25/04/2012

hah ? blank~~~


Preghhh... mula-mula log in blog tadi, aku terkezut. Kenapa aku klik dashboard blogger, dia naik macam ni :




Aku rasa macam ketaq la jugak. wakakaka. ye lorr. apa hal pulak dia naik cam gitu padahal, aku tak klik apa-apa pon.   -.-" 

lepas tu, aku pon pandai-pandai la klik benda yang warna oren tu .. yang aku dah petakkan dalam gambar di bawah ni :


Lepas tu dia naik la macam ni pulak :


Legaaaa... ingatkan blog aku ni dah jahanam . tapi best jugak bendatang ni.. Bendatang ? . abaikan penggunaan perkataan itu ye kawan-kawan .. 

Haaaa lagi satu . sekarang ni Facebook dah tambah Symbols ke kat tepi update status dan add phote/ video ? Ishhhh.. aku baru tau hari ni . ngek betul. tapi best jugakk.. wakakakaka .. tapi yang tak bestnya sekarang ni ialah bila aku bukak facebook, bukan ada orang nak chat dengan aku pon. kawan-kawan aku pon tak bukak. aku pon tak chat dengan orang. nak tengok youtube, hampeh punya line ternet . lambat mengalahkan kure-kure punyer nenek merangkak. 

Sudah la nasib aku dua tiga hari ni malang bebenorrr... Hidup aku ni diibaratkan seperti "Sudah jatuh ditimpa tangga konktrik, ditimpa pula dengan tangga batu, ditimpa lagi dengan tangga besi." haaa.. HAMBEKK KAU~! 

22/04/2012

Menyesal ~ =,="

Assalamualaikum~

Pernah tak korang buat something, and then korang rasa menyesal . Acehh.. kalau tak pernah, memang nampak beno nipunyer. aKu pon sama laaa. sekarang ni banyak benda aku menyesal. salah satunya adalah , tadi mak lang aku datang rumah. ok . takpa la. aku pon pegi la salam. anak dia pon mai rumah aku gak. anak dia mai la salam dengan aku. yang aku ni banggang sangat pi tarik tangan aku. Ya Allah................ kenapa dengan aku ni. kang budak tu pikir aku ni sombong gila babesss.. wey. the truth is.. ayooooo.. malu la nak bagi taw. ok . tadi mak aku masak gulai. korang paham-paham je la. bau gulai kan kuat. so aroma gulai dia tu lekat kot kat tangan aku. macam mana ni ... dah la anak mak lang aku tu kuat mengadu. konfem dia mengadu kat mak dia. aku menyesal laaa... huhu ;

Benda yang aku menyesal lagi ialah telah meng-unfriend kawan fesbuk aku. kawan yang aku dah lama chat dengan dia. huwaaa. dia pon satu. hari  tu dia carik pasal dengan aku. aku pon ringan ja tangan klik button UNFRIEND  . Sedihh woo.. hari tu dia telah selamatkan aku dari bangun lambat ke sekolah. dia buat apa ? ada la... 

Benda yang aku menyesal lagi ialah...












































































 aku tak siap lagi kerja sekolah and esok hari isnin . bhahahaha~! kemarin sabtu dan sabtu tu kena sekolah ganti. aku malas gila arr.. dah la banyak kerja sekolah pulak tu. Kimia cikgu dah kata dah siap-siap. 
ehem-ehem... "Hari isnin ni saya nak kutip buku kimia amali. so, kena siap la kan.. "

Bio lagi. math mode. add math . karangan . rumusan . and banyak -banyak lagiiii...  

lagi satu, esok padang sekolah kami akan dipinjam oleh sekolah lain untuk sukan . MSSPP. main bola baling la bola jaring la. ntah aku pon tak taw. and aku sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah atau nama manjanya PBSM  atau aku mengelarnya sebagai Class of The TiTans of Red Bull (apakah ?) , kena jaga budak-budak itu. aku kena jaga masa petang. 12.00 pm. -5.00 pm. .. sapa yang cedera tu, siap la korang.. hahahhahahahahahhhaha~! 

babai ~ 



xoxo Kaina~  

16/04/2012

I'm a Vampire . haruslah takut ~ ♥


cantik kan gigi dia . Kalau gigi aku macam tu kan best . Eh. Silap ~! memang la gigi aku macam tu. aku kan vampire , mesti la ada taring . di ulang . taring . bukan taring and then pegi sambung anu . jadi taring anu. tu negeri kott. jauh beza dengan gigi . 

Aku sebenarnya nak update blog dengan menceritakan pengalaman aku pergi trip ke Lost World of Tambun (LWOT) . Tapi aku tak jadi . kenapa ? why ? takkan lupa kott. ahaha. idokk ler luper. baru kemarin kelmarin kott. cuma kalau nak update pasal trip tu, kena la selitkan gambar-gambar sikit. ye dokk ? tapi kawan aku Cik Aifaa. dok upload kat Fesbuk , tak timbul-timbul lagik . so, kena tunggu dia timbul dulu la yerk.  

tapi kalau tak timbul-timbul jugak ? macam mana ? tu namanya tak dakk rezeki la aku nak cerita. ahhahaha..  

ok. babai.. ahaha.. tajuk punya la gila. tapi isi .. hurmmm.. haprakk.. 


ok, babai .. Assalamualaikum.

p/s : Aku selalu TER-taip babai  jadi babi , so , kepada sesama yg pernah kena. harap jangan la salah paham. 



Dush~!!! mati la kau.. 

XOXO  Kaina~

01/04/2012

nak kata apa ntah ?



Assalamualaikum

Yeah ~!  berzaman tok naduk aku tak hupdate belog aku niyh... huwa huwa . tadi pon aku sampai lupa password belog ni. Muahahahha.. tudiaaa, punya la lama tak hupdate belog, sampai lupa password. iye dok ? Habih macam mana hang boleh hupdate ni kalau hang lupa password ? 

Besa laaa... Allah bagi aku ingat balik. Alhamdulillah. 

Aku sebenarnya tak taw nak tulis pa ni. cehh. TAPI sebenarnya tadi, kemarin, kemarin dulu. aku dah pikir dah nak hupdate apa, cuma besa la. aku kan forever young, so dia lupa seketika. sementara. hurmm.. maap la yerk. sebenarnya lupa terus. Aku siap dah karang ayat sempoiii punya. TAPI lupa bhaii.. 

Besa la kan. manusia. memang selalu lupa dan tak sunyi dari buat kesilapan. 

Aku sebenarnya tak seterika baju sekolah lagi ni. entah bila aku nak seterika, aku pon tak taw. besa laaa kan, aku memang pemalas tahap kesatria. 

haaa... cuba kira dah berapa kali aku taip "besa laaa" .

besa la. aku tak taw nak taip aku kan. so taip je lahh. 

Jap, aku nak search satu gambar. cun wooo gambar ni.

Ish... tak leh nak copy la gambar tu. Aihhh... 

             Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung


Huehue. hampa baca la artikel di atas ni. lepas tu usha sekali gambar dia yang gambar kasut tu. aku rasa cun la gambar tu. muahaha. gila betoi. orang baca petikan. dia boleh dok usha gambar. apa punya orang. ^_^"  

 alang-alang la katakan.