13/11/2012

Suka Duka Form 4

Haee~ 


Hari ni aku rajin nak update. Yup. Bukan selalu dapat update, sekali update, ambik hang, nalaaa punya banyak. Macam banyak sangat. Well, lebih dari satu tu kira macam arr der~

Tahun ni, tahun AIR MATA aku. Tahun ni banyak air mata aku tumpah mehempas bumi. Air mata mengalir bagai arus sungai Sedim masa musim hujan. Hehehe~ Menanggis sebab sekolah, kawan, family, diri sendiri, cerita Jepun, Anime, cerita Korea, cerita Cina, Hindustan, Tamil, menanggis bila dengar lagu. Semuaaa adaaa waaa cakapp luuu~!

Tahun ni, masuk kelas Sains yang orang kata banyak peluang kerja boleh dapat kalau ambik Sains, dengan rela hati. Namun, langit tak selalu cerah. Markah peperiksaan aku jatuh gedebukkk! Macam nangka busuk. Nama pon busuk, sapa suka?.

Aku tension dengan Fizik. Cikgu tu pernah kata kat aku something yang merobek hati aku dan air mata aku jatuh . Nasib baik kurang dari sepuluh orang ja ada dalam Lab masa tu. Yang lain pi Quiz Asian. Nasib baik juga Lab tu gelap sebab cikgu tu guna PowerPoint. Sebab gelap, depa tak nampak ayaq mata chek yang dok mengaliaq...

Tak kurang jugak dengan AddMath. Ujian Pernilaian 1 , aku dapat 3%. Total mark. Betul 1 soalan ja. Di darab, dapat 3%. Bayangkan . Aifaa, 33% dan dia masih kata, "Diana, kami gagal. Kami gagalllll... "... Aku macam nak hempuk kepala dia dekat dinding. Weyyy.. aku 3% . Hang 33%. Beza markah kita 30%! bukan 3%. Tolong laaa bersyukur. Aku sampai menanggis bila cikgu tengah mengajar kat depan, sebab tak paham sangat-sangat. Dah la duduk depan. Sebab tu jugak aku masuk tusyen . First time masuk tusyen luar. Selamat cikgu tusyen tu aku paham.

Aku suka sanagt bila dapat pi lawatan. Lawatan dengan kawan-kawan. Duduk sebelah Allysa. Ya. Aku suka Allysa. Suka kawan. Aku bukan lesbian ==" . Elly, kawan rapat aku, paham aku, dan aku suka jadi gila dengan dia. Aku memang tak suka snap picture dengan orang. Tapi dengan Elly, aku suka. Ya. Love you friend.



P/s : Dekat "About", aku tulis 17 y/o. Sebab apa? Sebab tak sabar nak ambik SPM. Haha! Tak mungkin.  Sebab aku jarang update, so tulis siap-siap. Tak sampai berapa hari lagi ja nak tahun depan pon. Bye 2012. Hello 2013!


No comments:

Post a Comment

Marilah kita komen bersama-sama :)