25/12/2011

School ???


Assalamualaikum

Sekolah. Nak bukak dah. Aku masih tak taw la.. Aku blur + blank. Banyak orang tanya aku. "Nak pindah sekolah ka?" . Aku tak taw nak jawab apa. Aku memang tak mau pindah. Tapi...... Mak aku macam nak aku pindah. Macam mana ? 

comel !

23/12/2011

Alhamdulillah ...

Assalamualaikum

Tadi aku usha mengusha la blog orang. Eh, silap. Orangs, baru betul. Kena ada "S" sebab aku melawat lebih dari satu blog. Cehh. cikgu mana la yang ngajo kau cam gitu tu. Ok, tak ado cikgu pon yang ajo cam gitu kat aku, aku sesajo jo.  hahax ! Kebanyakannya buat entry pasal PMR punya result, walaupun bukan mereka yang ambik exam PMR. Apa yang aku merepek ni?.. Ok. Maksudnya, senior la or adik or abang or kakak candidate tu. Ada jugak candidate itu sendiri yang buat. So, aku pon mengerakan la hati sanubari aku untuk buat entry pasal result aku...

Ok. Aku pon tak caya la dengan keputusan aku tu. Wey, gila kodd... Aku tak penah bayang pon aku nak dapat 8A. Ceh, aku tipu. Memang la aku penah bayang, tapi aku tak sangka bayangan aku tu jadi realiti. Pffft.. Gila arr.. Dah la pi ambik result pon lambat. Haha. Aku kena la tengok Detective Conan dulu, walaupun Kaito aku takdakk,, but still aku kena tengok. 

Ok. Bila nak ambik tu, cikgu kata " Diana, kenapa lambat? Duduk duduk".. Aku pon duduk la kat kerusi yang disediakan dengan perasaan bercampur-baur gitu. Cikgu tanya lagi, "Kenapa lambat? " Aku pon kata la, " Hehe. Tengok tv".. Lepas tu cikgu kata, "Owh. Ingatkan tolong mak basuh baju ka. haha ". Aku pon gelak la sekali. hahax ! Lepas tu cikgu tanya aku, "Agak-agak kamu dapat berapa?". Perghhh.. Aku pelik, awat pulak cikgu tanya cam tu. Result aku hampeh kaaaa.. Lepas tu aku jawab, " Tak taw la ". Cikgu kata, " Tak taw?.. Ala.. Kamu rasa kamu dapat berapa. Lepas lepas jawab periksa tu, kamu agak kamu dapat berapa..". Huwaaa.. aku tak suka ayat tu. Aku pon jawab, " Tak taw la cikgu, Cikgu jangan la, nak nanggis dah ni.".  Lepas tu cikgu kata, " Laa.. Kamu dapat elok la, sebab tu cikgu tanya". Cikgu pon bagi result aku sambil berkata, "Tahniah ! Straight A's... Haha.. Takmau peluk cikgu ka? ".. Hahax ! Aku blur + blank. Biaq betoi.. 

Lepas tu, aku pi kat mak aku, bagi result and then cikgu kata, "Jangan balik lagi, nak tangkap gambar ". Perghh.. lagi satu benda yang aku tak suka. Cikgu kata nak letak kat library sekolah.. Cikgu !! Jangan la.. Malu la saya.. 

Ok. Itulah sahaja ceritanya. Ok la. Annoying kan.. But, tu la senario yang berlaku kemarin. Aku pon nak ucapkan terima kasih pada semua orang yang doakan kejayaan aku. TERIMA KASIH ! .. kepada kawan-kawan aku, tahniah jugak! Ok. Aku dah ponat menaip. bubai~ Assalamualaikum..

22/12/2011

macam-macam

Assalamualaikum..

First . Aku nak cakap taip pasal fesbuk timeline. Kata 22/12/2011 semua kena tuka jadi timeline, tadi aku tengok tak pon. Ok. Bukan aku nak timeline tu (sebab aku dah buat dah pon). Aku dah tak nak dah timeline tu. Menyosal la buat timeline tu. Messy and untidy ja aku tengok... Macam mana nak change it back to normal? Well. Dah tak boleh kodd.. Habis la aku. Ingat kan semua jadi timeline aku pon tuka la dulu. Sekarang ni aku ja yang nampak weird. Tak la weird sangat but aku rasa weird. Hahax !

Second . Pasal result aku. Aku rasa kan.. aku kan.. rasa kan.. takut la pulak. Mak aku kata, "Kalau dah buat elok-elok, tak la rasa takut. Tu la dok main benda tu ja, baca buku tak mau. Lani, padan dengan muka hang".. Mak aku.. ayat memang power. hahax. Aku takut la aku buat mak aku sodeh. Well. Dah lepas pon. Jangan nak menyosal la Diana oii.. Ok. I'm SAD now.

Third . Aku tak iron seterika (betul ka eja cam ni.. Nak eja pon dah tak reti dah. Biasa la cuti lama..) lagi baju sekolah aku yang akan aku pakai kurang lagi beberapa jam lagi. Well. Aku pi lambat sikit.. haha.. tengok Detective Conan dulu. Jap. Kenapa aku suka dok taip well sekarang ni. Well, u know me. Ok. Stop.

Last but not least, Doakan kejayaan aku. Assalamualaikum... Fi Amanillah ...

p/s: Cuti dah habis bro~

20/12/2011

22/12/2011

22/12/2011



Ada apa dengan tarikh itu? Owh.. tarikh tu fesbuk semua kena guna timeline. Tarikh tu cerita Detective Conan tayang kat tv3.. pukul 9 pagi. Wey.. tarikh aku ambik result PMR kodd.. Aku takut. Ok la. dulu tak takut pon. Tapi sekarang ni takut la pulak.. pffft.. apa la.. Aku ingat nak pi sekolah lambat sikit ler. Tengok conan dulu.. ish depa pon satu, hari tu jugak nak tayang cerita feberet aku. Selama sebulan aku dok kat umah takmo pulak nak tayang.. ish2.. sodeh betul~

Tapi kan.. Kaito ada tak dalam movie conan tu.. mintak-mintak la ada.. tapi aku rasa macam takdak ja.. pffft..

Semoga tahun ni, banyak la orang dapat straight A (termasuk diri ini...). Amin~

06/12/2011

aku rindu pada mu...


Assalamualaikum

Cehh, cer tengok title entry ni.. macam apa lagi.. muahaha.. aku bukan rindu kat orang, hatta kepada beruang sekali pun.. tapi aku rindu pada 
|
|
|
|
|
|

Buku penyisatan Siri Salma

Buku ni, memang memang memang memang memang bestttt.. bak kata aku, thorbaekkk wok
Mungkin orang lain suka buku Enid Blyton , Siri Hadi dan sebagainya, tapi aku tak boleh ... Aku dah cuba dah baca buku Enid Blyton dengan Siri Hadi, tapi hati aku meronta-ronta, seraya berkata, "Siri Salma is the best!"  Tapi sekarang ni, since sekolah menengah, aku dah kureng membaca *hehehe dan buku Siri Salma bukan ada pun kat library sekolah aku, huh!  Tapi aku tak frust sangat sebab aku boleh dikatakan dah baca semuanya.. Muahahaha.. tapi kalau tanya balik, jalan cerita setiap buku tu, aku mesti tak boleh cakap, hehehe...

Aku ingat lagi dulu, aku baca buku ni, tak ingat dunia... Mak aku panggil aku pon, aku tak sodar diri.. sampai la abah aku tepuk belakang aku dengan sokkabo..  

And now, cuti sekolah panjang, rindu la pulak kat buku, tambah-tambah lagi sebab internet aku lembab sebab dah sampai limit.. hahax.. k arr.. penat dah taip, lagi pun adik aku dok usha tanda protes ni, cehh.. dia nak online lerr tu.. bubai.. Wasalam..



Kawan

Assalamualaikum


Kalau satu hari kau menangis , bagitahu aku 
, aku takjanji nak buat kau tersenyum ,
tapi aku boleh menangis bersama kau 

- Kalau satu hari kau ada masalah , kau bgtahu aku 
... , aku takjanji nak bagi penyelesaian ,
tapi kau boleh kongsi dengan aku

:') Kalau satu hari kau nak pergi berjalan , bagitahu aku
, aku takjanji nak halang kau
tapi aku boleh teman kau

:') Kalau satu hari kau perlukan seseorang
untuk mendengar cerita kau ,
aku janji aku akan ada untuk kau

:') Tapi kalau satu hari kau perlukan aku
, dan aku tiada , mungkin kerana Allah lebih memerlukan aku 

:') Salam sahabat

From : Facebook

Friendship is a form of interpersonal relationship generally considered to be closer than association, although there is a range of degrees of intimacy in both friendships and associations. Friendship and association are often thought of as spanning across the same continuum. The study of friendship is included in the fields of sociologysocial psychologyanthropologyphilosophy, andzoology. Various academic theories of friendship have been proposed, among which are social exchange theoryequity theory, relational dialectics, and attachment styles.
Value that is found in friendships is often the result of a friend demonstrating the following on a consistent basis:
  • The tendency to desire what is best for the other
  • Sympathy and empathy
  • Honesty, perhaps in situations where it may be difficult for others to speak the truth, especially in terms of pointing out the perceived faults of one's counterpart
  • Mutual understanding and compassion; ability to go to each other for emotional support
  • Enjoyment of each other's company
  • Trust in one another
  • Positive reciprocity — a relationship is based on equal give-and-take between the two parties.
  • The ability to be oneself, express one's feelings and make mistakes without fear of judgement.
 
From: Wikipedia, the free encyclopedia

04/12/2011

Kena tindih or ...

Assalamualaikum

Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu... aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku sedar... boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak..... pastu 5 minit baru leh gerak.... aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila tim e2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.... otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate...

So, bila kita bangun, RAS switched on balik...... kita sedar fully awake state.... tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar....

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.... heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

P/S : Jangan lupa membaca doa bila mahu tidur...

CREDIT TO : FACEBOOK 

03/12/2011

7 makanan yang membakar lemak

7 makanan yang membakar lemak

1. Bawang putih/merah :
Berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.

2. Tomato :
mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak.

3. Putih telur :
Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak.

4. Lada :
Kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

5. Anggur :
Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.

6. Lobak merah :
Mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.

7. Timun :
Khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

02/12/2011

Bahasa

Bahasa

Mari kita berbahasa sebaiknya
bahasa adalah pengatur
pucuk fikiran yang berterabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur.
Dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah,
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah.
Dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
terlihat cinta biru
Mari kita berbahasa
sebaiknya.
Dengan bahasa
budi dipertinggi
mesra diperlebar
dengan bahasa
kita menjadi kita
bersama.
Jika tanpa bahasa
bagaimana akan kita setujui
perjanjian ini?
Mari kita berbahasa
sebaiknya.

Rahman Shaari

Aku suka sajak ni.. huihui