First contest by coolpixxxx
Assalamualaikum
Nak join? Klik banner atas ni .
What people need in life ?
1. Redha Ilahi. Sebab redha Allah ni memang penting gila arr. Kalau ada duit belambak pon ann, kalau Allah tak redha, hidup tak tenang jugak. Hang boleh hidup aman ka kalau hidup hang tak tenang? Huru hara ?
2. Redha manusia. Kita perlu jugak redha orang ni. Contohnya redha mak bapak. Kalau mak bapak tak rela, Allah pon tak rela.
2. Redha manusia. Kita perlu jugak redha orang ni. Contohnya redha mak bapak. Kalau mak bapak tak rela, Allah pon tak rela.
3. Duit. Duit ni memang perlu jugak. Dengan duit kita boleh beli makanan, minuman, rumah dan benda-benda lain yang penting macam baju ka henset ka.
5. Kebahagiaan. Kehidupan yang bahagia semua impikannya. Betoi dak? Sebab tu la setiap cerita. Tak kira la cerita kartun ka drama korea ka anime sekalipun, mesti episod last, ada happy ending. Ada jugak cerita yang tak ada happy ending. Tapi mesti orang yang tengok cerita tu bengang. Dok kata "apa la cerita ni. tak best langsung! Happy ending takdak." Haha. Sebab pa? Sebab manusia sukakan ke-happy-an.
4. Ilmu. Kalau takdak ilmu, senang kena tipu. Sedangkan orang yang pandai pon pernah kena tipu, kan~ Bukan sebab nak elakkan kena tipu ja, ilmu ni banyak faedahnya. Takyah kot nak taip, sebab semua taw kan (sebenarnya aku malaih! Haha). Dengan ilmu, pendidikan, taraf hidup kita boleh berubah.Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat.
5. Kasih sayang. Kasih sayang Allah. Kasih sayang manusia. Adakah kasih sayang tu cinta? Serius aku tak taw. Kalau kasih sayang tu cinta, kita ni cintakan ibu bapa kita la kan. Cintakan Allah. Cintakan Allah dah selalu dengar. Tapi kalau " Saya cintakan mak ayah saya." . Macam pelik. sikit. Muahaha~ Aku tanya kat adik aku, dia yang kata kasih sayang ni =P
6. Hampa sedar tak yang no 5 tu ada dua kali ?
8. Mesti hampa tengok balik kan? Kekeke~
7. Mungkin ada jugak yang kata, " Aku sedar la. Aku taw mesti hang nak tanya orang sedar tak no 5 tu ada dua kali. Wei, aku dah banyak kali baca benda-benda macam ni kat Facebook." Haha
9. Atau aku ja yang akan cakap macam no 7 tu? Haha. Sebenarnya aku yang dah muak baca status yang macam tu kat facebook. Copy paste letewwww kannn~
10. Ohhh yaa.. No 8 dan no 7 jugak tertukaq. Tertukar. Nanti ada yang tak paham pulak kalau aku taip tertukaq. Hehe~ Ok. sebenarnya aku dah tepu nak pikiaq. Buktinya ada pada no 5 (yang kedua). Aku sampai tanya adik aku, benda yang manusia perlu dalam hidup. Huhu~
Bye. Assalamualaikum~
P/S: Entri ni mungkin banyak typo sebab aku tak check. Aku memang malaih check. Dan sekarang aku menyesal sebab aku tak check karangan aku masa SPM. Bukan tak mau check. Tapi tak dan!!! Tak sempat. So, pihak berkenaan, tolong la bagi masa untuk adik-adik I tahun depan masa untuk check. 5 minit pon takpe . Nampak tak yang aku caring ? Hahahaha~
2 Comment
Singgahhhhhhhhhhhhh ;)
ReplyDeleteterima kasih *sila baca dengan mendayu-dayu
DeleteMarilah kita komen bersama-sama :)