• Home
  • About
  • Stuff
    • Stuff
facebook twitter instagram pinterest dashboard Email

Denaa Kiddo

Braces Kerajaan

Dok belek-belek gambar-gambar lama aku dulu. Aku sedar aku dah banyak berubah. Yang paling obvious adalah gigi aku. Aku jongang weyh dulu. Open bite kot in English. Masalah gigi ni ada macam-macam jenis dik. Open bite, deep bite apa benda lagi la aku bukan dentist so aku tak taw sangat. Yang aku taw. Aku jongang. Dulu.

Aku nak cerita sikit la pasai gigi aku dan pengalaman aku pakai braces kerajaan.

 

*WARNING: THIS POST GONNA BE SUPER LONG.

*THIS POST IS PURELY MY EXPERIENCE.

 

Gigi aku jenis besar taw. Size sebijik dia tu besaq. Orang panggil gigi kapak arh senang cerita. Aku ingat lagi. Aku low confident gila sebelum pakai braces. Aku stress weyh. Kat sekolah aku kena ejek.

Aku ingat lagi dalam kelas, aku buat oral Bahasa Melayu masa form 3. Kena present kat depan kelas. Budak laki yang duduk depan sekali cakap “Eh eh eh silau la silau la gigi hang.” Time aku turun tangga, budak perempuan kelas lain nyanyi lagu Halimah gigi jongang kat aku. Kelas lain weyh. Aku cakap pon tak pernah dengan dia. Terasa weyh.

Masa sekolah rendah pon banyak kali aku kena ejek. Aku pernah kena dengan cikgu tusyen kawan aku. Dia tanya aku “Gigi hang tu dah kenapa”. Aku baru darjah 3. Aku nak reply apa? “Ntah la”. Ntah la adalah jawapan aku. Aku tak mintak gigi camni. Belum lagi budak-budak sekolah agama panggil aku gigi biawak. Mende siak. Anjir betul la bila ingat balik. Ahahahahhhha.

Sebab aku jongang la aku jadi rendah diri amat sangat. Time sekolah aku pakai tudung depan gila. Sebab aku malu. Kalau ada sesi photography, aku sorok muka aku. Masa aku kena baca poems kat depan kelas, aku lari weyh. Ahaahhahahahhaha. Bongok.

 

Tengok. Aku ja sengetkan muka. Orang lain tak.

Tudung aku kedepan sebab nak tutup muka.

 

Aku dah takmau hidup macam ni. Aku nak pakai braces! Tapi family aku golongan B40. Nak makan pon berjimat, inikan pulak nak bagi aku pakai braces. Nan hado sis.

So aku google. Time tu sekolah kan ada bantuan laptop ennn. Haaaa aku dapat. Ahahahahhha. So bila dah ada internet, semua benda dihujung jari sisthorrr. Hang type je la kat google. InsyaAllah ada semua benda. Cuma kalau hang jawapan assignment hang, kena pi Chegg.com. Kena bayor sis wkwkkwwk.

So aku google pasai braces. Rupanya wujud braces kerajaan. Aku ingat untuk yang makbapak kerja kerajaan ja. Tidak sis! Kerajaan tidak sekejam itu. Kalau makbapak hang kerja swasta. Hang kena la bayaq sikit. RM700 total. Tapi bukan bayar sekaligus. Dalam tempoh hang pakai braces tu la.

So sekarang ni aku nak share macam mana aku sebelum pakai, tengah pakai sampai la dah bukak braces kerajaan. Lama betul sampai dah bukak baru nak cerita. Lantak aku la. Ni personal blog aku kot. Ahahahaahha.

 

    Aku daftar braces kerajaan masa cuti sekolah bulan 12 tu. Time aku Tingkatan 4. Kira lagi beberapa hari nak masuk tingkatan 5 arh. Tahun 2012.

Syarat braces kerajaan adalah, semasa hang daftar tu, hang mestilah bawah 17 tahun ataupon senang cerita hang budak sekolah. Aku rasa umur 18 pon dah tak boleh. So kaalu hang nak pakai braces dan hang umur 17 tahun. Haaa pergi daftar esok ye.

 

Apa step-step dia untuk dapat pakai braces kerajaan?

1.       1. CHECK KONDISI GIGI

 

    Macam aku en. Haritu aku teman mak aku pi ambik ubat darah tinggi beliau kat Klinik Kesihatan Sungai Dua. Aku dari awal pagi dah rasa cam ayamberak kapur sebab takut nak bagitawu mak aku pasai braces kerajaan ni. Sampai la kami nak balik dah. Aku cakap kat mak aku. “Mak, jom pi tanya braces kerajaan kat klinik gigi atas.” Untuk sapa yang taktawu, setiap klinik kerajan memang tingkat atas adalah klinik gigi. Bahagian bawah adalah klinik kesihatan yang hang pi sebab sakit demam batuk semua tu.

 

    Astu mak aku cakap “owh ada erk. Jom arh”. Terus aku takut siakkkkk. Aku terus cakap ”Ermm takpalah jom balik ja la”. Mak aku dah meluat dengan aku, beliau kata “Jom arh dah sampai dah.” Kami pon naik la tingkat atas dengan aku yang takut ni.

 

    Sampai ja kat kaunter. Aku cakap “Ada ka braces kerajaan kat sini?”. Nurse kaunter cakap “Takdak dik. Yang ada kat Klinik Pergigian Mak Mandin”.  Aku dah mcam down arh enn. Elok nak balik, nurse tu cakap nak pakai braces kerajaan ka? Mai check gigi sini dulu. Pastu kang doctor bagi surat refer klinik sana.

 

    So aku pon check arh situ. Ingatkan check ja. Rupnya kena tanya banyak weyh. Kenapa nak pakai braces kerajaan? Mak suruh ka? Aku pon takut arh. Aku cakap la kena ejek. So settle situ.

 

    Dapat surat refer tu kami pi Klinik Mak Mandin lak. Situ pon kena tanya siot kenapa nak pakai. Alasan aku sama ja la. Kena ejek. Doctor tu hensem siotttt! Aku rasa tu doctor praktikal arh sebab dia pas check gigi aku, akan refer doctor perempuan sebelah.

 

    Pastu settle check gigi. Tunggu jap kat kerusi menunggu tu, nama aku kena panggil. Dapat card pink. Orang kat kaunter cakap nama aku depa letak dalam waiting list 3-4 tahun. ASTU HANG TUNGGU JE LAH DENGAN PENUH KESABARAN!

 

             
                  No waiting list aku 165/12. Aku assume aku orang ke-165 pada tahun 2012.

 

2.       2. Habis waiting List

 

    Tahun 2016. Aku dapat call dari Klinik Pergigian Kepala Batas. Masa aku dah sampai! Aku kena pi check gigi balik. Doktor akan cuci gigi hang. Check balik kondisi gigi hang dan hang kena pi x-ray gigi. Sebab kat situ takdak lagi x-ray, aku kena pi Hospital Seberang Jaya. Tapi aku rasa sekarang dah ada x-ray kat klinik pala bataih tu.  

 

3.       3. Sebelum Pakai Braces

 

    Pas dentist check gigi hang, gigi berlapis ke apa kat x-tray tu. Nak tengok ada tak gigi yang baru nak tumbuh ke apa. 1st doctor akan buat mould gigi hang. Pastu, cabut gigi if needed. Macam aku kena cabut 2 batang gigi. Bahagian atas ja. Bawah tak kena. Aku tak pernah sakit gigi weyh. Bayangkan orang yang tak pernah rasa macam mana sakitnya sakit gigi tu kena cabut gigi yang sihat.

 

    Masa cucuk ubat bius tu aku nangis weyh. Mula-mula sebab sakit kena cucuk ubat bius, air mata aku terkeluar sendiri. Tu masa sebelah kanan. Masa cucuk sebelah kiri, aku menangis betul-betul siak. Doctor tu ingat aku period sebab emosi aku tak stabil. Padahal aku sakit kena cucuk. Sapa yang cakap kena cucuk ubat bius kat gusi tu macam kena gigit semut, memang hebat arh. Tinggi noh toleransi kesakitan hampa.

 

Aku ingat lagi aku cabut gigi 2 hari sebelum raya. Masa raya tu la mak aku pertama kalinya masak rendang ayam kampong. Ko bayangkan. Gusi aku berdarah kembali.

 

4.       4. Pakai braces! Yeayyy!

 

    So pas gusi hang yang cabut gigi tu dah tak berdarah. Doktor akan pasang besi braces tu. Apa benda ntah nama dia aku lupa dah. Senang cerita besi la. Cuma aku sedih. Time aku kat pakai braces. Aku takleh pilih warna getah aku. Semua dapat colour random. Padahal aku dah berangan-angan nak pakai warna macam-macam. End-up sampai bukak takleh pilih warna getah. Dah la selalu warna purple je. Mungkin sebab klinik gigi pala bataih tu macam cawangan kecik la kot. Ataupon aku je yang takleh pilih sebab macam batch pertama braces situ. Sebelum ni klinik palabataih takdak perkidmatan orthodontic.

 

    Pastu hang akan dapat la tarikh check-up hang bila. Dia akan tulis kat kad pink tu. Macam aku time tu kat diploma Tapah. So aku balik weyh checkup huhhuhu. Check-up dia selalunya 3 bulan sekali. Pernah sekali tu aku terpaksa ponteng lab. Astu apa lagi kena marah la dengan lecturer kelas lain tu sebab nak tumpeng lab kelas beliau. “Sebab appointment braces je kamu balik Penang” katanya.

 

            

 

                                       

Boleh Nampak lopong gigi tu ahahhahha tapi aku happy!!!!

 


Beberapa bulan pakai braces. 






Selepas setahun berbraces!

 

5.      5.  Bukak braces!

 

    Aku pakai braces tak lama. Dua tahun ja. Sedih jugak la. Rasa tak puas sangat. Kawan aku 5 tahun pakai tak bukak-bukak lagi.

 

    2018, pas bukak braces, kena pakai retainer. Kalau tak gigi hang akan lari dan hang akan jongang balik. Aku nak retainer besi tapi doctor kata takdak dah. Tu style lama. Yang baru semua plastic. Lagi sekali sedih. Bila pakai retiner automatic jadi pelat hahahahahha.

 

    Pakai retainer pon kena gi checkup yer. Selama setahun. So total aku adalah 3 tahun la kena pergi klinik gigi tu. Cuma aku malas pakai retainer. So gigi aku gerak. Bila gerak, hang kena buat retainer baru. Satu retainer RM100. Kalau atas bawah lari, RM200. Aku kena buat retainer baru gais. Dua kali lak tu. So adik-adik, jangan malas pakai retainer ye.

 


                                                        Nampak tak clear retainer aku. Hihihihi

 

Yuppp itu sahaja pengalaman aku pakai braces kerajaan.

Happy? Mesti. 

Built up my confident level? Absolutely.

 

Setelah 2 tahun tak pakai retainer sebab malas. 

 

    Aku ingat masa aku kerja nanti aku nak pakai balik braces sebab rasa cam gigi aku dah lari dah ni. Tu la sapa suruh malas pakai retainer. Cuma tak jongang teruk sangat macam dulu. Pastu aku nak pastikan aku boleh pilih colour getah sesuka hati aku dan retainer besi!

 

 

Kbye!

 

 











Share
Tweet
Pin
Share
2 Comment

Assalamualaikum gaiss

 

Ahahahahahahahhahah sumpah weyh. aku last update bila weyh? Jap aku check balik. Ok dah check; 5/2/2017 weyh. Time aku kat Tapah. Buat diploma.

Ya. Hidup aku ni macam taik weyh. Siyes. Kalau semua tak taw. Aku ni dulu time sekolah, orang kenal sebagai budak pandai arh. Ye la. Kalau exam, aku antara yang dapat No 1. Bukan No 1 dari belakang yer. Ni legit punya No 1. So aku ingat "Wahhh aku memang dilahirkan pandai ke ni?"

Nan hado sis. Masa aku sekolah rendah kat Kulim. SKSK. Sekolah Kebangsaan Sri Kulim. Aku paling tercorot. Tapi bila aku pindah rumah Tok aku kat Penang, aku masuk sekolah kampung. Aku pindah Pokok Sena gais. Haaaa jangan pelik lak. Pokok Sena ada 2 sis. Kat Penang dengan Kedah. Aku Pokok Sena, Penang sis.

Paham-paham je la bila sekolah kampung. Aku pon tak paham kenapa aku boleh jadi macam bijak padahal aku jarang study. But I still study la, sikit je la tapi. Tapi aku cam jadi budak pandai. NO! Im not saying sekolah kampung budak-budak dia tak pandai ke apa. Banyak sekolah kluster kot sini. Ko pahal nyah~

Kemuncak orang ingat aku pandai adalah time aku ja dapat 8A PMR. Preghhh. Satu-satunya student yang dapat 8A PMR kat sekolah tu. Kena tangkap gambo and gambo aku cikgu lekat kat sebelah KOOP. Time tingkatan 4 awal bukak sekolah tu, time perhimpunan, aku kena berdiri sebab cikgu umumkan aku ja 8A. Malu siot. Ok aku tipu. Aku dah lupa feel dia tu macam mana sebenarnya. Ke aku suka sebenarnya? Ataupon combination suka dengan malu bersatui menjadik sulu? Peristiwa tu pon aku dah lupa actually. Kawan aku yang cakap balik pasal hal tu and aku pon recall la balik. Baru ingat la. ahahaajjajaaj.

So, aku ambik science stream masa form 4 and 5. Sebab? Takdak sebab. Saja. Aku ingat nak jadik doctor la geng. Typical cita-cita geng. Aku memang typical punya orang.

SPM aku teruk. Well orang akan cakap la aku ni PMR 8A. SPM? Menyedihkan. Aahahahahhahha. Siyes aku cakap. SPM aku agak stress sebab aku pikir aku kena dapat straight A. Kalau tak aku akan kena hentaman orang awam la kat sekolah tu.

 

Ntah la. Aku dapat 5A, 2B, 3C ja. Excuse the plus minus one sebab ku ingat aku nak hafal ka result SPM aku yang sekangkang kera tu nyah??!! Yang aku ingat mathematics je aku A+. Terkejut gak arh I never expect that. Ingatkan A+ BM.

 

So, aku dapat Matrik. Aku masuk Kolej Matrikulasi Perlis. Program 1 tahun aliran Science. KMP tu main dia sebenarnya akaun. So kalau hang tanya budak yang hang terjumpak dalam kampus tu, mostly depa akaun.

 

Time matrik, result aku teruk sangat. CGPA aku 2.07 kot. Tak ingat dah aku, but around that la. I didnt get any degree offer. Sedih? Yuppp! Sedih arh. Semua kawan-kawan hang degree. Certificate matrik mana laku nyah.

 

So aku kerja. Aku kerja taska. Gaji kecik, dalam RM700 sebulan. Aduh. Sedih lak mengenangkan hidup aku ni. Playlist yang tengah play sekarang lak lagu sedih. Dasar youtube. Owh ya. Time ni aku pakai braces. Murah la braces kerajaan RM700 ja. Aku mana reti jaga budak weyh. Aku ingat nak berhenti kerja la ennn. Tapi mak aku marah aku. Dah banyak kali aku berhenti kerja. Aku kerja kilang sehari ja. Ehh tu bukan sebab aku tak tahan. Tapi sebab takdak transport nak gi kerja. Aku kena tinggal dengan makcik kawan aku. Astu aku kerja 7E, sehari gak ahahahahahh. Astu aku kerja kedai baju time puasa. Aku ingat lagi time puasa. Sebab apa aku berhenti? Sebab aku takot. Ahjaajajajjaja. Sebab ada makcik tu datang kedai, dia kata dia nak bawak budak-budak anak yatim datang beli baju situ. Aku takot weyh. Aku tak reti nak tengok size weyh. Aku takot so aku berhenti. Lepas tu baru aku kerja taska.

 

Best kerja taska walaupopn penat ya amat sangat. Aku masuk kerja pukul 6.50 pagi sampai 7 malam camtu. Aku ja balik lambat sebab kadang tunggu sorang dua mak bapak yang balik kerja lambat. Tapi aku ok ja. Kau bayangkan dari aku geli nak basuh berak budak, tak reti bancuh susu. Aku boleh dah semua tu. Bukan pekerja lama taska tu yang ajarkan. Tapi aku belajar sendiri. Aku observed diorang. Huhuhuhu. Im proud of myself siakkkk.

 

Keluar ja dari klinik, terus selfie. hihihihi hari 1st pakai braces.

Time kerja taska. YE MUKA AKU TAK READY. 

 

Satu hari tu aku gaduh dengan mak aku. Ya. Aku memang anak taguna sebab asyik gaduh dengan mak aku. Ya. Aku anak derhaka. Ermmm. Aku dah lupa sebab apa aku gaduh time tu. Tapi yang aku tawu. Mak aku cakap kat aku apa ntah yang membuatkan aku buat research pasal diploma.

 

Aku ada lesen motor. Tapi penakut. Tapi aku cakap kat mak aku. Lepas beberapa hari gaduh tu enn. Haaa. Tolong hantarkan aku kat BSN. Ada benda nak buat. Aku tak bagitawu yang aku nak beli no pin UiTM.

 

Pas aku beli kat mesin ATM no pin UiTM sesi 2. Aku taktawu lak ada sesi-sesi bagai ni dulu. So yaaa aku mohon. Time tu aku memang target satu kos ja, which is Diploma Sains. Aku memang target aku nak jadi doktor weyh. Aku kata kat diri aku. Kalau dapat kos lain. Aku taknak.

 

So aku dapat kos tu. Diploma Sains, UiTM Tapah. Pulak. Aku dah target UiTM Perlis. Sebab aku dah pernah dok sana time matrik. Aku aim nak gi daftar sendiri je la ann. Sekali Tapah. Mak aku la kena hantar. Aku masuk diploma umur 20. Aku dah agak aku akan jadi paling tua lam kelas. Rupanya tak. Banyak ja orang yang berumur masuk diploma balik weyh. Kawan aku kelas lain.

 

Aku bersyukur masuk diploma. My best and happiest moment in my life adalah time diploma. Aku ada kawan ramai. Aku happy. Sem 1 aku dekan and merasa la pergi dinner dekan tu. Tapi sem 1 je la nyah. Berat badan aku pon makin menjadi gak arh diploma ni. Time diploma gak la aku baru tawu aku ni ada gak orang suka. Yep. Aku ada boyfriend sis. Couple time sem 4 wkwkwkwkwkkwkw eii ok.

*gambar dinner dekan

Ok. Hajat aku nak jadi doktor tak jadik gais. Result cam taik ahahhahaha. Aku grad CGPA 3.02 ja. ajajajajjaajajjja. Convo? Sebab covid-19 bodoe ni la aku tak convo2 lagik. Dari convo kat Seri Iskandar jadi convo green screen. Convo green screen pon tangguh2 banyak kali. Aku dah macam malas asyik kena isi google form baru ja ni.

 

Apa? Kenapa convo kat Sri Iskandar bukan kat Tapah? Tapah takdak dewan siot ahahahahhahahahhah. So semua aktiviti buat kat mana? Kat Plaza Pentadbiran sis. Open sis. Ahahahahhaahahha. Kalau hujan, tempias sis. TAPI BEST SIOT. Aku rasa best sebab aku happy. Ada kawan, classmates, roommate yang best.


This is Plaza Pentadbiran. YE AKU YANG TENGAH WAT GAYA TUNJUK WORD Plaza TU.

Lawa ennn Tapah. *Chef kiss

Haaa ye aku gemuk tapi aku nak tunjuk awan Tapah. Sumpah lawa weyh. 






Sekarang aku degree kat Shah Alam. Kos Kejuruteraan Mekanikal. Ya betul. Lari teruk dari diploma fakulti sains gunaan kepada fakulti kejuruteraan mekanikal. So, lagi lambat la aku habis. Aku masuk degree umur 23 tahun.

 

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Aku snap depan Kolej Melati hihi. Seb baik kolej depan Fac. Takyah naik bas. 

Hidup aku sangat tak happy. Aku takdak kawan. Aku lonely gila. Classmate aku semua dakdak baru habis matrik. So aku rasa depa takot kot dengan aku sebab aku 23. Dorang 20 ke 21 ntah. Aku hari-hari doa kat ALLAH; bagi la aku sorang ja kawan. Aku tak mintak banyak weyh. Sorang kawan yang aku boleh tanya bila aku tak paham, someone yang aku boleh tanya esok kelas cancel ke tak. Sedih weyh. Aku ada kawan dari diploma yang masuk Shah Alam gak, tapi dorang lain fakulti.

Result sem 1 aku alhamdulillah atas 3.0 tapi sem 2 semua kelas online, result aku jatuh teruk. No. Im not blaming ODL class sebab aku failed 2 papers. Ni semua salah aku sendiri. Sekarang aku sem 3. Yep. Ada lagi 5 sem aku perlu hadap. Ive been thinking about quiting this engineering school. Aku ingat nak ambik degree kos lain. But i dont know mennn. Im too old. Im 24. MUET aku pon dah expired January 2020. Kalau aku quit, aku kena ambik MUET lain. So end of 2021 baru boleh apply degree lain. Aku dah 25 nak masuk 26 la kalau ambik degree lain. Eiii nyeri lak bila pikir balik. Aku pening siak.

 

Aku tak tawu aku sebenarnya boleh buat ke tak engineering ni. Aku tak happy. Aku rasa ni sebab perasaan yakin diri. Self-esteem. Aku masa diploma sangat yakin. Err tak. Let me correct that. Aku yakin. Waalaupon aku bodoe2 ja time diploma but still aku yakin I can do this shit. Diploma is easy. But degree? Takleh weyh.

Hidup aku kat degree ni sama macam hidup kat matrik. Sama-sama rasa down dan rendah diri sebab ingat kau yang paling bodoh. Aku baru sedar yang diri aku ni cepat down. Aku sejenis overthinking punya orang. Teruk weyh. Sebab tu aku takleh go dengan matrik. Aku tawu hidup ni bukan nak happy ja sepanjang masa tapi ni teruk dah ni. Kang aku ada masalah mental lak kang. 

Aku baru je berkobar-kobar nak quit semalam. Aku siap email HEP mintak boring quit study. Tapi aku pikir. Betul ka apa yang aku buat ni? Hidup aku ni memang penuh dengan kegagalan ja ka? Bila aku nak Berjaya? Nanti aku grad engineering ni aku dapat kerja ke sebab aku perempuan dan pointer aku teruk. Aku boleh selamatkan pointer aku lagi ke?

Macam-macam aku pikir weyh. Aku 24. Takdak kerja. Study ke laut. Takleh bagi makbapak duit, aku yang habiskan duit. Aku stress weyh. Kawan-kawan aku yang sama umur semua berjaya. Sekali aku macam hauk ja. Sebab tu aku selalu avoid cikgu-cikgu aku, aku malu weyh. 

Deheck. Aku baru sedar this post is hella thicccc. Wkkwkwkw bapak panjang aku tulis. Tapi ni memang aku punya luahan perasaan weyh. Aku taktawu nak luah kat sapa. Aku tulis ni pon bukan ada orang baca tapi aku lega.

 

K arh bye.

 


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Newer Posts
Older Posts

About me

Diana Nizam.

24 and trying to survive engineering school.

Personal blog.

Contact Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  August 2022 (1)
  • ▼  2020 (2)
    • ▼  December 2020 (1)
      • Braces Kerajaan
    • ►  November 2020 (1)
      • Hidup Penuh Pancaroba
  • ►  2017 (1)
    • ►  February 2017 (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  April 2016 (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  June 2015 (1)
  • ►  2014 (51)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
    • ►  February 2014 (13)
    • ►  January 2014 (32)
  • ►  2013 (46)
    • ►  December 2013 (40)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  May 2013 (2)
  • ►  2012 (42)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  September 2012 (6)
    • ►  July 2012 (3)
    • ►  June 2012 (3)
    • ►  May 2012 (3)
    • ►  April 2012 (4)
    • ►  March 2012 (10)
    • ►  February 2012 (3)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (64)
    • ►  December 2011 (9)
    • ►  November 2011 (12)
    • ►  October 2011 (10)
    • ►  September 2011 (10)
    • ►  August 2011 (3)
    • ►  July 2011 (6)
    • ►  June 2011 (14)

Created with by ThemeXpose