20/11/2012

Kedah Mari.. mar.. haha!


Lagu spangebob versi utara

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia? Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak!

Boikot ~

‎" Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia " kata manusia yang 'bijak' pandai.

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng, satu berger dan satu cawan pepsi.

18/11/2012

New beginner


Assalamualaikum...

Kelmarin aku attend wedding . Pi pukul 9.00 pagi balik pukul 7.00 malam. So fun. Yang paling tak tahan tu bila kupas bawang untuk laksa. Preghhhh~ masa kupas kulit bawang tu, memang mata aku dah  mula nak berair-nanggis dah. Then bila potong... ayaq mata keluaq macam aiyaq paip baq hang! Huhuhu... So pain. Merahhh jaa.. yang abang Nurul dok kata kat aku, " Diana, esok sekolah jumpa la marka tu. Sedih sangat aihh tak leh jumpa marka." . And I was like, " Dafuq?" Marka pon tarak. Tolong la jangan cakap benda-benda cam gitu. Melawak tak melawak, sapa cakap pasai marka-marka , aku pecah... haha! dalam hati jew la..



Ok, bye. 

13/11/2012

Suka Duka Form 4

Haee~ 


Hari ni aku rajin nak update. Yup. Bukan selalu dapat update, sekali update, ambik hang, nalaaa punya banyak. Macam banyak sangat. Well, lebih dari satu tu kira macam arr der~

Tahun ni, tahun AIR MATA aku. Tahun ni banyak air mata aku tumpah mehempas bumi. Air mata mengalir bagai arus sungai Sedim masa musim hujan. Hehehe~ Menanggis sebab sekolah, kawan, family, diri sendiri, cerita Jepun, Anime, cerita Korea, cerita Cina, Hindustan, Tamil, menanggis bila dengar lagu. Semuaaa adaaa waaa cakapp luuu~!

Tahun ni, masuk kelas Sains yang orang kata banyak peluang kerja boleh dapat kalau ambik Sains, dengan rela hati. Namun, langit tak selalu cerah. Markah peperiksaan aku jatuh gedebukkk! Macam nangka busuk. Nama pon busuk, sapa suka?.

Aku tension dengan Fizik. Cikgu tu pernah kata kat aku something yang merobek hati aku dan air mata aku jatuh . Nasib baik kurang dari sepuluh orang ja ada dalam Lab masa tu. Yang lain pi Quiz Asian. Nasib baik juga Lab tu gelap sebab cikgu tu guna PowerPoint. Sebab gelap, depa tak nampak ayaq mata chek yang dok mengaliaq...

Tak kurang jugak dengan AddMath. Ujian Pernilaian 1 , aku dapat 3%. Total mark. Betul 1 soalan ja. Di darab, dapat 3%. Bayangkan . Aifaa, 33% dan dia masih kata, "Diana, kami gagal. Kami gagalllll... "... Aku macam nak hempuk kepala dia dekat dinding. Weyyy.. aku 3% . Hang 33%. Beza markah kita 30%! bukan 3%. Tolong laaa bersyukur. Aku sampai menanggis bila cikgu tengah mengajar kat depan, sebab tak paham sangat-sangat. Dah la duduk depan. Sebab tu jugak aku masuk tusyen . First time masuk tusyen luar. Selamat cikgu tusyen tu aku paham.

Aku suka sanagt bila dapat pi lawatan. Lawatan dengan kawan-kawan. Duduk sebelah Allysa. Ya. Aku suka Allysa. Suka kawan. Aku bukan lesbian ==" . Elly, kawan rapat aku, paham aku, dan aku suka jadi gila dengan dia. Aku memang tak suka snap picture dengan orang. Tapi dengan Elly, aku suka. Ya. Love you friend.



P/s : Dekat "About", aku tulis 17 y/o. Sebab apa? Sebab tak sabar nak ambik SPM. Haha! Tak mungkin.  Sebab aku jarang update, so tulis siap-siap. Tak sampai berapa hari lagi ja nak tahun depan pon. Bye 2012. Hello 2013!


Jungle Trekking di Sedim

Assalamualaikum~

Hari ahad lepas aku pi Sedim. Jungle trekking yo~! . Mula-mula tu cikgu kata 2 jam ke 2 jam setengah macam tu, last-last sampai 3 jam. Ayooo~ tak larat habaq hang! Dah la lintah banyak.

Budak-budak perempuan yang kena lintah, tudiaaaaa, menjerit-jerit macam orang yang tergedik-gedik. Bukan nak kata, tapi memang nampak macam tu pon. Ada yang sampai menanggis-nanggis sampai tidur kat tanah. Aiii chik kak, kata takut, habis tu apasal sampai tertidur-tidur tuhh~.

Tengok macam aku ni, kena lintah, 2 kali pulak tu, dua-dua belah kaki pulak tu.. Tak cuak pon. Cuma ada perasaan ingin membuang haiwan kecil berkenaan daripada kaki aku ja. Ayooo~ first time kena, kaki kanan. Lintah tu gigit, tak mau lepas, aku agak cuak. First time in my life , kena lintah. Ya. Lepas tu ada budak darjah berapa ntah, tolong buang. Aku dah tarik dah, tapi dia tak mau lepas. Aku rasa aku buang lintah tu sampai badan dia macam terbelah dua. Aku tarik ekor dia, tapi badan dia ada lagi, sebab mulut dia tu cengkam kulit aku. Hahahaha! Liat ooo nak buang dia. Budak tu twist-kan lintah tu, lepas tu dia buang. Haha~ Lyn kata, "Owhhh... Dah tau dah cara nak buang. Nanti aku buang kalau naik lagi."


Lepas tu naik pulak kat kaki kiri aku, Ohh Yeahhh~!! Ohsem lorhh.

Ok. Bye!