• Home
  • About
  • Stuff
    • Stuff
facebook twitter instagram pinterest dashboard Email

Denaa Kiddo

Assalamualaikum.... Yo! Wassup?

ok now, let's begin the class! bring in on, bebeh! haha!

Ni ada sedikit pelajaran untuk beginner.. Selamat belajar.. (^_^)

Tajuk: AISATSU

Aisatsu adalah kata-kata sapaan atau ucap selamat. Antara contoh-contoh aisatsu adalah:

おはようございます– Ohayou gozaimasu – Selamat pagi
Selalunya diucapkan ketika pertama kali bertemu seseorang pada waktu pagi. Diucapkan seawal pagi sehingga pukul 11 pagi. Untuk teman akrab atau orang yang kedudukannya di bawah kita, kita boleh mengucapkan おはよう(Ohayou).

こんにちは– Konnichiwa – Selamat tengahari
Konnichiwa diucapkan bermula waktu tengah hari, sampai matahari tenggelam.

こんばんは– Konbanwa – Selamat malam
Ucapan selamat yang diucapkan pada waktu malam hari.

おやすみなさい – Oyasuminasai – Selamat tidur
Diucapkan ketika kita berpisah dengan seseorang untuk tidur, atau berpisah ketika sudah larut malam.

はじめまして – Hajimemashite – Salam perkenalan
Diucapkan ketika memperkenalkan diri kita ketika bertemu pertama kali dengan seseorang.

どうぞよろしくお願いします –
Douzo yoroshiku onegai shimasu – Terimalah perkenalan dari saya
Ucapan ini dipakai ketika kita mengakhiri ayat dalam salam perkenalan. Boleh disingkatkan menjadi どうぞよろしく saja. Jawapan untuk ucapan ini adalahこちらこそ よろしくおねがいします yang bermaksud“Senang juga berkenalan dengan anda, mulai sekarang, saya juga akan memerlukan bantuan dari anda”.

さようなら – Sayounara – Selamat Tinggal
Merupakan ucapan ketika akan berpisah untuk suatu jangka waktu yang lama, ataupun mungkin tidak akan bertemu lagi.

すみません – Sumimasen – Maaf
Digunakan untuk meminta maaf atas kesalahan kita, atau berterima kasih ketika orang lain melakuka hal yang seharusnya tidak perlu dia lakukan untuk kita. Secara tidak formal ungkapan ごめんなさい Gomennasai, atau ごめん Gomen boleh digunakan.

ありがとうございます– Arigatou Gozaimasu – Terima kasih
Di ucapkan ketika orang lain telah membantu / memberikan sesuatu kepada kita. Boleh dibalas dengan ucapan どういたしまして (Douitashimashite) yang bermaksud sama-sama.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum...
Ohohoii~ Apa khabar you all ?

Haha! sebenarnya hari ni aku dah bertekad, berazam, bersemangat nak buat homework. walaweii ! tiba-tiba pulak line awesome! aku pon tak jadi arr nak buat homework. nampak tak permainan dia?




Tapi aku nak buat kerja sekolah wey! lagi berapa hari ja lagi nak bukak sekolah. dah la fizik tu 50 soalan. addmath lagi. macam mana? sob sob ...



KU TAK BERHARAP KAU CINTAIKU,
KU TAK BERHARAP KAU BALAS CINTAKU,
YANG KU HARAP....

KAU IZINKAN AKU MENCINTAIMU . 

#tiba-tiba 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum


Rupa blog ku bertukar lagi. so what? haha! haaa.. tengok tajuk : >>> School Rumble . Apa kena mengena? sebenarnya takdakk kena mengena. aku suka anime tu, sebab tu promote sikit. aku memang ada bakat jadi promoter. aku taw itu.

by the road way, cuti masih berbaki. di ulangi. berbaki. bukan berdaki. masih berbaki 5 hari. kalau tak silap aku la. haha! jap aku kira.

hari ni hari selasa. ada 3 Janji. minat cerita tu? aku , mesti la tak. Mak aku yang minat. minat ka? tak kott. mak aku nak tengok ending ja. ahh! dok mengarut kat 3 Janji pulak dah. ok. berbalik pada cerita tadi. kira kira. hari ni selasa bersamaan 5/6/2012. masuk sekolah selepas cuti 2 minggu pada hari isnin bersamaan 11/6/2012. ada lagi 5 hari. haaaa. betoi la !

aku dengan kasut sekolah baru basuh kemarin. tu pon pukul 4 ke 4.30 petang . hari ni pulak hujan dari pagi sampai sekarang ( 5.41 PM). mungkin hujan ini berlanjutan sampai malam.. haha! best la tidur. ye dokk? fizik tak siap gi woiii. addmath pon. fizik tu pon sebenarnya aku tak taw kena buat apa. depa kata buat pembetulan mid year. ada depa tu kata pulak buat peka. yang mana betoi? hangit la aku. #hangit takpa asalkan masak. haha! -..-"

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me

Diana Nizam.

24 and trying to survive engineering school.

Personal blog.

Contact Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  August 2022 (1)
  • ►  2020 (2)
    • ►  December 2020 (1)
    • ►  November 2020 (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  February 2017 (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  April 2016 (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  June 2015 (1)
  • ►  2014 (51)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
    • ►  February 2014 (13)
    • ►  January 2014 (32)
  • ►  2013 (46)
    • ►  December 2013 (40)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  May 2013 (2)
  • ▼  2012 (42)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  September 2012 (6)
    • ►  July 2012 (3)
    • ▼  June 2012 (3)
      • Let's Learn Japanese !
      • rajin pulak aku update. haha!
      • School Rumble
    • ►  May 2012 (3)
    • ►  April 2012 (4)
    • ►  March 2012 (10)
    • ►  February 2012 (3)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (64)
    • ►  December 2011 (9)
    • ►  November 2011 (12)
    • ►  October 2011 (10)
    • ►  September 2011 (10)
    • ►  August 2011 (3)
    • ►  July 2011 (6)
    • ►  June 2011 (14)

Created with by ThemeXpose