21/12/2012

Kenapa laksa, bukan bihun sup ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh 

 Dalam perjalanan pulang dari bank petang tadi, aku terfikir satu perkara. Sebenarnya dah lama perkara ni berlegar-legar dalam benak aku ni. Apa yang bermain di fikiran aku adalah, kenapa kebanyakkan orang jual laksa. Kenapa bukan bihun sup ?

Kalau kita perhatikan betul-betul, gerai-gerai yang berdekatan dengan sekolah kita kan, semua jual laksa. Aku sedikit kecewa di situ sebab bihun sup tak dijual. Laksa juga dijual dengan harga yang sungguh berpatutan. Serendah RM0.50. Kalau yang RM0.50 tu , makcik tu bubuh dalam plastik je, letak dengan straw sekali. Well, to sekolah aku. Tak taw la sekolah hampa jual apa kan.

Aku dah la hantu bihun sup. Aku tak berapa nak suka laksa sebab kalau makan, mulut bau ikan. Lol~ --"  .. kalau makan kat rumah tak pa  :)))) . kalau free lagi besttt ^^_^^

 Padahal kalau masak kuah laksa kan susah dari sup? Laksa kena rebus ikan, buang tulang ikan. dan bla bla. Kalau sup, rebus ayam/ daging je kan . Jadi di sini aku dapat la jugak hadam kenapa laksa menjadi pilihan penjual berbanding bihun sup.

1. Laksa tak ada ayam / daging
= Laksa hanya menggunakan kuah yang berasaskan ikan. Tak perlu lagi isi ayam dan daging. So, bajet dapat dijimatkan.

2. Tak perlu perhiasan yang banyak
= Maksudnya adalah laksa kita hanya hias dia dengan timun, cili dan bawang. Kalau bajet lebih skit boh la daun salad, bunga kantan. Kalau bihun sup, kena bawang goreng, sambal lagi, daun bawang, daun sup . Kalau mak aku lagi la. Tauge, sawi mak aku celur boh skali. Bhahaha~

3. Makanan kegemaran
= Orang suka makan laksa. Kecuali aku. Aku makan cuma tak berapa suka. Free, lain cerita. Lol~ --"

4. Kos yang rendah
= Rujuk nombor 1 dan  2 . Lol~


Okay tu je lahh. Aku malas nak menaip panjang-panjang.


P/S : Macam chef dah aku. 

P/S/S : Nak bukak sekolah dah. Sebulan lebih tak tulis , tangan dah kaku.