Physics oh Fizik

by - 11:08 am

                                                               Assalamualaikum~



Seperti tahun-tahun terdahulu, bila dah syok cuti raya, kena la ganti sekolah sekolah ganti. And i'm kinda hate it. Ok. STOP! sekolah ganti ke ganti sekolah? Ahhh! Aku pon tak taw. Biar lah~

Nak dijadikan cerita, kelmarin la hari sabtu (8/9/12) bersamaan dengan 21 Syawal 1433 Hirah *tengok kalendar, dan kena sekolah ganti. Aku geram betul la kena sekolah hari sabtu ni. Ia seolah-olah sedang merentap masa rehat, masa cuti dan masa tidur aku! Aku lebih rela cuti raya sikit daripada kena sekolah ganti. *acehh... blah la lu. Dah pakat dengan kengkawan aku, kami pon dengan berat hati tak datang sekolah, dengan senang hati. *terrorkan? . Dah la kena ikut jadual hari Khamis. Walaupon hari khamis, beg aku tak berat sangat sebab semua subject buku sikit-sikit, nipis-nipis je, tambah-tambah fizik, lagi nipis buku teks dia, tapi disebabkan ada fizik jugak la yang membuatkan aku tak mau pi sekolah. Well, I'm kinda hate physics. Tapi kalau ikut jadual hari jumaat, sah aku pi. biasa la hari jumaat tak dak fizik. dah la tak dak subjek alahan tu, balik awal pulak. syok aihh.. bukan selalu dapat balik sekolah pukul 12. Hari jumaat ja.

Menurut kawan kelas sebelah, ramai budak kelas aku yang tak mai sekolah. alahai... Sep sikitt! Yang datang pon pengawas, tu pon sebab diaorang kena tangkap gambar pengawas. Menurut kawan kelas sebelah aku lagi, cikgu fizik tu punya la marah sebab budak-budak pengawas tu tak mau belajar. haha.. macam mana kawan kelas sebelah aku boleh taw yang cikgu tu marah? sebab cikgu tu pi kelas depa and kata "Haram aihh.. aku nak hajaq depa, depa tak mau." haha.. aku dapat bayangkan macam mana cara dia cakap waktu tu. haha.. aiyooo~ lawak! mungkin hampa rasa cikgu aku tu agak kureng sikit sebab guna perkataan haram, tapi bagi kami orang Penang. Penggunaan perkataan sedemikian, tak ada yang pelik pon. Sebab tu ada orang kata yang orang Penang ni kasar. What The Heckz? Kami orang Penang memang sempoiii! Bukannya kasar, tapi kami cuma mesra je. =,=" Apakah?

Mungkin jugak sebab aku teringat sangat kemarahan cikgu tu, sampai aku termimpikan kemarahan dia. See? Dah kalau dalam mimpi pon kena marah, dalam dunia nyata ni, dah tak terbilang dah berapa kemarahan dia kat aku. Aku rasa, aku ni memang peberet murid kemarahan dia la, acehh! tapi aku suka jugak cikgu tu. walaupon dia suka marah aku. =.="

You May Also Like

0 Comment

Marilah kita komen bersama-sama :)