17/03/2014

Apa khabar agaknya dia?

Assalamualaikum


Ya. Sudah lama aku tak menulis di sini. Mungkin sebab writing is not my passion. 

Atau sebab sikap malas yang meluap-luap di celah-celah kepekokan, hiruk-pikuk kota sang arjuna jiwa. 

Atau mungkin juga sebab sekarang ni aku asyik tengok Running Man dan mula meminati Kang Gary? Hingga sanggup menukar profile picture facebook kepada gambarnya. Huwahuwahuwa~ 

Owh ya! Aku baru habis tengok Running Man episode 132 dan mula jatuh cinta kepada Gwang Soo. Gwangggg gwanggg gwanggg.. Lol~ 

Itu tak penting bagiku. Dan mungkin juga bagimu. Tapi kebarangkalian bagimu tu lagi banyak kot. 

Ayat sangat putar belit alam. Mohon anda yang tidak paham, jangan buat-buat paham. Nanti salah paham. Paham? 

So, apa khabar anda di sana? 

Ya... hang la. 

Aishh~ 

Aku disini dok rindu pada result SPM ku yang satu. Tapi tak mengapa. 

Kenapa?

Sebab pada 20 haribulan 3, bersamaan lagi 3 hari, kami akan disatukan di dalam dewan sekolah yang tersergam indah.

 Masalahnya, indahkah? 

Hahahaha~ Kuangjaq la. Kutuk sekolah sendiri. Owh. Maafkan saya, sekolah! *Sila nyanyi secara berjemaah... Akuuuu maafkan kamuuuu... tak perlu kita bertemu, cukup kau tahuuuuuu... dan akuuuuu... maafkan kamuuuu... ok stop. bila dah nyanyi. takleh berhenti la pulakkkk...

Apa khabar agaknya engkau result. Mesti nervous nak jumpa aku kan? Hahahaha~ Aku tahu aku tahu. Mesti la nervous. Nak jumpa si pemillik dakwat pen yang telah berperang dalam periksa SPM tahun lepaihhh.. Demi melahirkan result SPM berminda kelas pertama! 

Masalahnya, kelas pertamakah?

Hahahhaaha~ Pertanyaan itu hanya boleh di cover dengan gelak besar. 

Ya. Aku sangat takut. Takut dengan realiti. Realiti yang pasti. Dan pastinya result aku tak segempak result orang lain. 

Mulut ibuku asyik menzahirkan perkataan yang sama. 

" Tu la. Dulu tak mau buat leklok. Besaq dengan tidoq ja. Ada ka orang dok takut SPM, dia rilekk ja tidoq. Lanie, nak dapat berapa pon redha ja la. "

Namun kadang-kadang, ayat macam ni pulak keluaq dari mulut mak ku sayang. 

"Dah berusaha dah kan. Nak dapat apa, terima ja"

Orang utaqa paham la apa mak aku cakap. Yang orang negeri lain. Sila ke google translate yang berdekatan. Aku jamin keluaq bahasa yang lagi hampa tak paham. Hahahaha~!! 


Ya. Aku akui. Memang aku silap. Aku buat halai-balai a.k.a melepaskan batok di tangga ja dalam SPM. Sekarang aku menyesal. 

Menyesal dulu pendapatan, menyesal sekarang tiada gunanya. 

Ntah betoi, entah tidak peribahasa aku tu. Al maklum la. Aku dah lama pencen sekolah. Tapi duit pencen tak dapat pon. Ada sapa-sapa nak sponsor? Keke~

Hampa rasa aku nak nyanyi lagu apa masa aku dapat result SPM aku?

Adakah lagu Patah Seribu dendangan naib juara OIAM, Si Shila Amzah ? 

Patah seribuuuu... hatikuuuu... bila mengenangkan... result SPM ku yang tak lakuuuu... Tak boleh la nak masuk U.... 

Adakah lagu Love You Like A Love Song by Salina Gobis. Ex Si Justina Biebir ?

AAAA.. I love you like a love song Ji Hyo baby. I love uuuuuuuuu like a love songgggggg Ji Hyo ;P

Adakah lagu Set Fire to The Rain dibawakan khas oleh Adelelelelele ?

I set fireeeee... to the rainnnn... watched it pour as i touched ur face.. well, it burned while i cried, cause i heard it screaming out ur nameeee, you SPM... 

Ahhhhhh~!!! Lagu mana tak penting. Yang penting aku harap result aku , Shine Bright like a Diamond ~!!!

Harap hampa doakan aku dapat straight A....... walaupon ianya agak mustahil!

Ahhh~!!

~ Stresss ~



BYE!