Assalamualaikum gaiss
Ahahahahahahahhahah sumpah weyh. aku last update bila weyh?
Jap aku check balik. Ok dah check; 5/2/2017 weyh. Time aku kat Tapah. Buat
diploma.
Ya. Hidup aku ni macam taik weyh. Siyes. Kalau semua tak
taw. Aku ni dulu time sekolah, orang kenal sebagai budak pandai arh. Ye la.
Kalau exam, aku antara yang dapat No 1. Bukan No 1 dari belakang yer. Ni legit
punya No 1. So aku ingat "Wahhh aku memang dilahirkan pandai ke ni?"
Nan hado sis. Masa aku sekolah rendah kat Kulim. SKSK. Sekolah
Kebangsaan Sri Kulim. Aku paling tercorot. Tapi bila aku pindah rumah Tok aku
kat Penang, aku masuk sekolah kampung. Aku pindah Pokok Sena gais. Haaaa jangan
pelik lak. Pokok Sena ada 2 sis. Kat Penang dengan Kedah. Aku Pokok Sena, Penang
sis.
Paham-paham je la bila sekolah kampung. Aku pon tak paham
kenapa aku boleh jadi macam bijak padahal aku jarang study. But I still study
la, sikit je la tapi. Tapi aku cam jadi budak pandai. NO! Im not saying sekolah
kampung budak-budak dia tak pandai ke apa. Banyak sekolah kluster kot sini. Ko
pahal nyah~
Kemuncak orang ingat aku pandai adalah time aku ja dapat 8A
PMR. Preghhh. Satu-satunya student yang dapat 8A PMR kat sekolah tu. Kena
tangkap gambo and gambo aku cikgu lekat kat sebelah KOOP. Time tingkatan 4 awal
bukak sekolah tu, time perhimpunan, aku kena berdiri sebab cikgu umumkan aku ja
8A. Malu siot. Ok aku tipu. Aku dah lupa feel dia tu macam mana sebenarnya. Ke
aku suka sebenarnya? Ataupon combination suka dengan malu bersatui menjadik
sulu? Peristiwa tu pon aku dah lupa actually. Kawan aku yang cakap balik pasal
hal tu and aku pon recall la balik. Baru ingat la. ahahaajjajaaj.
So, aku ambik science stream masa form 4 and 5. Sebab?
Takdak sebab. Saja. Aku ingat nak jadik doctor la geng. Typical cita-cita geng.
Aku memang typical punya orang.
SPM aku teruk. Well orang akan cakap la aku ni PMR 8A. SPM?
Menyedihkan. Aahahahahhahha. Siyes aku cakap. SPM aku agak stress sebab aku
pikir aku kena dapat straight A. Kalau tak aku akan kena hentaman orang awam la
kat sekolah tu.
Ntah la. Aku dapat 5A, 2B, 3C ja. Excuse the plus minus one
sebab ku ingat aku nak hafal ka result SPM aku yang sekangkang kera tu nyah??!!
Yang aku ingat mathematics je aku A+. Terkejut gak arh I never expect that. Ingatkan
A+ BM.
So, aku dapat Matrik. Aku masuk Kolej Matrikulasi Perlis.
Program 1 tahun aliran Science. KMP tu main dia sebenarnya akaun. So kalau hang
tanya budak yang hang terjumpak dalam kampus tu, mostly depa akaun.
Time matrik, result aku teruk sangat. CGPA aku 2.07 kot. Tak
ingat dah aku, but around that la. I didnt get any degree offer. Sedih? Yuppp!
Sedih arh. Semua kawan-kawan hang degree. Certificate matrik mana laku nyah.
So aku kerja. Aku kerja taska. Gaji kecik, dalam RM700
sebulan. Aduh. Sedih lak mengenangkan hidup aku ni. Playlist yang tengah play
sekarang lak lagu sedih. Dasar youtube. Owh ya. Time ni aku pakai braces. Murah
la braces kerajaan RM700 ja. Aku mana reti jaga budak weyh. Aku ingat nak
berhenti kerja la ennn. Tapi mak aku marah aku. Dah banyak kali aku berhenti
kerja. Aku kerja kilang sehari ja. Ehh tu bukan sebab aku tak tahan. Tapi sebab
takdak transport nak gi kerja. Aku kena tinggal dengan makcik kawan aku. Astu aku
kerja 7E, sehari gak ahahahahahh. Astu aku kerja kedai baju time puasa. Aku ingat
lagi time puasa. Sebab apa aku berhenti? Sebab aku takot. Ahjaajajajjaja. Sebab
ada makcik tu datang kedai, dia kata dia nak bawak budak-budak anak yatim
datang beli baju situ. Aku takot weyh. Aku tak reti nak tengok size weyh. Aku takot
so aku berhenti. Lepas tu baru aku kerja taska.
Best kerja taska walaupopn penat ya amat sangat. Aku masuk
kerja pukul 6.50 pagi sampai 7 malam camtu. Aku ja balik lambat sebab kadang
tunggu sorang dua mak bapak yang balik kerja lambat. Tapi aku ok ja. Kau
bayangkan dari aku geli nak basuh berak budak, tak reti bancuh susu. Aku boleh
dah semua tu. Bukan pekerja lama taska tu yang ajarkan. Tapi aku belajar
sendiri. Aku observed diorang. Huhuhuhu. Im proud of myself siakkkk.
Satu hari tu aku gaduh dengan mak aku. Ya. Aku memang anak
taguna sebab asyik gaduh dengan mak aku. Ya. Aku anak derhaka. Ermmm. Aku dah
lupa sebab apa aku gaduh time tu. Tapi yang aku tawu. Mak aku cakap kat aku apa
ntah yang membuatkan aku buat research pasal diploma.
Aku ada lesen motor. Tapi penakut. Tapi aku cakap kat mak
aku. Lepas beberapa hari gaduh tu enn. Haaa. Tolong hantarkan aku kat BSN. Ada
benda nak buat. Aku tak bagitawu yang aku nak beli no pin UiTM.
Pas aku beli kat mesin ATM no pin UiTM sesi 2. Aku taktawu
lak ada sesi-sesi bagai ni dulu. So yaaa aku mohon. Time tu aku memang target
satu kos ja, which is Diploma Sains. Aku memang target aku nak jadi doktor
weyh. Aku kata kat diri aku. Kalau dapat kos lain. Aku taknak.
So aku dapat kos tu. Diploma Sains, UiTM Tapah. Pulak. Aku
dah target UiTM Perlis. Sebab aku dah pernah dok sana time matrik. Aku aim nak
gi daftar sendiri je la ann. Sekali Tapah. Mak aku la kena hantar. Aku masuk
diploma umur 20. Aku dah agak aku akan jadi paling tua lam kelas. Rupanya tak.
Banyak ja orang yang berumur masuk diploma balik weyh. Kawan aku kelas lain.
Aku bersyukur masuk diploma. My best and happiest moment in
my life adalah time diploma. Aku ada kawan ramai. Aku happy. Sem 1 aku dekan
and merasa la pergi dinner dekan tu. Tapi sem 1 je la nyah. Berat badan aku pon
makin menjadi gak arh diploma ni. Time diploma gak la aku baru tawu aku ni ada
gak orang suka. Yep. Aku ada boyfriend sis. Couple time sem 4 wkwkwkwkwkkwkw
eii ok.
*gambar dinner dekan
Ok. Hajat aku nak jadi doktor tak jadik gais. Result cam
taik ahahhahaha. Aku grad CGPA 3.02 ja. ajajajajjaajajjja. Convo? Sebab
covid-19 bodoe ni la aku tak convo2 lagik. Dari convo kat Seri Iskandar jadi
convo green screen. Convo green screen pon tangguh2 banyak kali. Aku dah macam
malas asyik kena isi google form baru ja ni.
Apa? Kenapa convo kat Sri Iskandar bukan kat Tapah? Tapah
takdak dewan siot ahahahahhahahahhah. So semua aktiviti buat kat mana? Kat
Plaza Pentadbiran sis. Open sis. Ahahahahhaahahha. Kalau hujan, tempias sis.
TAPI BEST SIOT. Aku rasa best sebab aku happy. Ada kawan, classmates, roommate
yang best.
Sekarang aku degree kat Shah Alam. Kos Kejuruteraan
Mekanikal. Ya betul. Lari teruk dari diploma fakulti sains gunaan kepada
fakulti kejuruteraan mekanikal. So, lagi lambat la aku habis. Aku masuk degree
umur 23 tahun.
Hidup aku sangat tak happy. Aku takdak kawan. Aku lonely
gila. Classmate aku semua dakdak baru habis matrik. So aku rasa depa takot kot
dengan aku sebab aku 23. Dorang 20 ke 21 ntah. Aku hari-hari doa kat ALLAH;
bagi la aku sorang ja kawan. Aku tak mintak banyak weyh. Sorang kawan yang aku
boleh tanya bila aku tak paham, someone yang aku boleh tanya esok kelas cancel
ke tak. Sedih weyh. Aku ada kawan dari diploma yang masuk Shah Alam gak, tapi
dorang lain fakulti.
Result sem 1 aku alhamdulillah atas 3.0 tapi sem 2 semua
kelas online, result aku jatuh teruk. No. Im not blaming ODL class sebab aku
failed 2 papers. Ni semua salah aku sendiri. Sekarang aku sem 3. Yep. Ada lagi
5 sem aku perlu hadap. Ive been thinking about quiting this engineering school.
Aku ingat nak ambik degree kos lain. But i dont know mennn. Im too old. Im 24.
MUET aku pon dah expired January 2020. Kalau aku quit, aku kena ambik MUET
lain. So end of 2021 baru boleh apply degree lain. Aku dah 25 nak masuk 26 la kalau ambik degree lain. Eiii nyeri lak bila pikir balik. Aku pening siak.
Aku tak tawu aku sebenarnya boleh buat ke tak engineering
ni. Aku tak happy. Aku rasa ni sebab perasaan yakin diri. Self-esteem. Aku masa
diploma sangat yakin. Err tak. Let me correct that. Aku yakin. Waalaupon aku
bodoe2 ja time diploma but still aku yakin I can do this shit. Diploma is easy.
But degree? Takleh weyh.
Hidup aku kat degree ni sama macam hidup kat matrik. Sama-sama
rasa down dan rendah diri sebab ingat kau yang paling bodoh. Aku baru sedar
yang diri aku ni cepat down. Aku sejenis overthinking punya orang. Teruk weyh. Sebab
tu aku takleh go dengan matrik. Aku tawu hidup ni bukan nak happy ja sepanjang masa tapi ni teruk dah ni. Kang aku ada masalah mental lak kang.
Aku baru je berkobar-kobar nak quit semalam. Aku siap email
HEP mintak boring quit study. Tapi aku pikir. Betul ka apa yang aku buat ni? Hidup
aku ni memang penuh dengan kegagalan ja ka? Bila aku nak Berjaya? Nanti aku
grad engineering ni aku dapat kerja ke sebab aku perempuan dan pointer aku
teruk. Aku boleh selamatkan pointer aku lagi ke?
Macam-macam aku pikir weyh. Aku 24. Takdak kerja. Study ke
laut. Takleh bagi makbapak duit, aku yang habiskan duit. Aku stress weyh. Kawan-kawan aku yang sama umur semua berjaya. Sekali aku macam hauk ja. Sebab tu aku selalu avoid cikgu-cikgu aku, aku malu weyh.
Deheck. Aku baru sedar this post is hella thicccc. Wkkwkwkw bapak
panjang aku tulis. Tapi ni memang aku punya luahan perasaan weyh. Aku taktawu
nak luah kat sapa. Aku tulis ni pon bukan ada orang baca tapi aku lega.
K arh bye.
Diana Nizam.
24 and trying to survive engineering school.
Personal blog.
1 Comment
Masyaallah tak boleh flipp
ReplyDeleteMarilah kita komen bersama-sama :)