15/09/2012

.

Assalamualaikum~ 

Ada orang nak kawan yang cantik, bergaya, kaya, dan popular.  Haha.. konon boleh tumpang popular sama la. Tapi aku tak mau kawan macam tu. Aku just nak kawan yang macam aku. Yang macam aku tu pon macam mana? Yang statusnya macam aku. Muka ala-ala macam aku. Badan ala-ala macam aku. Kepala hotak pon ala-ala macam aku. Bila aku cerita apa-apa kat dia, dia dengar dengan penuh perasaan dan aku pon dengar cerita dia dengan penuh perasaan! Minat pon sama dengan aku. Minat ni tak kisah, asalkan saling faham-memahami sudah. Aku harap sangat bila aku pindah kat sekolah lain, aku akan dapat kawan yang macam tu. Well, harap sangat kott! Education pon sama arr~ bila aku tak paham apa yang cikgu dok berleter kat depan, dia boleh terang kat aku dan bila dia pulak yang tak paham, aku pulak yang tolong terang kat dia. Lepas tu, kami sama-sama berjuang untuk kurus! haha.. nama pon badan sama-sama se-saiz.  

Haha~ sedih habaq hang. Lani semua kawan-kawan aku kurus-kurus ja, kepala hotak pandai-pandai ja, muka segak-segak ja. Muka ni tak taw la boh apa. Licin tak terkata! satu jerawat kurap pon tak mau dok. Bukan macam muka aku, tediaaa~ muka jalan tar. Dengan hitam, berminyak, jerawat. Gigi pon jonggang. Aku kadang-kadang ada perasaan hasad dengki tak terkata, boleh pi berdoa supaya muka depa, badan depa, kepala hotak depa, gigi depa, se-fesyen dengan aku. Aku rasa macam tersisih kot. Kalau tangkap gambar sama-sama, muka depa segak ja. Macam muka aku pulak dok bagi gambar depa tu jadi buruk. Sebab tu aku benci kalau ambik gambar dengan depa. Tapi aku suka ambik gambar diri aku sorang-sorang. Biar aku sorang ja yang tengok. Buruk pi la macam mana pon. Muka aku. 

Kalau kat dalam kelas, semua orang layan kami sama ja. Ni tak! Aku ni sekarang dalam kelas, macam halimunan. Serius! Kalau pi mana-mana kan, contohnya pi makmal atau pi library ka, depa tak habaq kat aku pon. Sedih kan... Sebab tu aku kena alert . Kalau pi mana-mana kena terus ikut depa, kalau tidak, memang tak taw la sampai ke sudah. Tu kalau kawan sebelah aku tak dak la.. Kalau ada, depa habaq kat dia yang kena pi mana-mana. Dan aku still jadi halimunan. Apa-apa pon, mesti sebut nama kawan sebelah aku. Well, aku kan halimunan. Depa tak nampak. Aku dah cuba dah kawan dengan depa. Tapi masih sama. Aku cuma nak depa taw yang aku cuba nak jadi kawan yang terbaik buat depa. Tu ja. Mungkin depa tak suka kawan dengan orang yang tak segak macam aku kot. 

 Gigi aku kan jonggang, tu la kalau nak senyum, aku malu-malu. Acehh.. macam iklan pelekat gigi palsu dalam tv tu pulak. " Kalau nak makan rendang, saya malu-malu". Rendang ka? Ntah. Pi kat hang la.. Dulu sekolah rendah, depa selalu gila ejek aku jonggang. ahaha.. sampai aku nak tarik gigi aku ni, bila aku tengok gigi aku kat cermin. 


Tu la perasaan aku. tu la yang aku rasa. Mungkin orang akan kata, "Dia ni kuat touching gila. Muka dia biasa ja pon". Hampa mungkin kata macam tu, bila hampa baca apa yang aku tulis atau taip ni. Tapi sebelum hampa baca ni dan hampa terjumpa aku, hampa takkan kata macam tu. 

Haha.. aku mengaku. Aku mengaku, yang aku memang kuat touching. Yes, I am. 


TAPI


Itu dulu. Sekarang ni aku dah matang sikit. Aku bersyukur atas apa yang Allah ciptakan, kurniakan kepada aku. Cuma aku harap, manusia di luar sana pon dah matang, tak kutuk, ejek, hina, orang yang macam kami ni. Sebab kami tak mintak kami dilahirkan sebegini rupa, Allah yang cipta kami macam ni. Jadi, hampa sapa nak kutuk ciptaan Allah ? 


Sekian, terima kasih. 



No comments:

Post a Comment

Marilah kita komen bersama-sama :)