27/04/2014

Bilamana aku kerja

Assalamualaikum

Dah lama woi aku tak hupdate hupdate. Sebulan lebih gak arr. Acah-acah Fatin Liyana pulak tak update berbulan-bulan ni. Mihmihmih. 

Sekarang ni aku dah kerja taw. But, it's not like my first job. \Acah-acah English pecah. Ada aku kesah?/ Mihmihmih. Masuk ni dah 5 kali pon aku kerja. Kerja pertama aku la. Masa aku Form 2 kot. Ka Form 1 macam tu. Kerja bulan posa weiii.. Jangan main-main. Sekali first job sungguh menguji ketahanan jiwa macam masuk Universiti Pertahanan Malaysia. Muahahahahahaha. Dah kenapa kan~ 

Aku keja buat kuih raya la wei... Sekali buat almond london,besar Kota London woi. Tak muat paper cup hitam tu. Hahaha~ Macam tu baru puaih makan. Ye dokkkkk?

Kerja kedua aku pulak ialahhhhhh.... Catering! Huk aloh~! Budak sekolah kerja catering memang jadi trend aku rasa. Setiap kenduri yang aku pi, muka sama ja aku tengok kat sekolah. Semua stail angkut geng pakat kerja sesama. Mihmihmih. Tapi aku lain. Aku pi catering pon sebab mak aku pi sama. Geng anak beranak. Muahaha... 

Kerja ketiga aku pulak, buat karipap frozen, let it gooo... let it gooo... let it goooo... Muahahahaha~ Ni kerja masa tunggu SPM la ni. Jiwa kena kental woi buat kerja ni. Hang berdiri la dari pukui 9 pagi sampai 6 petang. Siap ada target target lagi kena buat karipap berapa bijik. Dah macam kerja kilang pulak. Muahaha. Jiwa aku memang ketal woi. Sebab tu aku keja sehari setengah ja. Yang setengah tu first day. Dia suruh masuk tengah hari. Keesokannya mai pukui 9 la. Tapi rehat takdak langsung. Nak makan pon seksa. Seksa macam mana? Seksa dia sampai aku tak makan. Hang sila bayangkan. 

Kerja keempat aku, keja kedai dobi. Kerja aku tak lain tak bukan. Lipat baju.... Mihmih. sangat tak mencabar. Bagi hampa. Tapi tak bagi aku. Yang mana memang aku bangkang agenda-agenda lipat melipat ni. Benda tu nak pakai jugak. Dah kenapa susah susah nak lipat kannn? Aku keja tak lama. 2 hari ja. Bukan sebab aku berenti. Tapi mesin basuh rosak. Sampai seminggu tak repair repair lagi. Kita nak guna duit kan. Buat modal sambung blajaq. Kena la aku cari keja lain. 

Kerja aku yang kelima. Yang sekarang ni la. Kerja kedai fotostat. Yeah. I'm truly hate my job so much. 


Why? 




Nanti arr aku sambung. aku nak tidoq dulu. esok aku kena bangun awai . kerja kedai fotostat ni start pukui 7 pagi. Tak ka awai gila banggang?!! Aku pi sekolah pon 7.20 pagi. Aish~!


P/s: Aku dapat Matrikulasi wey. Tap jaohhhh.. Perlis. 
P/s: Spm aku camna? Hampeh wey hampeh. 
P's: 5A2B3C. C tu apa? Apa lagi kalau bukan sains tiga serangkai tu... Muahahaha. Gred sebenar yang (+,-) tu takyah la habaq. malaih nak taip.