Review - Movie : Secretly Greatly (2013)

by - 9:43 am

Assalamualaikum


Sinopsis :

Sekumpulan penyiasat yang dipanggil 5446 Corps telah dilatih oleh pasukan elit khas Korea Utara sejak kecik lagi dan telah diberitahu bahawa tugas mereka tu macam mulia la. Konon-konon matlamat depa untuk menyatukan Korea iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Kenapa konon-konon? Haaa~ kena tengok la cita ni.

Depa pon dihantar la ke Korea Selatan dan memainkan penyamaran masing-masing. Won Ryu Hwan  (Kim Soo Hyun) telah menyamar jadi orang bodoh dengan nama Dong Gu dan tinggal dengan seorang tua dan anaknya yang bercita-cita nak jadi polis. Depa ni ada kedai runcit. So, Dong Gu ni la kena jaga kedai tu. 


Satu hari, Dong Gu jumpa dengan Lee Hae Rang ( Park Ki Woong), yang jugak telah ditugaskan ke Korea Selatan dan menyamar sebagai penyanyi yang pi ujibakat tapi tak lulus. Dikejutkan lagi bila Dong Gu jumpa pulak dengan Ri Hae Jin ( Lee Hyun Woo) penyiasat termuda bak hang yang ada sejarah dengan Dong Gu sebagai budak sekolah biasa yang bendul sikit. Macam Dong Gu jugak. Depa pon teruskan hidup depa kat Korea Selatan dengan bahagianya~ 

Namun segalanya berubah bila depa dapat "Secretly Greatly " mission yang depa takleh nak tolak. 


Genre : ActionComedyDrama 

Karakter kesukaan : Alaaa~ Semua mesti suka Dong Gu kan.. Aku pon mesti la tak suka dia. Haha. Bukan. Aku suka dia tapi dia tak macho ladalam cita nie. So, aku prefer Lee Hae Rang, the blonde hair. Lol~ Hensemmmnyaaa. Aku suka karakter dia yang gila-gila sikit, cool-cool sikit. Gitewww~

Rate : 4 daripada 5 bintang 

Aku bagi 4 bintang sebab aku tak paham sangat masa mula-mula cerita ni. Acehh~ Nampak tak permainan dia. Aku yang slow, cita ni yang dipersalahkan. Uhuks~ 


P/s: Kalau hampa tengok dekat GoodDrama. Hampa tengok dekat Playlist 2 atau 3 kerana playlist yang lain tak full citanya. Okey bebeyh~! 

You May Also Like

0 Comment

Marilah kita komen bersama-sama :)