13/02/2012

Busy Life .... Huhu... #motif "huhu"?



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

wah wah wah wah . Wa sekarang ni, busy body lorrr . My body so busy . sibuk wok ! mengalah kan galah belakang rumah aku yang tugas dia mengait buah rambutan semasa musim buah menjelang . Aku, keja sekolah, banyak wok ! Fizik, Kimia, MathModern, dan lain-lain . Add math tak de keje skolah sebab wa tak belajar lagi . Yes ! Walaupun dah masuk tengah bulan 2, tapi aku still tak belajar lagi add math . Haaaa ! Gila tak gila ? Sure gila der~ 27/2 ni dah nak ujian up1 , aku pon tak taw la nak jawab apa nanti . marilah sama-sama kita ngangga mulut semasa ujian sedang berlangsung . Hoho . Cikgu pon satu, masa ni jugak la nak pindah . Biar la aku habis sekolah dulu . Lepas tu , nak pindah, pindah la . hoho . 



Aku tak taw nak taip apa dah . Sat gi malam aku nak kena pergi cc . nak potostat print borang biasiswa TM, beli buku latihan sekali. hoho.

06/02/2012

Kacaknya Rasululah SAW

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


‎(。◕‿◕ ) KACAKNYA RASULULLAH (。◕‿◕ )
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

♥ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

♥ Aku melihat cahaya dari lidahnya.

♥ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

♥ Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

♥ Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

♥ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

♥ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

♥ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

♥ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

♥ Wajahnya seperti bulan purnama.

♥ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

♥ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

♥ Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

♥ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

♥ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

♥ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

♥ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

♥ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

♥ Janggutnya penuh dan tebal menawan.

♥ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

♥ Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

♥ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

♥ Rambutnya sedikit ikal.

♥ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

♥ Rambutnya terbelah di tengah.

♥ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

♥ Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya.

♥ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

♥ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

♥ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

♥ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

♥ Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

♥ Warna putihnya lebih banyak.

♥ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

♥ Warna kulitnya putih tapi sihat.

♥ Kulitnya putih lagi bercahaya.

♥ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

♥ Badannya tidak gemuk.

♥ Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

♥ Perutnya tidak buncit.

♥ Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
(。◕‿◕ )

05/02/2012

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Assalamualaikum

Sekarang ni line internet aku sangatlah slow, sangat-sangat slow, tersangatlah slow. Nak update ni pon , aish... lama gila tunggu loading..... So, nak ber-blogwalking tu, agak sukar untuk aku laksanakan. Tapi aku akan pergi jugak menziarah korang-korang yang datang bertandang ke rumah pondok blog buruk aku ni... 

Ok, Sebenornyer, aku nak post benda lain, bukan post pasal ketidakpuasan hati aku dekat line aku ni. Aku nak post pasal Nabi Muhammad SAW. Macam biodata la, lebih kurang. Ok la, Mukadimah dah habis. so, sila la scroll/usha/tengok/see/mengalihkan pandangan kebawah... Sekian, terima kasih.



Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah