29/09/2012

Final Destination



ASSALAMUALAIKUM

Lagi sebulan SEMINGGU nak exam akhir tahun. Aku rasa macam baru sebulan ja aku dapat tau yang lagi sebulan lagi nak exam akhir tahun. Tediaaaa.. ayat macam bangla. 

Aku tak sedia lagi. Yaaa! tak sedia lagi. so, yup. tak sedia. Berapa kali mau repeat? 

tahun depan SPM. So, yeah. 

Aku rasa menyesal masuk kelas Sains. Bak kata cikgu Fizik aku lah :

Kalau dah taw diri tu bodoh, buat apa masuk kelas Sains. Ingat Fizik ni senang ka? Kalau senang, satu sekolah ambik Fizik. 
Ayat sentap gila kot! Tapi kelmarin aku macam dah sedar diri sikit bila cikgu Biologi cakap yang :

Kita dah masuk kelas Sains ni, kena work hard. Allah dah takdirkan kita masuk kelas Sains. Dah bagi peluang kita masuk kelas Sains, kita kena la rebut peluang tu. Work hard. Kita dok kelas Sains kena rajin lebih sikit dari kelas-kelas yang lain. Kalau segan, haaa.. masuk kelas lain la. Ingat, kelas Sains ni susah, susah tak susah la, sebab tu kena rajin. Kalau malas, apa tak jadi.  
Menyesal tak guna dah. Hang dah masuk kelas ni, so work hard ja la. Dok menyesal-menyesal apa?!! Allah dah bagi peluang untuk cuba, cuba la. Cuba la rajin sikit. Solat jangan dok tinggai. Macam mana Allah nak tolong kita kalu solat pon kita tinggai?

Esok bila result SPM hang macam mangkuk, padan muka.

P/S: Aku tension :')

22/09/2012

Loike seriousleyy





Hari ni ada Hari Anugerah Kecemerlangan kat sekolah. Yea. Of course la kat sekolah. Takkan la kat rumah tok anda pulak kan? 

Teah dengan Lyn buat persembahan. Nyanyi lagu Korea Jepun. Best wooo~ rugi hampa tak dengar. Rugi macam aku. Errr~ aku dengar masa  rehearsal ja sebab masa live tu aku dah balik. Bukan balik la. cuma pergi dari sekolah tu dan pergi tempat lain seperti pergi ke Longwan Kepala Batas. 

Persembahan kelas aku pulak. As usual. Hampeh. Miss Lee? Dia Beliau marah la, apa lagi. Dia Diana  Beliau kata masa rehearsal lagi bagus. And I was like baby.. baby.. baby.. ooo. like baby.. baby.. ooo  Hurmm.. don't get mad Miss Lee. Nothing much we wanna say except ; We're sorry. 

"I don't know what are you saying. Broken English." ...  I loike it. Loike seriousleyy. 

15/09/2012

.

Assalamualaikum~ 

Ada orang nak kawan yang cantik, bergaya, kaya, dan popular.  Haha.. konon boleh tumpang popular sama la. Tapi aku tak mau kawan macam tu. Aku just nak kawan yang macam aku. Yang macam aku tu pon macam mana? Yang statusnya macam aku. Muka ala-ala macam aku. Badan ala-ala macam aku. Kepala hotak pon ala-ala macam aku. Bila aku cerita apa-apa kat dia, dia dengar dengan penuh perasaan dan aku pon dengar cerita dia dengan penuh perasaan! Minat pon sama dengan aku. Minat ni tak kisah, asalkan saling faham-memahami sudah. Aku harap sangat bila aku pindah kat sekolah lain, aku akan dapat kawan yang macam tu. Well, harap sangat kott! Education pon sama arr~ bila aku tak paham apa yang cikgu dok berleter kat depan, dia boleh terang kat aku dan bila dia pulak yang tak paham, aku pulak yang tolong terang kat dia. Lepas tu, kami sama-sama berjuang untuk kurus! haha.. nama pon badan sama-sama se-saiz.  

Haha~ sedih habaq hang. Lani semua kawan-kawan aku kurus-kurus ja, kepala hotak pandai-pandai ja, muka segak-segak ja. Muka ni tak taw la boh apa. Licin tak terkata! satu jerawat kurap pon tak mau dok. Bukan macam muka aku, tediaaa~ muka jalan tar. Dengan hitam, berminyak, jerawat. Gigi pon jonggang. Aku kadang-kadang ada perasaan hasad dengki tak terkata, boleh pi berdoa supaya muka depa, badan depa, kepala hotak depa, gigi depa, se-fesyen dengan aku. Aku rasa macam tersisih kot. Kalau tangkap gambar sama-sama, muka depa segak ja. Macam muka aku pulak dok bagi gambar depa tu jadi buruk. Sebab tu aku benci kalau ambik gambar dengan depa. Tapi aku suka ambik gambar diri aku sorang-sorang. Biar aku sorang ja yang tengok. Buruk pi la macam mana pon. Muka aku. 

Kalau kat dalam kelas, semua orang layan kami sama ja. Ni tak! Aku ni sekarang dalam kelas, macam halimunan. Serius! Kalau pi mana-mana kan, contohnya pi makmal atau pi library ka, depa tak habaq kat aku pon. Sedih kan... Sebab tu aku kena alert . Kalau pi mana-mana kena terus ikut depa, kalau tidak, memang tak taw la sampai ke sudah. Tu kalau kawan sebelah aku tak dak la.. Kalau ada, depa habaq kat dia yang kena pi mana-mana. Dan aku still jadi halimunan. Apa-apa pon, mesti sebut nama kawan sebelah aku. Well, aku kan halimunan. Depa tak nampak. Aku dah cuba dah kawan dengan depa. Tapi masih sama. Aku cuma nak depa taw yang aku cuba nak jadi kawan yang terbaik buat depa. Tu ja. Mungkin depa tak suka kawan dengan orang yang tak segak macam aku kot. 

 Gigi aku kan jonggang, tu la kalau nak senyum, aku malu-malu. Acehh.. macam iklan pelekat gigi palsu dalam tv tu pulak. " Kalau nak makan rendang, saya malu-malu". Rendang ka? Ntah. Pi kat hang la.. Dulu sekolah rendah, depa selalu gila ejek aku jonggang. ahaha.. sampai aku nak tarik gigi aku ni, bila aku tengok gigi aku kat cermin. 


Tu la perasaan aku. tu la yang aku rasa. Mungkin orang akan kata, "Dia ni kuat touching gila. Muka dia biasa ja pon". Hampa mungkin kata macam tu, bila hampa baca apa yang aku tulis atau taip ni. Tapi sebelum hampa baca ni dan hampa terjumpa aku, hampa takkan kata macam tu. 

Haha.. aku mengaku. Aku mengaku, yang aku memang kuat touching. Yes, I am. 


TAPI


Itu dulu. Sekarang ni aku dah matang sikit. Aku bersyukur atas apa yang Allah ciptakan, kurniakan kepada aku. Cuma aku harap, manusia di luar sana pon dah matang, tak kutuk, ejek, hina, orang yang macam kami ni. Sebab kami tak mintak kami dilahirkan sebegini rupa, Allah yang cipta kami macam ni. Jadi, hampa sapa nak kutuk ciptaan Allah ? 


Sekian, terima kasih. 



09/09/2012

Physics oh Fizik

                                                               Assalamualaikum~



Seperti tahun-tahun terdahulu, bila dah syok cuti raya, kena la ganti sekolah sekolah ganti. And i'm kinda hate it. Ok. STOP! sekolah ganti ke ganti sekolah? Ahhh! Aku pon tak taw. Biar lah~

Nak dijadikan cerita, kelmarin la hari sabtu (8/9/12) bersamaan dengan 21 Syawal 1433 Hirah *tengok kalendar, dan kena sekolah ganti. Aku geram betul la kena sekolah hari sabtu ni. Ia seolah-olah sedang merentap masa rehat, masa cuti dan masa tidur aku! Aku lebih rela cuti raya sikit daripada kena sekolah ganti. *acehh... blah la lu. Dah pakat dengan kengkawan aku, kami pon dengan berat hati tak datang sekolah, dengan senang hati. *terrorkan? . Dah la kena ikut jadual hari Khamis. Walaupon hari khamis, beg aku tak berat sangat sebab semua subject buku sikit-sikit, nipis-nipis je, tambah-tambah fizik, lagi nipis buku teks dia, tapi disebabkan ada fizik jugak la yang membuatkan aku tak mau pi sekolah. Well, I'm kinda hate physics. Tapi kalau ikut jadual hari jumaat, sah aku pi. biasa la hari jumaat tak dak fizik. dah la tak dak subjek alahan tu, balik awal pulak. syok aihh.. bukan selalu dapat balik sekolah pukul 12. Hari jumaat ja.

Menurut kawan kelas sebelah, ramai budak kelas aku yang tak mai sekolah. alahai... Sep sikitt! Yang datang pon pengawas, tu pon sebab diaorang kena tangkap gambar pengawas. Menurut kawan kelas sebelah aku lagi, cikgu fizik tu punya la marah sebab budak-budak pengawas tu tak mau belajar. haha.. macam mana kawan kelas sebelah aku boleh taw yang cikgu tu marah? sebab cikgu tu pi kelas depa and kata "Haram aihh.. aku nak hajaq depa, depa tak mau." haha.. aku dapat bayangkan macam mana cara dia cakap waktu tu. haha.. aiyooo~ lawak! mungkin hampa rasa cikgu aku tu agak kureng sikit sebab guna perkataan haram, tapi bagi kami orang Penang. Penggunaan perkataan sedemikian, tak ada yang pelik pon. Sebab tu ada orang kata yang orang Penang ni kasar. What The Heckz? Kami orang Penang memang sempoiii! Bukannya kasar, tapi kami cuma mesra je. =,=" Apakah?

Mungkin jugak sebab aku teringat sangat kemarahan cikgu tu, sampai aku termimpikan kemarahan dia. See? Dah kalau dalam mimpi pon kena marah, dalam dunia nyata ni, dah tak terbilang dah berapa kemarahan dia kat aku. Aku rasa, aku ni memang peberet murid kemarahan dia la, acehh! tapi aku suka jugak cikgu tu. walaupon dia suka marah aku. =.="

05/09/2012

Kenapa ... Aku ???

Assalamualaikum...

Tadi kat sekolah ada pembubaran AJK Unit Uniform tahun 2012 dan pelantikan baru AJK untuk tahun 2013. Ok. Lantak arr~ malas aku nak ambik port. Sebab aku memang tak kesah pon. Aku dok usha la sekeliling. Kat dewan terbuka tu, ada unit PBSM ( unit aku la tu!) dan Bomba. Kalau hari yang tak hujan, unit kami ja kat situ, tapi disebabkan hujan, Bomba pon ambik port gak. Hoho~ Menumpang seketika =P .

Lepas tu cikgu announce AJK 2012 dan bubarkan depa. Cuma Pengerusi ja yang tak dak sebab Pengerusi kan form 5, trial SPM gitu~ Tiba-tiba nama aku diseru~~ Cehh! Alya, budak Form 2 tu boleh calonkan aku jadi Pengerusi. Ishh! aku mana layak jadi Pengerusi. Jadi Pengetua ja yang layak pon. Joke! Calon-calon Pengerusi ada 3. Aku, Nina dan Afiqah. buat-buat undian. kena kat aku pulak. ni yang meluat ni.

Aku rasa serba-salah taw dakk! tahun ni dah la aku jadi Pengerusi SPBT, dan aku bukannya buat kerja pon.  nak ambik attendance pon depa dok kutuk suara pon slow. Wei, aku dah panggil nama hampa pon dah besar rahmat dah taw dakk. And lagi satu sebab aku rasa tak best ialah, SEPATUTNYA Nina la yg jadi Pengerusi, bukannya aku yang useless ni!

Tahun 2012, Nina yang jadi Naib Pengerusi, dia ajar kawad, aku cuma kawad ja... Ajar kawad memang sorry la, memang aku tak reti. awkward!~ so, Nina la yang layak pon. bukan aku. Aku ni tak guna. aku dah la tak reti buat kerja! Aku bukannya jenis orang yang suka meng-offer-kan diri untuk menolong cikgu. Melainkan cikgu suruh, baru aku buat. Aku tak reti nak bodek-bodek, melawak-lawak dengan cikgu, Aku bukannya jenis orang macam tu (--") , aku memang bukan jenis yang macam tu. bukan aku sombong, tapi aku tak reti. paham dakk. tu la masalahnya, orang tak paham aku ni macam mana. yang orang taw, dok salah tafsir kat aku~

 Aku bukanlah orang yang kaya dengan senyuman. Tapi kalau hampa tegur aku, aku tegur balik punya~ melainkan aku tak perasan hampa tegur, memang aku tak tegur balik la kan. dah aku tak perasan. bukannya buat-buat tak perasaan. lain kali tegur la kuat-kuat sikit. kenapa tiba-tiba mai bab sombong-sombong pulak ni? (--") 

Ahhhhh!!! Aku still tak puas hati! sepatutnya Nina!!! bukan aku!!!! jahatnya aku ni!!! perampas jawatan orang!!! sedih gilaaaaa.. nak menanggis la niiii!!!!  NiNa! sorry! bukan aku mintak jawatan ni. aku tak mintak pon. depa yang undi. tak guna betul. ahhh.. tensyen ! tahun depan kena ambik attendance pulak.. kena buat latihan suara la aku lepas ni~ >_<!!

P undi S jadi pengerusi : Budak-budak SPM, buat trial elok-elok la nohh.. ><" 

03/09/2012

Konichiwa minna !


Assalamualaikum

Lama gila tak menaip kat belog buruk ni. hoho~! 







ok! chow lu... bubye~! 

P kirim salam rindu dekat S : Duit raya banyak dapat ?