The Cik Owner

Assalamualaikum


***** Nota kaki: Ni bio lama aku yang aku tulis tahun 2017. Aku malas nak edit. Nanti2 lah aku edit. 


Ahhh~ awai-awai entry dah lekat gambar muka sebijik sebesar alam. Tapi tak pa. Aku tak boh gam lagi. Boleh cabut balik. Hikhik ~ X'D

Kepada sapa-sapa yang nak termuntah hijau tu, sila tahan sampai muntah pelangi.

Dah kenapa aku ni kan? sob sob~

So, marilah kita start berinterview. Uhuks~ 


Nama aku Nor Diana bt Akmarul Nizam. Tapi sebenarnya mak aku nak bagi nama Nurul Izzati. Tapi abah aku dah bagi Nor Diana. Kita terima je lah kan~ Ihiks~ I love my name . gitewww~

Nama short form aku Diana. Tapi kenkawan aku ada yang panggil Denoi.

Kenapa Denoi? 

Mana la aku nak taw. Hang pi tanya depa. 

Aku dilahirkan pada hari selasa bersamaan 23 Julai 1996. Pada bulan julai tahun 2014 ni , genaplah aku 18 tahun. Sweet 18 gitewww~ *updated : aku dah 21. Omagadddd ! Tua. 

Hobi aku berenang. Woooo~ berenang atau nama sainstifiknya tidooooo. Aku juga sangat suka makan. Sangat. Buktinya, tengok badan aku laaaa~ Aduii.. last timbang 75KG! Nak arwah aku time timbang tu woii... Sekarang ni pulak zaman pengangguran aku. Dok rumah ja. Memang lagi naik la kan! *updated : last timbang 72. lel. tapi rasa dah naik balik. Bhahaha.

Sebab tu jugak la. Azam aku tiap-tiap tahun sama ja. Iaitu KURUS! Tapi malang tak berbau kan~ dah 5 tahun azam yang sama ja. Mission tak penah nak accomplish! Sakit pulak hati ni~ 

Yes. Tu hobi aku. Tido dan Makan. Makan dan Tido. Tapi masalahnya, bila isi borang. Tetiba pulak tanya hobi. Dah kenapa kan? Takkan aku nak tulis tidor atau makan kot. So, aku tulis la "MEMBACA BUKU". Dengan huruf besar ye~ Isi borang kan kena huruf besar semua. Bhahaha~ 


Pasal belog aku pulak :)


Nama belog aku ni Denaa Kiddo. 

Kenapa Denna Kiddo?

Ok. Denaa tu sebutan versi laju kepada Diana. Hihi ~X'D . 
Cer try sebut tengok . Jadi ke tidok~ 
Tak jadi???? Lidah pendek ke? Hihi~ *Touching maching tidak dibenarkan disini ok.

Kiddo tu pulak sebutan dalam bahasa Jepun kepada My Only Loveeee~ Kaitou KID~ 
Magic Kaito ler~ Yang kat TV3 pukul 9.30 pagi tahun lepaih tu. Alaaa~ tak tengok ler tu. Takpa takpa. Tengok online. Nah link >>  http://www.nwanime.com/1916/magic-kaito/ <<
Sebenarnya Magic Kaito ni special edition a.k.a. Summer Special kepada Detective Conan. Sapa tengok DC, mesti dia taw.


Aku pon tengok online jew. Sebab aku tak suka bila TV3 tukar jadi Malay Dub. Dah kenapa kan? Takut bebudak tak paham? Aku rasa kot. Tapi boleh ja NTV7 tak tukar suara jadi melayu cita Fairy Tail. Dalam bahasa Jepun, lagi feel. giteww~

Mostly updated : Aku dah tak tengok wei Kaito Kid. sebab aku busy. Ya biasalah buk, sudah tua gue ini.
   
      
   
     
       bye!

Share
Tweet
Pin
Share