh.. nampak sangat bohong.. kau kan kakionline.. yela.. memang la aku kaki online, but lately ni aku malas la nak bukak fesbuk, well malas pon aku still bukak jugak, but rasa macam bosannn... muahaha... menambahkan kemalasan aku adalah kerana line aku hampehhh giloss~! aku nak tgk youtube laaa.. nak tengok cerita narutoooo... 

    2) sekolah
    = Jyeah~! teruknya aku~! malas nak sekolah... haha.. ada ka pulak, malas nak sekolah. tak bertamadun betul... yela.. cikgu bagi keja sekolah, extra king burger punya banyak.... aku malas laaaaaaaaa..... dah la tak paham siap.. huh~! 

    ntah.. ada banyak ke-malas-an aku niyh.. kalau nak tulis, sampai bila-bila pon tak habis.. so... bye lah~! malas nak taip sudahh~!


    haaaa! lagi satu.. aku masuk kawad PBSM yo~! so, kena pegi latihan kawad... huwaaa.. keja sekolah pon tak siap, kena pi kawad lagi.. penat laaa.. 






    04/03/2012

    Wah ~! Osssemm lahh

    Assalamualaikum 

    Ohyeah~! exam dah habih. result memang habih la aku.. huahua.. dapat mark low, wat lek dah arr.. tapi dalam hati, sedih gak arr.. tapi tak sedih pon ada. Kelas sains, semua budak pandai-pandai kott, so tersesat la aku sorang yang slow ni. Addmath, aku konfem fail. Aku rasa mark for addmath, aku 0%... ohyeah~! osssemm lahh .. 

    Paling tinggi markah aku English kott, 84 % ... selamat la ada jugak A .. #walaupun hanya satu... addmath, please la jangan zero. at least 1 % .. aku sedih laaa pulak ~!!


    OK. gi satu.. haha.. line aku dah back to origin ... slow motion... bagi penendang baru taw.. ish.. #buruk perangai.. 


    Taun ni , exam ni , mark aku drop teruk ~! budak 8A PMR dapat mark paling low dalam kelas .. mesti orang kata yang aku ni perasan pandai, dah dapat 8A, tak mau blajaq..

    wey ~! aku tak pandai .. 8A tu dah rezeki aku. Aku bersyukur ja la.. Alhamdulillah.. cuma exam ni ja, tak dakk rezeki .. 

    homework ~! banyak gila .. seriously memang banyak. aku memang stress this year..  kenapa banyak sangat ??? No HONEYMOON YEAR.. hoho ^^


    Aku budak slow math ... dan subjek2 yang mempunyai jalan kura-kura , eh kira-kira ni.. Aku pon nak pandai math jugak. nak pandai belajar la der, bukan mencurah perasaan kat sini. errr .. betul gak ..

    ok . bye ~!

    13/02/2012

    Busy Life .... Huhu... #motif "huhu"?



    لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

    wah wah wah wah . Wa sekarang ni, busy body lorrr . My body so busy . sibuk wok ! mengalah kan galah belakang rumah aku yang tugas dia mengait buah rambutan semasa musim buah menjelang . Aku, keja sekolah, banyak wok ! Fizik, Kimia, MathModern, dan lain-lain . Add math tak de keje skolah sebab wa tak belajar lagi . Yes ! Walaupun dah masuk tengah bulan 2, tapi aku still tak belajar lagi add math . Haaaa ! Gila tak gila ? Sure gila der~ 27/2 ni dah nak ujian up1 , aku pon tak taw la nak jawab apa nanti . marilah sama-sama kita ngangga mulut semasa ujian sedang berlangsung . Hoho . Cikgu pon satu, masa ni jugak la nak pindah . Biar la aku habis sekolah dulu . Lepas tu , nak pindah, pindah la . hoho . 



    Aku tak taw nak taip apa dah . Sat gi malam aku nak kena pergi cc . nak potostat print borang biasiswa TM, beli buku latihan sekali. hoho.

    06/02/2012

    Kacaknya Rasululah SAW

    لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


    ‎(。◕‿◕ ) KACAKNYA RASULULLAH (。◕‿◕ )
    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

    ♥ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

    ♥ Aku melihat cahaya dari lidahnya.

    ♥ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

    ♥ Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

    ♥ Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

    ♥ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

    ♥ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

    ♥ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

    ♥ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

    ♥ Wajahnya seperti bulan purnama.

    ♥ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

    ♥ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

    ♥ Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

    ♥ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

    ♥ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

    ♥ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

    ♥ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

    ♥ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

    ♥ Janggutnya penuh dan tebal menawan.

    ♥ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

    ♥ Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

    ♥ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

    ♥ Rambutnya sedikit ikal.

    ♥ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

    ♥ Rambutnya terbelah di tengah.

    ♥ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

    ♥ Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya.

    ♥ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

    ♥ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

    ♥ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

    ♥ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

    ♥ Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

    ♥ Warna putihnya lebih banyak.

    ♥ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

    ♥ Warna kulitnya putih tapi sihat.

    ♥ Kulitnya putih lagi bercahaya.

    ♥ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

    ♥ Badannya tidak gemuk.

    ♥ Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

    ♥ Perutnya tidak buncit.

    ♥ Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
    (。◕‿◕ )