24/05/2013

Doa mengatasi sifat Malas dan Mengantuk

Assalamualaikum

Tahun ni aku SPM. Dan aku tak nak gagal. Sapa yang nak gagal kan? Tapi tapi tapi.... Aku tak belajar pon. Why why why? Sebab aku malas. Mak aku dah beli banyak air penawar untuk hilangkan atau mungkin boleh kurangkan sikap malas tu... aku minum :) . sebab aku memang nak berubah. Tapi tapi tapi... aku still tak leh ubah :'((( . Lagi satu masalah aku adalah.... aku SUKA tidur. Balik sekolah pukul 5 lebih macam tu, (sebab ada tuisyen sekolah kan) aku tidur. bukan tidur la. TERtidur. seriously. Sedih taw tak. Lepas tu bangun , pukul 8.00 malam, aku TERtidur lagi. Bangun pukul 12 .00 tengah malam atau lebih atau kurang dari time tu, aku terus bangun tidur dalam bilik. Tadi tidur atas kusyen kat ruang tamu. sooooo????? how????? Last last, solat maghrib ke mana, solat isyak ke mana. 

Aku dah tanya kawan-kawan aku macam mana diorang study. tak rasa mengantuk ke? buat kerja sekolah pukul berapa? bla bla bla... ada yang kata, minum kopi, makan cokelet Hanya Aku Cinta Kau Seorang , makan cokelet Fisherman and Friend. (lol) , berus gigi ... buat kerja sekolah masa balik sekolah (pukul 5 lebih tu) , buat time malam.. masalahnya, aku kan TERtidur. macam mana nak buat?  So, aku google doa-doa untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. 

Doa untuk mengatasi masalah : 

MALAS




TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. 


ASBABUL NUZUL 
(Sebab-sebab penurunan)

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas. 

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siand dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya...
credit:  blog ini :)
Fadhilat Wirid 

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: "Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?"
Jawab Abu Amamah: "Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah."
Maka jawab baginda : "Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?"
Jawabnya: "Ya!"
Lalu baginda bersabda: "Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas)."
    Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud)
credit :  sini :)

Doa untuk mengatasi sifat :
MENGANTUK
(mengantuk tu sifat ka?)



Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.
Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.
Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belaja.
Potongan ayat tersebut berbunyi 

" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membacaAyat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.
credit:  blog ini :)
p/s: Saya copy dan boh credit. harap tak marah la pemilik blog2 sekalian~ 

11/05/2013

Finally, I'm back!

Assalamualaikum

Huh, lama tak bukak blog ni. Dah bersawang, bersarang, bersaranghaeyo dah. Rindu kot dekat blog ni, walaupun blog aku ni tak dak reader, but aku still sayang kau blog. *cough3x . 

*cough *cough *cough *cough *cough *cough *cough *cough *cough *cough 

Lol~ kau dah apasal, Diana. Asyik *cough je dari tadi... Tak dok idea nak tulis kewww~ Muahahhaa*evil laugh... Actually, aku dah berapa hari demam ni haaa... Kemarin kan, aku kan, ada kan, exam kan, paper kan, BI kan, tau takkkk??? Aku tak boleh focus kot during the exam. Why? Sebab asyik ber-AHCHUMMM~!!! jaaa... and and and... hidung aku asyik mengeluarkan flu-nya tanpa mengenal erti penat. 

 You know what, the best part is.... Aku tak bawak any handkerchief or even tissue. AHHHHHH~ stressssss... Ok, that's the best part. The pengotor part is aku dah tak taw nak buat apa. Nak mintak dekat Cik A, memang dia tak bawak tisu pergi sekolah. Lagi pon time tu periksa dah start kott.. nanti tak pasal-pasal aku kena tangkap sebab nak meniru. walaupun sebenarnya keadaan darurat. memaksa. terpaksa. 

Mesti hang pelik kan blog, kenapa aku tak pegi toilet ja untuk keluarkan all the flu.. LOL! Memang aku dah pergi dah. But, bila naik kelas, dia mula balik. Aku dah la stress pasal paper English tu, ni ada satu lagi ke-stress-an aku. Nak sekat pengaliran air kumbahan hidung pulakkk~ 

So, apa aku buat? Cer teka? Muahaahah... 

Aku dah tension gila dah. Then, aku terpandang  handsocks aku, yang aku tengah pakai, aku bukak handsocks tu,  aku jadikan beliau sebagai handkerchief alias tissue at that time. Sound disgusting right? But, what can I do? Essay tak buat lagi. Asyik bersin je. I have to. :'((( 


Lepas tu, exam habis. time rehat. aku terus melangkah mengerakkan kaki aku dengan gear 6, ke tandas.  Aku ada hobi pelik skit. Aku suka simpan plastik beg. Ya. So, dalam purse aku, ada plastik beg. Alaaa.. muat la untuk handsocks tu berehat sebelum aku balik basuh. 


Lepas tu aku, pergi turun koperasi, beli tisu 3 peket. Alaaa... yang dalam peket kecil tu. Yang macam ni: 


Lepas tu, aku naik rehat dengan semangatnya untuk jawab paper 1 pulak BI. Lol, tapi sedih kott.. Pper 2 aku teruk gilaaaa~ :'(((( 

p/s: aku tak taw yang mana paper 1, yang mana paper 2. yang aku taw, essay dan yang bukan essay. hahahah~! teruk!