Teknik curi seluar

by - 3:22 pm

Assalamualaikum



Semenjak dua tiga empat ratus menjak ni, mak aku rajin benor beli seluaq. Aku sebagai anak mithali, haruslah setia menemani beliau. Tak gitu~ Ihiks. Daripada dok rumah dan hanya mengamal Prinsip Makan Tido, baik aku ikut. Boleh jugak polish mata. Badan sihat, hati pon gumbiro... Dan boleh bodek beli tudung baru *flip tudung..  Mihmih~

Alkisahnya bermula bila mak aku nak ke fitting room. Nak try seluaq. Tapi, biasa la Malaysia, bukan setakat jamban Petronas ja kena beratur, fitting room pon sama. Yang mana iman senipis rambut yang dibelah 7, boleh main potong line. Ni kuangjaq nama dia.

Back to the story. Mak aku pon tunggu la turn dengan sabarnya. Lepaih tu makcik yang kerja kat situ pon buka la cerita yang seluaq penah kena curi kat kedai tu.

Makcik kedai : Hari tu saya terkena. Seluar penah kena curi kat kedai ni.

Mak aku         : Hah? Kena curi?!!

Makcik kedai : Ya. Dia try seluar 4 lai. Tapi bila bawak keluar (dari fitting room), 3 lai ja. Saya tanya dia, " tadi bukan kak bagi 4 lai ka?" Dia jawab, "tak aihh, dah letak dah selai. Tu ada customer, kak pi la layan depa dulu "

Mak aku         : Tu ka?

Makcik kedai : Hurm! Kita boleh taw kan orang nak mencuri. Mata dia tu. Orang mai-mai kedai cari saiz la apa. Dia dak. Teruih ambik seluaq pi try.

Mak aku         : Owh... Habeh tu, dia boh dalam beg ka?

Makcik kedai : Tak aihh. Kami kata la kat dia, "Mintak maaf la dik. Kak kena check beg ni". Tapi tak dak apa.

Mak aku         : Owh. Dia tukar seluar baru dengan seluar yang dia pakai tu ka?

Makcik kedai : Tak aihh... Dia pakai double. Seluar baru kat dalam. Kat luaq pakai seluar lama dia.

Mak aku         : Tu ka... Macam-macam la lani .


*Makcik vogue kat dalam fitting room keluaq, sambil berkata.


Makcik vogue : Apa yang macam-macam? *senyum

Makcik kedai  : Zaman lani macam-macam.


*Mak aku dah nak masuk dalam fitting room, makcik kedai pon berkata lagi,


Makcik kedai : Comey budak tu. Putih melepak. (Yang curi seluar tadi tu la)

Mak aku         : Sayang dia buat perangai macam tu. Muka lawa.

Makcik kedai : Tu la pasai.

Mak aku         : Dia mai dengan kawan dia ka apa?

Makcik kedai : Dia mai sorang. Pagi tu dia mai dah. Beli kerongsang seringgit tu 2. Petang tu dia mai pulak.

Mak aku        : 0wh.... *sambil bergerak masuk ke dalam fitting room.



Conversation mereka terhenti begitu sahaja . Sambil aku tersengih menunjukkan barisan gigi yang berterabur aku tu. Motif sengih? Ntah. Dah tak taw nak buat apa. Takkan nak menyampuk orang tua dok cakap kot. Muahaha~


So, di sini aku nak habaq sikit. Tak yah la mencuri. Tak tenang hidup woi.  

Pssttt ~ Dah kenapa tajuk entri ni macam tu kan... hahahhahha~ saja ja. 





You May Also Like

4 Comment

  1. Adohaii.. Boleh pulak dia mencuri gitu ya. Bijak pulak tu teknik dia! Haih, tak baik betul....

    ReplyDelete
  2. Teknik macam tu pun ada kah?
    Ishh2 tak patut ...
    memang tak aman hidup tu,

    ReplyDelete
  3. skrg ni byk benda org buat...semua nak senang je...

    ReplyDelete

Marilah kita komen bersama-sama :)