Kolej Matrikulasi Perlis : MPPB

by - 7:02 pm

Assalamualaikum

Aku tak mintak pon Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dalam senarai 3 pilihan kolej masa isi online dulu. Sebab tu masa dapat Perlis. I was like " De heckkk?!!! " . Haaaa~ macam tu la. Tapi aku bersyukur jugak dapat matrik. Sebab banyak jugak kengkawan aku yang tak dapat matrik. Depa dapat Form 6. Dan aku pulak, memang dari dulu dok aim masuk Form 6 ja. Tapi masa dapat result, otak aku telah di-brain-wash-kan oleh cecikgu.

Katanya

" Kalau kata susah, kat mana-mana pon susah. Pi mana-mana pon kalau tak berusaha, tak berjaya jugak. "

" Sijil Matrik tak laku? Buat la betul-betul, dapat pointer yang elok. Baru laku. Kalau pi Form 6, dapat pointer rendah. Tak laku jugak kan? "

So, aku balik rumah. Aku pikiaq. Betoi jugak apa cikgu aku kata tuh. So, aku decide, aku nak masuk matrik. Kalau dapat la. Dan Alhamdulillah, aku dapat.


Kalau dulu, surat tawaran matrik dan borang lelain tu, semua di pos, di hantar, di suap secara terusss ke pintu rumahhh anda. Tapi sekarang. Jangan harap! Semua online. Dunia globalisasi ini semuanya internet jaa.. Kalau orang tu jenis blurr tak reti benda-benda cenggini, camna?.. Jawabnya, nganga ja la..

Tapi semua perkara ada pro dan kontranya. Kalau online, hang boleh print bebanyak borang-borang tu.. Buat backup. Kehkeh... Macam aku.

Ni baru sikit aku tunjuk. Rumah aku penoh dengan beborang ni ja.. Kena sahkan this, cop that. Ahhh~ seteresss.. Lepas tu silap isi.. Sebab tu kita perlukannn...

Backup! Keke~

Muka cam pa gi. =,= .. Muka form 3. 


Ok. Terhenti di situ. Meh aku nak kongsi pengalaman masa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) atau kata mudahnya, orientasi laaaa~

Pada 19 Mei, aku pon berangkatlah ke Perlis dengan hati yang hiba (acehh)... Aku dapat blok C1. Yang dulunya budak laki yang duduk. Serius. Paham-paham la sendirik kalau laki yang duduk kan... Macam mana jadinya tandas. Banjir. Boleh berenang kau... Kelas tak? Rasa nak canang satu kolej yang blok aku ada swimming pool~

Roommates? Ok la. Budak Pahang, Kelantan, Baling, Terengganu, Johorrr pon ada wey.

Cuma, kami tak sama course. Dalam 6 orang sebilik. Aku sorang ja Sains. Macam mangkukkk gilaaaa! Patut la orang kata kalau ambek Sains kat Matrik Perlis, hang akan rasa macam di anak tirikan~! Yala.. dalam 2000 orang, 200 ja Sains. Sila bayangkan.


Masa dalam keta. Otw. Kuikui~ banyaknya hutan kat Perlis ni. Aku suka.. Owh ya. Aku ada double  triple chin. Harap jangan usha lelama :')



Muka masa baru balek dari padang. Sila bayangkan pukul 3 sampai pukul 6 (kot) dok kat padang. Muka aku yang sedia hitam, bertambah tonnya... Oh ya. Mulut tu tanda protes. Aku lonelyyy.. Nak balik. Sapa nak sangkut baju guna hanger. Boleh la guna mulut aku. Kahkah.



Rerama di tangga. Besaqqq gila ! 


Muka happierrr balek rumah... 


Aku rasa macam tutttt jugak la sebab kena daftar awal. Paling awai dari kekolej lelain. Sebab ada Sukma kan.. Tapi aku rasa bertuah jugak la . Sebab Sukma ada, aku kena daftar awai. Sebab Sukma ada, aku boleh balek cuti semingguuu~! Yeppeee~




Bye!

You May Also Like

1 Comment

  1. Kak tumpang tanya, aliran sains dekat kmp ramai dak budak yang score pointer? Then cikgu aliran sains baik baik dak. Faham dak depa ajaq

    ReplyDelete

Marilah kita komen bersama-sama :)