Kacaknya Rasululah SAW

by - 9:28 am

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


‎(。◕‿◕ ) KACAKNYA RASULULLAH (。◕‿◕ )
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

♥ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

♥ Aku melihat cahaya dari lidahnya.

♥ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

♥ Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

♥ Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

♥ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

♥ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

♥ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

♥ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

♥ Wajahnya seperti bulan purnama.

♥ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

♥ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

♥ Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

♥ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

♥ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

♥ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

♥ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

♥ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

♥ Janggutnya penuh dan tebal menawan.

♥ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

♥ Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

♥ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

♥ Rambutnya sedikit ikal.

♥ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

♥ Rambutnya terbelah di tengah.

♥ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

♥ Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya.

♥ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

♥ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

♥ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

♥ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

♥ Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

♥ Warna putihnya lebih banyak.

♥ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

♥ Warna kulitnya putih tapi sihat.

♥ Kulitnya putih lagi bercahaya.

♥ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

♥ Badannya tidak gemuk.

♥ Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

♥ Perutnya tidak buncit.

♥ Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
(。◕‿◕ )

You May Also Like

2 Comment

Marilah kita komen bersama-sama :)