• Home
  • About
  • Stuff
    • Stuff
facebook twitter instagram pinterest dashboard Email

Denaa Kiddo

 Disebabkan aku quit mechanical engineering, pastu aku terpaksa retake MUET dan aku apply balik UPU. 

    Mula-mula aku nak cerita pasal retake MUET dulu la erk sebab lepas retake muet tu baru aku apply UPU. Eh jap masalahnya aku ada final test bodo patut aku study la siak dah kenapa nak update blog yang takdak orang baca ni wkwkwkkwkwkw. 

    Ntah la. Aku update blog bukan sebab nak orang baca pon. Sebab nak ulahkan ja. Dulu aku benci bila orang dok kata blog is my online diary. Apakebuto dah nama diary asal hang nak orang baca? Tapi tu dulu arh sebab dulu zaman blog mencanak naik. Semua dakdak baru nak up mesti ada blog punya. So, online diary hang orang baca diknon. Tapi sekarang dah 2022, zaman upload video tiktok bagai. So, blog dah dilupakan. So, disebabkan takdak orang nak baca blog la aku update blog wkwkwkkwk. 

    Eh kat mana aku nak cerita tadi? Dah lupa siak. Oh ya retake muet. 

    Disebabkan aku ambik muet masa matrik. Sijil muet tu pulak valid 5 tahun ja mat. Aku punya dah expired tahun 2020. So aku terpaksa ambik balik. Aku tak sure la kalau ada yang kata dia masuk degree tanpa muet elok ja, takyah muet pon. Aku tak peduli la. Aku ni dah tua weyh. Umur dah 26 baru nak apply degree kot. Aku taknak ambik risiko. 

    Aku pon google ja la tarikh-tarikh muet tu. Mula-mula aku macam pikir betul ke aku nak degree balik ni. Umur dah 26. Baik aku kerja kilang. Kang lepas degree tak dapat kerja macam mana? Dah aku habis degree umur 29 dah. Macam-macam weyh aku pikir. Muet lak RM100 kot. Dengan duit pon ciput ja. Takpalah aku kuatkan iman, aku bayar ja duit muet tu. 

    Sambil tunggu tu, aku kerja kat tempat kerja kawan aku. Aku kerja bengkel donut. Gaji RM700 sebulan. Aku ni kerja dari aku 15 tahun sampai umur 26 ni. Gaji aku paling banyak pon RM800 ja weyh. Sebab tu aku ingat maybe kalau aku degree, berpendidikan, gaji aku at least seribu lebih. Sedih weyh. Kalau aku boleh putar waktu, aku nak balik la time aku kat matrik. Aku nak belajar betul-betul. Masuk degree. Lepastu aku pikir, kan hang tengah degree ni. Buat la betul-betul. Dok berangan putar balik waktu butoh apa? Benda tu mustahil! 

    Back to the story, aku retake muet kat Sekolah Menengah Seberang Jaya. Taik betul! Aku mintak kat sekolah badawi nuhhh. Dengan harapan aku boleh la drive sorang gi ambik sebab dekat dengan rumah aku. Sekali kena campak pi seberang jaya. Dah la aku drive pon hauk. Ni la nasib calon persendirian weyh. Kena campak ja mana-mana. Harey betoi. Dah tu masa aku speaking test, haukkk! Tergagap-gagap macam orang bodoh ahahhaahahhaha. Takleh blah betoi la. 

    Keputusan MUET keluar masa aku tengah kerja. Aku dah takot dah. Aku takot dapat Band 2 ja. Jatuh maruah aku. Masa matrik dapat Band 3, takkan turun kot. Paling-paling kena Band 3 jugak la walaupon hauk time speaking test. Sekali alhamdulillah. Aku dapat Band 4. Aku dah happy nak mampus dah. Aku check la yang markah-markah per test tu en. Sekali writing aku paling hauk wkwkwkwkwkwkwkw. Bodo gila. Listening aku paling cemerlang arh salah 2 ja mat wkwkkwkw. 

    Rupanya format muet dah tukar. Sekarang ni muet siap ada perpuluhan. Aku ingat aku dah perform arh dapat Band 4. Rupanya aku check Tiktok balik kerja tu ennn. Banyak orang dapat Band 4.5. Siot! So aku bodoh la dapat Band 4 je! 

    Takpalah. Alhamdulillah la. Dah la study pon tak. Bersyukur la oi. Long story short, aku apply UPU dan dapat kos yang aku nak. Pilihan pertama aku; Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian). Kat Shah Alam. Takpalah. Shah Alam pon Shah Alam laaa. Nasib tak kena campak kat Kota Samarahan. Kalau tak petak aku. 

    Pejam celik pejam celik dah nak habis semester 2 dah aku. Takpalah didi. Usaha je. Takyah pikir sangat la habis degree umur 29 ada ke company nak ambik ke apa. Allah tu tak kejam. Bersangka baiklah dengan Allah. Aku keep on ingatkan diri aku benda ni doe. Sebab aku ni overthinking and asyik down. Haih. 


    Oklah. Kena study. Lagi 2 hari aku nak final. Last paper. Dan aku harap aku dekan lagi. CGPA 3.50 PON JADI LAAA JANJI DEKAN. kwkwkwkkwkw 


Bye!



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Braces Kerajaan

Dok belek-belek gambar-gambar lama aku dulu. Aku sedar aku dah banyak berubah. Yang paling obvious adalah gigi aku. Aku jongang weyh dulu. Open bite kot in English. Masalah gigi ni ada macam-macam jenis dik. Open bite, deep bite apa benda lagi la aku bukan dentist so aku tak taw sangat. Yang aku taw. Aku jongang. Dulu.

Aku nak cerita sikit la pasai gigi aku dan pengalaman aku pakai braces kerajaan.

 

*WARNING: THIS POST GONNA BE SUPER LONG.

*THIS POST IS PURELY MY EXPERIENCE.

 

Gigi aku jenis besar taw. Size sebijik dia tu besaq. Orang panggil gigi kapak arh senang cerita. Aku ingat lagi. Aku low confident gila sebelum pakai braces. Aku stress weyh. Kat sekolah aku kena ejek.

Aku ingat lagi dalam kelas, aku buat oral Bahasa Melayu masa form 3. Kena present kat depan kelas. Budak laki yang duduk depan sekali cakap “Eh eh eh silau la silau la gigi hang.” Time aku turun tangga, budak perempuan kelas lain nyanyi lagu Halimah gigi jongang kat aku. Kelas lain weyh. Aku cakap pon tak pernah dengan dia. Terasa weyh.

Masa sekolah rendah pon banyak kali aku kena ejek. Aku pernah kena dengan cikgu tusyen kawan aku. Dia tanya aku “Gigi hang tu dah kenapa”. Aku baru darjah 3. Aku nak reply apa? “Ntah la”. Ntah la adalah jawapan aku. Aku tak mintak gigi camni. Belum lagi budak-budak sekolah agama panggil aku gigi biawak. Mende siak. Anjir betul la bila ingat balik. Ahahahahhhha.

Sebab aku jongang la aku jadi rendah diri amat sangat. Time sekolah aku pakai tudung depan gila. Sebab aku malu. Kalau ada sesi photography, aku sorok muka aku. Masa aku kena baca poems kat depan kelas, aku lari weyh. Ahaahhahahahhaha. Bongok.

 

Tengok. Aku ja sengetkan muka. Orang lain tak.

Tudung aku kedepan sebab nak tutup muka.

 

Aku dah takmau hidup macam ni. Aku nak pakai braces! Tapi family aku golongan B40. Nak makan pon berjimat, inikan pulak nak bagi aku pakai braces. Nan hado sis.

So aku google. Time tu sekolah kan ada bantuan laptop ennn. Haaaa aku dapat. Ahahahahhha. So bila dah ada internet, semua benda dihujung jari sisthorrr. Hang type je la kat google. InsyaAllah ada semua benda. Cuma kalau hang jawapan assignment hang, kena pi Chegg.com. Kena bayor sis wkwkkwwk.

So aku google pasai braces. Rupanya wujud braces kerajaan. Aku ingat untuk yang makbapak kerja kerajaan ja. Tidak sis! Kerajaan tidak sekejam itu. Kalau makbapak hang kerja swasta. Hang kena la bayaq sikit. RM700 total. Tapi bukan bayar sekaligus. Dalam tempoh hang pakai braces tu la.

So sekarang ni aku nak share macam mana aku sebelum pakai, tengah pakai sampai la dah bukak braces kerajaan. Lama betul sampai dah bukak baru nak cerita. Lantak aku la. Ni personal blog aku kot. Ahahahaahha.

 

    Aku daftar braces kerajaan masa cuti sekolah bulan 12 tu. Time aku Tingkatan 4. Kira lagi beberapa hari nak masuk tingkatan 5 arh. Tahun 2012.

Syarat braces kerajaan adalah, semasa hang daftar tu, hang mestilah bawah 17 tahun ataupon senang cerita hang budak sekolah. Aku rasa umur 18 pon dah tak boleh. So kaalu hang nak pakai braces dan hang umur 17 tahun. Haaa pergi daftar esok ye.

 

Apa step-step dia untuk dapat pakai braces kerajaan?

1.       1. CHECK KONDISI GIGI

 

    Macam aku en. Haritu aku teman mak aku pi ambik ubat darah tinggi beliau kat Klinik Kesihatan Sungai Dua. Aku dari awal pagi dah rasa cam ayamberak kapur sebab takut nak bagitawu mak aku pasai braces kerajaan ni. Sampai la kami nak balik dah. Aku cakap kat mak aku. “Mak, jom pi tanya braces kerajaan kat klinik gigi atas.” Untuk sapa yang taktawu, setiap klinik kerajan memang tingkat atas adalah klinik gigi. Bahagian bawah adalah klinik kesihatan yang hang pi sebab sakit demam batuk semua tu.

 

    Astu mak aku cakap “owh ada erk. Jom arh”. Terus aku takut siakkkkk. Aku terus cakap ”Ermm takpalah jom balik ja la”. Mak aku dah meluat dengan aku, beliau kata “Jom arh dah sampai dah.” Kami pon naik la tingkat atas dengan aku yang takut ni.

 

    Sampai ja kat kaunter. Aku cakap “Ada ka braces kerajaan kat sini?”. Nurse kaunter cakap “Takdak dik. Yang ada kat Klinik Pergigian Mak Mandin”.  Aku dah mcam down arh enn. Elok nak balik, nurse tu cakap nak pakai braces kerajaan ka? Mai check gigi sini dulu. Pastu kang doctor bagi surat refer klinik sana.

 

    So aku pon check arh situ. Ingatkan check ja. Rupnya kena tanya banyak weyh. Kenapa nak pakai braces kerajaan? Mak suruh ka? Aku pon takut arh. Aku cakap la kena ejek. So settle situ.

 

    Dapat surat refer tu kami pi Klinik Mak Mandin lak. Situ pon kena tanya siot kenapa nak pakai. Alasan aku sama ja la. Kena ejek. Doctor tu hensem siotttt! Aku rasa tu doctor praktikal arh sebab dia pas check gigi aku, akan refer doctor perempuan sebelah.

 

    Pastu settle check gigi. Tunggu jap kat kerusi menunggu tu, nama aku kena panggil. Dapat card pink. Orang kat kaunter cakap nama aku depa letak dalam waiting list 3-4 tahun. ASTU HANG TUNGGU JE LAH DENGAN PENUH KESABARAN!

 

             
                  No waiting list aku 165/12. Aku assume aku orang ke-165 pada tahun 2012.

 

2.       2. Habis waiting List

 

    Tahun 2016. Aku dapat call dari Klinik Pergigian Kepala Batas. Masa aku dah sampai! Aku kena pi check gigi balik. Doktor akan cuci gigi hang. Check balik kondisi gigi hang dan hang kena pi x-ray gigi. Sebab kat situ takdak lagi x-ray, aku kena pi Hospital Seberang Jaya. Tapi aku rasa sekarang dah ada x-ray kat klinik pala bataih tu.  

 

3.       3. Sebelum Pakai Braces

 

    Pas dentist check gigi hang, gigi berlapis ke apa kat x-tray tu. Nak tengok ada tak gigi yang baru nak tumbuh ke apa. 1st doctor akan buat mould gigi hang. Pastu, cabut gigi if needed. Macam aku kena cabut 2 batang gigi. Bahagian atas ja. Bawah tak kena. Aku tak pernah sakit gigi weyh. Bayangkan orang yang tak pernah rasa macam mana sakitnya sakit gigi tu kena cabut gigi yang sihat.

 

    Masa cucuk ubat bius tu aku nangis weyh. Mula-mula sebab sakit kena cucuk ubat bius, air mata aku terkeluar sendiri. Tu masa sebelah kanan. Masa cucuk sebelah kiri, aku menangis betul-betul siak. Doctor tu ingat aku period sebab emosi aku tak stabil. Padahal aku sakit kena cucuk. Sapa yang cakap kena cucuk ubat bius kat gusi tu macam kena gigit semut, memang hebat arh. Tinggi noh toleransi kesakitan hampa.

 

Aku ingat lagi aku cabut gigi 2 hari sebelum raya. Masa raya tu la mak aku pertama kalinya masak rendang ayam kampong. Ko bayangkan. Gusi aku berdarah kembali.

 

4.       4. Pakai braces! Yeayyy!

 

    So pas gusi hang yang cabut gigi tu dah tak berdarah. Doktor akan pasang besi braces tu. Apa benda ntah nama dia aku lupa dah. Senang cerita besi la. Cuma aku sedih. Time aku kat pakai braces. Aku takleh pilih warna getah aku. Semua dapat colour random. Padahal aku dah berangan-angan nak pakai warna macam-macam. End-up sampai bukak takleh pilih warna getah. Dah la selalu warna purple je. Mungkin sebab klinik gigi pala bataih tu macam cawangan kecik la kot. Ataupon aku je yang takleh pilih sebab macam batch pertama braces situ. Sebelum ni klinik palabataih takdak perkidmatan orthodontic.

 

    Pastu hang akan dapat la tarikh check-up hang bila. Dia akan tulis kat kad pink tu. Macam aku time tu kat diploma Tapah. So aku balik weyh checkup huhhuhu. Check-up dia selalunya 3 bulan sekali. Pernah sekali tu aku terpaksa ponteng lab. Astu apa lagi kena marah la dengan lecturer kelas lain tu sebab nak tumpeng lab kelas beliau. “Sebab appointment braces je kamu balik Penang” katanya.

 

            

 

                                       

Boleh Nampak lopong gigi tu ahahhahha tapi aku happy!!!!

 


Beberapa bulan pakai braces. 






Selepas setahun berbraces!

 

5.      5.  Bukak braces!

 

    Aku pakai braces tak lama. Dua tahun ja. Sedih jugak la. Rasa tak puas sangat. Kawan aku 5 tahun pakai tak bukak-bukak lagi.

 

    2018, pas bukak braces, kena pakai retainer. Kalau tak gigi hang akan lari dan hang akan jongang balik. Aku nak retainer besi tapi doctor kata takdak dah. Tu style lama. Yang baru semua plastic. Lagi sekali sedih. Bila pakai retiner automatic jadi pelat hahahahahha.

 

    Pakai retainer pon kena gi checkup yer. Selama setahun. So total aku adalah 3 tahun la kena pergi klinik gigi tu. Cuma aku malas pakai retainer. So gigi aku gerak. Bila gerak, hang kena buat retainer baru. Satu retainer RM100. Kalau atas bawah lari, RM200. Aku kena buat retainer baru gais. Dua kali lak tu. So adik-adik, jangan malas pakai retainer ye.

 


                                                        Nampak tak clear retainer aku. Hihihihi

 

Yuppp itu sahaja pengalaman aku pakai braces kerajaan.

Happy? Mesti. 

Built up my confident level? Absolutely.

 

Setelah 2 tahun tak pakai retainer sebab malas. 

 

    Aku ingat masa aku kerja nanti aku nak pakai balik braces sebab rasa cam gigi aku dah lari dah ni. Tu la sapa suruh malas pakai retainer. Cuma tak jongang teruk sangat macam dulu. Pastu aku nak pastikan aku boleh pilih colour getah sesuka hati aku dan retainer besi!

 

 

Kbye!

 

 











Share
Tweet
Pin
Share
2 Comment

Assalamualaikum gaiss

 

Ahahahahahahahhahah sumpah weyh. aku last update bila weyh? Jap aku check balik. Ok dah check; 5/2/2017 weyh. Time aku kat Tapah. Buat diploma.

Ya. Hidup aku ni macam taik weyh. Siyes. Kalau semua tak taw. Aku ni dulu time sekolah, orang kenal sebagai budak pandai arh. Ye la. Kalau exam, aku antara yang dapat No 1. Bukan No 1 dari belakang yer. Ni legit punya No 1. So aku ingat "Wahhh aku memang dilahirkan pandai ke ni?"

Nan hado sis. Masa aku sekolah rendah kat Kulim. SKSK. Sekolah Kebangsaan Sri Kulim. Aku paling tercorot. Tapi bila aku pindah rumah Tok aku kat Penang, aku masuk sekolah kampung. Aku pindah Pokok Sena gais. Haaaa jangan pelik lak. Pokok Sena ada 2 sis. Kat Penang dengan Kedah. Aku Pokok Sena, Penang sis.

Paham-paham je la bila sekolah kampung. Aku pon tak paham kenapa aku boleh jadi macam bijak padahal aku jarang study. But I still study la, sikit je la tapi. Tapi aku cam jadi budak pandai. NO! Im not saying sekolah kampung budak-budak dia tak pandai ke apa. Banyak sekolah kluster kot sini. Ko pahal nyah~

Kemuncak orang ingat aku pandai adalah time aku ja dapat 8A PMR. Preghhh. Satu-satunya student yang dapat 8A PMR kat sekolah tu. Kena tangkap gambo and gambo aku cikgu lekat kat sebelah KOOP. Time tingkatan 4 awal bukak sekolah tu, time perhimpunan, aku kena berdiri sebab cikgu umumkan aku ja 8A. Malu siot. Ok aku tipu. Aku dah lupa feel dia tu macam mana sebenarnya. Ke aku suka sebenarnya? Ataupon combination suka dengan malu bersatui menjadik sulu? Peristiwa tu pon aku dah lupa actually. Kawan aku yang cakap balik pasal hal tu and aku pon recall la balik. Baru ingat la. ahahaajjajaaj.

So, aku ambik science stream masa form 4 and 5. Sebab? Takdak sebab. Saja. Aku ingat nak jadik doctor la geng. Typical cita-cita geng. Aku memang typical punya orang.

SPM aku teruk. Well orang akan cakap la aku ni PMR 8A. SPM? Menyedihkan. Aahahahahhahha. Siyes aku cakap. SPM aku agak stress sebab aku pikir aku kena dapat straight A. Kalau tak aku akan kena hentaman orang awam la kat sekolah tu.

 

Ntah la. Aku dapat 5A, 2B, 3C ja. Excuse the plus minus one sebab ku ingat aku nak hafal ka result SPM aku yang sekangkang kera tu nyah??!! Yang aku ingat mathematics je aku A+. Terkejut gak arh I never expect that. Ingatkan A+ BM.

 

So, aku dapat Matrik. Aku masuk Kolej Matrikulasi Perlis. Program 1 tahun aliran Science. KMP tu main dia sebenarnya akaun. So kalau hang tanya budak yang hang terjumpak dalam kampus tu, mostly depa akaun.

 

Time matrik, result aku teruk sangat. CGPA aku 2.07 kot. Tak ingat dah aku, but around that la. I didnt get any degree offer. Sedih? Yuppp! Sedih arh. Semua kawan-kawan hang degree. Certificate matrik mana laku nyah.

 

So aku kerja. Aku kerja taska. Gaji kecik, dalam RM700 sebulan. Aduh. Sedih lak mengenangkan hidup aku ni. Playlist yang tengah play sekarang lak lagu sedih. Dasar youtube. Owh ya. Time ni aku pakai braces. Murah la braces kerajaan RM700 ja. Aku mana reti jaga budak weyh. Aku ingat nak berhenti kerja la ennn. Tapi mak aku marah aku. Dah banyak kali aku berhenti kerja. Aku kerja kilang sehari ja. Ehh tu bukan sebab aku tak tahan. Tapi sebab takdak transport nak gi kerja. Aku kena tinggal dengan makcik kawan aku. Astu aku kerja 7E, sehari gak ahahahahahh. Astu aku kerja kedai baju time puasa. Aku ingat lagi time puasa. Sebab apa aku berhenti? Sebab aku takot. Ahjaajajajjaja. Sebab ada makcik tu datang kedai, dia kata dia nak bawak budak-budak anak yatim datang beli baju situ. Aku takot weyh. Aku tak reti nak tengok size weyh. Aku takot so aku berhenti. Lepas tu baru aku kerja taska.

 

Best kerja taska walaupopn penat ya amat sangat. Aku masuk kerja pukul 6.50 pagi sampai 7 malam camtu. Aku ja balik lambat sebab kadang tunggu sorang dua mak bapak yang balik kerja lambat. Tapi aku ok ja. Kau bayangkan dari aku geli nak basuh berak budak, tak reti bancuh susu. Aku boleh dah semua tu. Bukan pekerja lama taska tu yang ajarkan. Tapi aku belajar sendiri. Aku observed diorang. Huhuhuhu. Im proud of myself siakkkk.

 

Keluar ja dari klinik, terus selfie. hihihihi hari 1st pakai braces.

Time kerja taska. YE MUKA AKU TAK READY. 

 

Satu hari tu aku gaduh dengan mak aku. Ya. Aku memang anak taguna sebab asyik gaduh dengan mak aku. Ya. Aku anak derhaka. Ermmm. Aku dah lupa sebab apa aku gaduh time tu. Tapi yang aku tawu. Mak aku cakap kat aku apa ntah yang membuatkan aku buat research pasal diploma.

 

Aku ada lesen motor. Tapi penakut. Tapi aku cakap kat mak aku. Lepas beberapa hari gaduh tu enn. Haaa. Tolong hantarkan aku kat BSN. Ada benda nak buat. Aku tak bagitawu yang aku nak beli no pin UiTM.

 

Pas aku beli kat mesin ATM no pin UiTM sesi 2. Aku taktawu lak ada sesi-sesi bagai ni dulu. So yaaa aku mohon. Time tu aku memang target satu kos ja, which is Diploma Sains. Aku memang target aku nak jadi doktor weyh. Aku kata kat diri aku. Kalau dapat kos lain. Aku taknak.

 

So aku dapat kos tu. Diploma Sains, UiTM Tapah. Pulak. Aku dah target UiTM Perlis. Sebab aku dah pernah dok sana time matrik. Aku aim nak gi daftar sendiri je la ann. Sekali Tapah. Mak aku la kena hantar. Aku masuk diploma umur 20. Aku dah agak aku akan jadi paling tua lam kelas. Rupanya tak. Banyak ja orang yang berumur masuk diploma balik weyh. Kawan aku kelas lain.

 

Aku bersyukur masuk diploma. My best and happiest moment in my life adalah time diploma. Aku ada kawan ramai. Aku happy. Sem 1 aku dekan and merasa la pergi dinner dekan tu. Tapi sem 1 je la nyah. Berat badan aku pon makin menjadi gak arh diploma ni. Time diploma gak la aku baru tawu aku ni ada gak orang suka. Yep. Aku ada boyfriend sis. Couple time sem 4 wkwkwkwkwkkwkw eii ok.

*gambar dinner dekan

Ok. Hajat aku nak jadi doktor tak jadik gais. Result cam taik ahahhahaha. Aku grad CGPA 3.02 ja. ajajajajjaajajjja. Convo? Sebab covid-19 bodoe ni la aku tak convo2 lagik. Dari convo kat Seri Iskandar jadi convo green screen. Convo green screen pon tangguh2 banyak kali. Aku dah macam malas asyik kena isi google form baru ja ni.

 

Apa? Kenapa convo kat Sri Iskandar bukan kat Tapah? Tapah takdak dewan siot ahahahahhahahahhah. So semua aktiviti buat kat mana? Kat Plaza Pentadbiran sis. Open sis. Ahahahahhaahahha. Kalau hujan, tempias sis. TAPI BEST SIOT. Aku rasa best sebab aku happy. Ada kawan, classmates, roommate yang best.


This is Plaza Pentadbiran. YE AKU YANG TENGAH WAT GAYA TUNJUK WORD Plaza TU.

Lawa ennn Tapah. *Chef kiss

Haaa ye aku gemuk tapi aku nak tunjuk awan Tapah. Sumpah lawa weyh. 






Sekarang aku degree kat Shah Alam. Kos Kejuruteraan Mekanikal. Ya betul. Lari teruk dari diploma fakulti sains gunaan kepada fakulti kejuruteraan mekanikal. So, lagi lambat la aku habis. Aku masuk degree umur 23 tahun.

 

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Aku snap depan Kolej Melati hihi. Seb baik kolej depan Fac. Takyah naik bas. 

Hidup aku sangat tak happy. Aku takdak kawan. Aku lonely gila. Classmate aku semua dakdak baru habis matrik. So aku rasa depa takot kot dengan aku sebab aku 23. Dorang 20 ke 21 ntah. Aku hari-hari doa kat ALLAH; bagi la aku sorang ja kawan. Aku tak mintak banyak weyh. Sorang kawan yang aku boleh tanya bila aku tak paham, someone yang aku boleh tanya esok kelas cancel ke tak. Sedih weyh. Aku ada kawan dari diploma yang masuk Shah Alam gak, tapi dorang lain fakulti.

Result sem 1 aku alhamdulillah atas 3.0 tapi sem 2 semua kelas online, result aku jatuh teruk. No. Im not blaming ODL class sebab aku failed 2 papers. Ni semua salah aku sendiri. Sekarang aku sem 3. Yep. Ada lagi 5 sem aku perlu hadap. Ive been thinking about quiting this engineering school. Aku ingat nak ambik degree kos lain. But i dont know mennn. Im too old. Im 24. MUET aku pon dah expired January 2020. Kalau aku quit, aku kena ambik MUET lain. So end of 2021 baru boleh apply degree lain. Aku dah 25 nak masuk 26 la kalau ambik degree lain. Eiii nyeri lak bila pikir balik. Aku pening siak.

 

Aku tak tawu aku sebenarnya boleh buat ke tak engineering ni. Aku tak happy. Aku rasa ni sebab perasaan yakin diri. Self-esteem. Aku masa diploma sangat yakin. Err tak. Let me correct that. Aku yakin. Waalaupon aku bodoe2 ja time diploma but still aku yakin I can do this shit. Diploma is easy. But degree? Takleh weyh.

Hidup aku kat degree ni sama macam hidup kat matrik. Sama-sama rasa down dan rendah diri sebab ingat kau yang paling bodoh. Aku baru sedar yang diri aku ni cepat down. Aku sejenis overthinking punya orang. Teruk weyh. Sebab tu aku takleh go dengan matrik. Aku tawu hidup ni bukan nak happy ja sepanjang masa tapi ni teruk dah ni. Kang aku ada masalah mental lak kang. 

Aku baru je berkobar-kobar nak quit semalam. Aku siap email HEP mintak boring quit study. Tapi aku pikir. Betul ka apa yang aku buat ni? Hidup aku ni memang penuh dengan kegagalan ja ka? Bila aku nak Berjaya? Nanti aku grad engineering ni aku dapat kerja ke sebab aku perempuan dan pointer aku teruk. Aku boleh selamatkan pointer aku lagi ke?

Macam-macam aku pikir weyh. Aku 24. Takdak kerja. Study ke laut. Takleh bagi makbapak duit, aku yang habiskan duit. Aku stress weyh. Kawan-kawan aku yang sama umur semua berjaya. Sekali aku macam hauk ja. Sebab tu aku selalu avoid cikgu-cikgu aku, aku malu weyh. 

Deheck. Aku baru sedar this post is hella thicccc. Wkkwkwkw bapak panjang aku tulis. Tapi ni memang aku punya luahan perasaan weyh. Aku taktawu nak luah kat sapa. Aku tulis ni pon bukan ada orang baca tapi aku lega.

 

K arh bye.

 


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Assalamualaikum


cool, lamp, and colors image

Tahun baru, bulan baru. Cehhh. yang bulan baru tu hampir betul. Tapi tahun baru tu macam dah lambat. Act, bagi aku tak lambat pon. Lekk arr baru bulan 2. bulan. Kita masih lagi bersemangat dengan azam kita. Hahhahahahaha. Aku tak. Semangat aku ni macam cipan sikit. Kena ketuk baru semangatnya muncul. Ya kalau ngak diketuk, semangatnya ke Indo deh. Lel.


2016 adalah tahun yang beberapa wishlist aku dah boleh tick right. Yeahhhh! Antaranya BRACES! Yes. Kini seorang Diana sudah bergigi besi. Braces dah lama kot dalam list wishlist aku. Kini dah boleh tick right. Omg sangatttt.


Dan aku juga sudah memulakan kerjaya aku sebagai peminjam PTPTN. Hahahahahha! Ok. ni tak masuk wishlist ok. Wishlist aku yang baru ni adalah untuk bayar duit PT pulek. Sobs. 


Dan haruslah diingat ya bahawa entry ini hanyalah untuk memeriahkan blog buruk yang dah setahun den tinggalkan. Bapak lama aku biar blog ni. Tapi aku check jugak wei. Cuma malas nak type. Biasalah. Writing is not my passion. lel. 


Bye!


Share
Tweet
Pin
Share
4 Comment
Assalamualaikum

Aku selalu type dulu any blog post without any title of it. Selalu. Like everyyyytimeee. Sebab aku tak tau nak story pasal apa kat blog aku ni haaaa. Selalu aku type randomly ja. Sebab tu dah lama ai tak hupdate belog haprak ni. Alaa bucukbucuk. Sorry blogie. mummy lafff u. 





Kenapa aku tak update update? 
Sebab aku takdak benda best nak share? (caution! ini adalah ayat penyataan. bukan ayat pertanyaan. Meletakkan tanda soal hanya sekadar sukasuka dan sekadar berbasabasi dan semestinya untuk memanjangkan blog post ini. makaaa sayaaaa. ok. stop!)



Seriousleeeeyyyy people! I DONT EVEN KNOW WHAT IM DOING WITH MYYY LIFE NOWWWW! 


Sekarang ini aku sedang mencari. tercari-cari sebenarnya kawankawan... so i thought. it might be the...


To be better person. A have a better life AND BE... 



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Hi,

I'm currently in sad the sadis mood. So here, the lyrics of Tommy Page - I break down.

It's a nice song and suit my mood.

See ya!





I break down
I break down
I break down, I

I try to go on, I try to be strong
I try to be the one to stand tall
I try to impress you, try to make you think
Nothing can hurt me, I can take it all

When the sky turns gray and the clouds bring thunder
I hold up a shelter for you to hide under
When the rain begins to fall
And my shelter hits the ground then I'm the one

I break down
I break down

They say in this world to make it
You've got to be strong
Day after day gets harder to hold on
But sometimes I get sad
And my smiles turn to frowns, then it's my turn

To break down
I break down

When you reach out and cry to me
I hold on internally
But sometimes I get sad
And my smiles turn to frowns, then I'm the one

When the sky turns gray, clouds bring thunder
I hold up a shelter for you to hide under
For you to hide under

I break down
(I break down)
(I break down)
I break down
(I break down)
Now I'm the one

I break down
I break down
I break down
When the sky turns gray, clouds bring thunder
I hold up a shelter for you to hide under
For you to hide under

I break down
I break down
I break down, I
I break down
I break down
I break



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum

Untitled

Saat berganti minute berganti jam berganti hari berganti bulan. Tapi masalahnya, dan setahun aku tak update blog ni. Setahun ke? Ntah. Tak sampai kot. Saja nak buat drama sejenak ikan jenahak. Hakhakhak! 

Hal kisahnya, aku dah habeh matrik! Yeahhh~! Aku macam tak percaya yang aku dah habiskan matrikulasi dan saya happy sangat. Bila happy terus keluar saya kan.. huhuhu~  sopan sangat.

Takut. Takut sebenarnya bila dah besar. Aku tak boleh nak pikir yang tahun depan aku dah 20 tahun. Aku dah tua. Well. Bagi aku 18 pon dah tua. Ntah. Mungkin aku tak matang. Tapi bila masuk matrik, minda aku dah keluar sikit dari tempurung. Ehem. Katak sangat.

Bila masuk matrik, kau boleh tengok sapa yang stay bila kau susah senang stress nangis merangkak gelak. Boleh tengok sapa yang get out from your life. Yang dulunya duduk sebelah dalam kelas gi memana pon together, kini bayang pun tiada. Yang mana dulu kau tak tau pon dia wujud, rupanya wujud jugak. Hahaha~! Yang mana dulu tak rapat, rupanya baik jugak. Macam-mcam. Mungkin jugak jumpak cinta sejati. Mana tau kan~ Tapi bukan aku la. Aku dah 19 tahun menduda. Keke~ 

Belum lagi zaman uni kan. Cikgu aku cakap, zaman uni lagi best dari sekolah. Tapi aku tak masuk uni lagi. Kita tulis pasal matrik ajelah dulu yer? haha. Doakanlah aku masuk uni yer? ok. bye yer? Wasalam kirim salam. 


Sayounara. 
Assalamualaikum wbt. 



Saya sayanggggg semua. Sekian . *wink skittt~




Share
Tweet
Pin
Share
5 Comment
Assalamualaikum


Hai korangs. 

Takyah nak korangs sangat kot. Blog kau ni ado reador ko? Hahaha... 

So, basically aku dah balik rumah for cuti raya.. Seminggu habaq hang. Ahahaha.. buat lagu banyak ja cuti aku kans? Bapak arrhh! Norma kehidupan kot cuti raya seminggu. Sekolah pon cuti seminggu ja kan? Sekolah aku dulu seminggu ja. Ok fine. Sekolah hang dua minggu. Untungss la kennn~ Miahahaha... Kena ganti balik pon untungsss la.. Hahaha.. Ok. Matrik kena ganti jugak ke? 

Aku balik ni aku taktaw la nak happy ka dak. Bukan sebab aku tak happy sebab nak balik rumah kesayangan. Dah balik rumah kita. Dah balik raya. Memang la seronok kan... Tapi kepala aku dok pikiaq pasai kerja sekolah matrik yang dok lepak dalam beg aku tu. Adakah aku patut buat atau biar saja ia bersemadi dengan peace di situ? 

" Hang kata nak dapat 4 RATA.. tapi kerja tuto taknak buat. Lab report ke laut. Study pon tak! Lepas tu markah kuiz dapat kosong! Bangga la dapat teloq ayam? Yala.. untung-untung boleh goreng..  Cita-cita ke bintang nak jadi doktor. Kalau pemalas, baik hang pi terjun lombong!  Lepas raya ada UPS woi! Kalau kuiz pon takleh jawab. Agak-agak UPS hang boleh score ka? Takpa takpa. Teruskan malas hang tu. Teruskannnnn! "


Cehhh.... Tanya soklan cambanggang. jawapan dia pon sedapppp la kan... miahahahaha.. 

Ok. Till then. aku nak pi blajaq sat.






Lepas habeh tengok cita korea. Lagi 3 episode gi jaaa... 









Diana.. Diana.... Baloq liat!



Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Assalamualaikum

Boys and girls...

Let me tell u something. 

Ma cikai phone cap ayam nokia style lama yang ada camera walaupon cikai tapi berguna boleh call text orang. Telah jatoh dalam lubang jamban. 

Sedih wei.

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comment
Assalamualaikum

Aku tak mintak pon Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dalam senarai 3 pilihan kolej masa isi online dulu. Sebab tu masa dapat Perlis. I was like " De heckkk?!!! " . Haaaa~ macam tu la. Tapi aku bersyukur jugak dapat matrik. Sebab banyak jugak kengkawan aku yang tak dapat matrik. Depa dapat Form 6. Dan aku pulak, memang dari dulu dok aim masuk Form 6 ja. Tapi masa dapat result, otak aku telah di-brain-wash-kan oleh cecikgu.

Katanya

" Kalau kata susah, kat mana-mana pon susah. Pi mana-mana pon kalau tak berusaha, tak berjaya jugak. "

" Sijil Matrik tak laku? Buat la betul-betul, dapat pointer yang elok. Baru laku. Kalau pi Form 6, dapat pointer rendah. Tak laku jugak kan? "

So, aku balik rumah. Aku pikiaq. Betoi jugak apa cikgu aku kata tuh. So, aku decide, aku nak masuk matrik. Kalau dapat la. Dan Alhamdulillah, aku dapat.


Kalau dulu, surat tawaran matrik dan borang lelain tu, semua di pos, di hantar, di suap secara terusss ke pintu rumahhh anda. Tapi sekarang. Jangan harap! Semua online. Dunia globalisasi ini semuanya internet jaa.. Kalau orang tu jenis blurr tak reti benda-benda cenggini, camna?.. Jawabnya, nganga ja la..

Tapi semua perkara ada pro dan kontranya. Kalau online, hang boleh print bebanyak borang-borang tu.. Buat backup. Kehkeh... Macam aku.

Ni baru sikit aku tunjuk. Rumah aku penoh dengan beborang ni ja.. Kena sahkan this, cop that. Ahhh~ seteresss.. Lepas tu silap isi.. Sebab tu kita perlukannn...

Backup! Keke~

Muka cam pa gi. =,= .. Muka form 3. 


Ok. Terhenti di situ. Meh aku nak kongsi pengalaman masa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) atau kata mudahnya, orientasi laaaa~

Pada 19 Mei, aku pon berangkatlah ke Perlis dengan hati yang hiba (acehh)... Aku dapat blok C1. Yang dulunya budak laki yang duduk. Serius. Paham-paham la sendirik kalau laki yang duduk kan... Macam mana jadinya tandas. Banjir. Boleh berenang kau... Kelas tak? Rasa nak canang satu kolej yang blok aku ada swimming pool~

Roommates? Ok la. Budak Pahang, Kelantan, Baling, Terengganu, Johorrr pon ada wey.

Cuma, kami tak sama course. Dalam 6 orang sebilik. Aku sorang ja Sains. Macam mangkukkk gilaaaa! Patut la orang kata kalau ambek Sains kat Matrik Perlis, hang akan rasa macam di anak tirikan~! Yala.. dalam 2000 orang, 200 ja Sains. Sila bayangkan.


Masa dalam keta. Otw. Kuikui~ banyaknya hutan kat Perlis ni. Aku suka.. Owh ya. Aku ada double  triple chin. Harap jangan usha lelama :')



Muka masa baru balek dari padang. Sila bayangkan pukul 3 sampai pukul 6 (kot) dok kat padang. Muka aku yang sedia hitam, bertambah tonnya... Oh ya. Mulut tu tanda protes. Aku lonelyyy.. Nak balik. Sapa nak sangkut baju guna hanger. Boleh la guna mulut aku. Kahkah.



Rerama di tangga. Besaqqq gila ! 


Muka happierrr balek rumah... 


Aku rasa macam tutttt jugak la sebab kena daftar awal. Paling awai dari kekolej lelain. Sebab ada Sukma kan.. Tapi aku rasa bertuah jugak la . Sebab Sukma ada, aku kena daftar awai. Sebab Sukma ada, aku boleh balek cuti semingguuu~! Yeppeee~




Bye!

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment




Orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Orang pertama tulis bismillah ? ?????
Anak kalau tanya mampus nak jawab..
So simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


Source
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum

Dah lama woi aku tak hupdate hupdate. Sebulan lebih gak arr. Acah-acah Fatin Liyana pulak tak update berbulan-bulan ni. Mihmihmih. 

Sekarang ni aku dah kerja taw. But, it's not like my first job. \Acah-acah English pecah. Ada aku kesah?/ Mihmihmih. Masuk ni dah 5 kali pon aku kerja. Kerja pertama aku la. Masa aku Form 2 kot. Ka Form 1 macam tu. Kerja bulan posa weiii.. Jangan main-main. Sekali first job sungguh menguji ketahanan jiwa macam masuk Universiti Pertahanan Malaysia. Muahahahahahaha. Dah kenapa kan~ 

Aku keja buat kuih raya la wei... Sekali buat almond london,besar Kota London woi. Tak muat paper cup hitam tu. Hahaha~ Macam tu baru puaih makan. Ye dokkkkk?

Kerja kedua aku pulak ialahhhhhh.... Catering! Huk aloh~! Budak sekolah kerja catering memang jadi trend aku rasa. Setiap kenduri yang aku pi, muka sama ja aku tengok kat sekolah. Semua stail angkut geng pakat kerja sesama. Mihmihmih. Tapi aku lain. Aku pi catering pon sebab mak aku pi sama. Geng anak beranak. Muahaha... 

Kerja ketiga aku pulak, buat karipap frozen, let it gooo... let it gooo... let it goooo... Muahahahaha~ Ni kerja masa tunggu SPM la ni. Jiwa kena kental woi buat kerja ni. Hang berdiri la dari pukui 9 pagi sampai 6 petang. Siap ada target target lagi kena buat karipap berapa bijik. Dah macam kerja kilang pulak. Muahaha. Jiwa aku memang ketal woi. Sebab tu aku keja sehari setengah ja. Yang setengah tu first day. Dia suruh masuk tengah hari. Keesokannya mai pukui 9 la. Tapi rehat takdak langsung. Nak makan pon seksa. Seksa macam mana? Seksa dia sampai aku tak makan. Hang sila bayangkan. 

Kerja keempat aku, keja kedai dobi. Kerja aku tak lain tak bukan. Lipat baju.... Mihmih. sangat tak mencabar. Bagi hampa. Tapi tak bagi aku. Yang mana memang aku bangkang agenda-agenda lipat melipat ni. Benda tu nak pakai jugak. Dah kenapa susah susah nak lipat kannn? Aku keja tak lama. 2 hari ja. Bukan sebab aku berenti. Tapi mesin basuh rosak. Sampai seminggu tak repair repair lagi. Kita nak guna duit kan. Buat modal sambung blajaq. Kena la aku cari keja lain. 

Kerja aku yang kelima. Yang sekarang ni la. Kerja kedai fotostat. Yeah. I'm truly hate my job so much. 


Why? 




Nanti arr aku sambung. aku nak tidoq dulu. esok aku kena bangun awai . kerja kedai fotostat ni start pukui 7 pagi. Tak ka awai gila banggang?!! Aku pi sekolah pon 7.20 pagi. Aish~!


P/s: Aku dapat Matrikulasi wey. Tap jaohhhh.. Perlis. 
P/s: Spm aku camna? Hampeh wey hampeh. 
P's: 5A2B3C. C tu apa? Apa lagi kalau bukan sains tiga serangkai tu... Muahahaha. Gred sebenar yang (+,-) tu takyah la habaq. malaih nak taip. 






Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Assalamualaikum


Ya. Sudah lama aku tak menulis di sini. Mungkin sebab writing is not my passion. 

Atau sebab sikap malas yang meluap-luap di celah-celah kepekokan, hiruk-pikuk kota sang arjuna jiwa. 

Atau mungkin juga sebab sekarang ni aku asyik tengok Running Man dan mula meminati Kang Gary? Hingga sanggup menukar profile picture facebook kepada gambarnya. Huwahuwahuwa~ 

Owh ya! Aku baru habis tengok Running Man episode 132 dan mula jatuh cinta kepada Gwang Soo. Gwangggg gwanggg gwanggg.. Lol~ 

Itu tak penting bagiku. Dan mungkin juga bagimu. Tapi kebarangkalian bagimu tu lagi banyak kot. 

Ayat sangat putar belit alam. Mohon anda yang tidak paham, jangan buat-buat paham. Nanti salah paham. Paham? 

So, apa khabar anda di sana? 

Ya... hang la. 

Aishh~ 

Aku disini dok rindu pada result SPM ku yang satu. Tapi tak mengapa. 

Kenapa?

Sebab pada 20 haribulan 3, bersamaan lagi 3 hari, kami akan disatukan di dalam dewan sekolah yang tersergam indah.

 Masalahnya, indahkah? 

Hahahaha~ Kuangjaq la. Kutuk sekolah sendiri. Owh. Maafkan saya, sekolah! *Sila nyanyi secara berjemaah... Akuuuu maafkan kamuuuu... tak perlu kita bertemu, cukup kau tahuuuuuu... dan akuuuuu... maafkan kamuuuu... ok stop. bila dah nyanyi. takleh berhenti la pulakkkk...

Apa khabar agaknya engkau result. Mesti nervous nak jumpa aku kan? Hahahaha~ Aku tahu aku tahu. Mesti la nervous. Nak jumpa si pemillik dakwat pen yang telah berperang dalam periksa SPM tahun lepaihhh.. Demi melahirkan result SPM berminda kelas pertama! 

Masalahnya, kelas pertamakah?

Hahahhaaha~ Pertanyaan itu hanya boleh di cover dengan gelak besar. 

Ya. Aku sangat takut. Takut dengan realiti. Realiti yang pasti. Dan pastinya result aku tak segempak result orang lain. 

Mulut ibuku asyik menzahirkan perkataan yang sama. 

" Tu la. Dulu tak mau buat leklok. Besaq dengan tidoq ja. Ada ka orang dok takut SPM, dia rilekk ja tidoq. Lanie, nak dapat berapa pon redha ja la. "

Namun kadang-kadang, ayat macam ni pulak keluaq dari mulut mak ku sayang. 

"Dah berusaha dah kan. Nak dapat apa, terima ja"

Orang utaqa paham la apa mak aku cakap. Yang orang negeri lain. Sila ke google translate yang berdekatan. Aku jamin keluaq bahasa yang lagi hampa tak paham. Hahahaha~!! 


Ya. Aku akui. Memang aku silap. Aku buat halai-balai a.k.a melepaskan batok di tangga ja dalam SPM. Sekarang aku menyesal. 

Menyesal dulu pendapatan, menyesal sekarang tiada gunanya. 

Ntah betoi, entah tidak peribahasa aku tu. Al maklum la. Aku dah lama pencen sekolah. Tapi duit pencen tak dapat pon. Ada sapa-sapa nak sponsor? Keke~

Hampa rasa aku nak nyanyi lagu apa masa aku dapat result SPM aku?

Adakah lagu Patah Seribu dendangan naib juara OIAM, Si Shila Amzah ? 

Patah seribuuuu... hatikuuuu... bila mengenangkan... result SPM ku yang tak lakuuuu... Tak boleh la nak masuk U.... 

Adakah lagu Love You Like A Love Song by Salina Gobis. Ex Si Justina Biebir ?

AAAA.. I love you like a love song Ji Hyo baby. I love uuuuuuuuu like a love songgggggg Ji Hyo ;P

Adakah lagu Set Fire to The Rain dibawakan khas oleh Adelelelelele ?

I set fireeeee... to the rainnnn... watched it pour as i touched ur face.. well, it burned while i cried, cause i heard it screaming out ur nameeee, you SPM... 

Ahhhhhh~!!! Lagu mana tak penting. Yang penting aku harap result aku , Shine Bright like a Diamond ~!!!

Harap hampa doakan aku dapat straight A....... walaupon ianya agak mustahil!

Ahhh~!!

~ Stresss ~



BYE! 
Share
Tweet
Pin
Share
8 Comment
Newer Posts
Older Posts

About me

Diana Nizam.

24 and trying to survive engineering school.

Personal blog.

Contact Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  August 2022 (1)
      • Retake MUET dan apply UPU
  • ►  2020 (2)
    • ►  December 2020 (1)
    • ►  November 2020 (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  February 2017 (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  April 2016 (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  June 2015 (1)
  • ►  2014 (51)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
    • ►  February 2014 (13)
    • ►  January 2014 (32)
  • ►  2013 (46)
    • ►  December 2013 (40)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  May 2013 (2)
  • ►  2012 (42)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (5)
    • ►  September 2012 (6)
    • ►  July 2012 (3)
    • ►  June 2012 (3)
    • ►  May 2012 (3)
    • ►  April 2012 (4)
    • ►  March 2012 (10)
    • ►  February 2012 (3)
    • ►  January 2012 (4)
  • ►  2011 (64)
    • ►  December 2011 (9)
    • ►  November 2011 (12)
    • ►  October 2011 (10)
    • ►  September 2011 (10)
    • ►  August 2011 (3)
    • ►  July 2011 (6)
    • ►  June 2011 (14)

Created with by ThemeXpose